. . . Count UP . . .

Daisypath Happy Birthday tickers

Followers

21 January 2012

sejarah Lampau!




assalamualaikum..
serious, dah lama gila aku plan nak post pasal life aku 'once upon a time'.. hehe.:11:. nak-nak lagi bila aku dengar roomate aku pasang lagu Kembali Pulang dari Kangen Band (kot, lupa sudah penyanyi dia.) aku teringat masa aku duk asrama kat SMK Chukai dulu, kitorang satu bilik buat recording lagu tu. haha. masing2 contribute suara, lantak pi ar best ke tak best janji enjoy(kantoi, bawak phone):face15: best giler kot time tuh. dahlah tengah malam.
berkisarkan cerita tulah membawa kepada perkara2 lampau masa skolah rendah sampailah menengah.


:m:tadika
cewah, cerita tadika pon tak nak ketinggalan nih. hehe. Aku belajar kat Tadika Perwaja, that is, tadika swasta, but since, ayah aku kerja dengan syarikat perwaja, so, kitorang punya yuran sekolah tak silap, RM10 kot. kalau tak silap la. tapi sekarang dah mahal gila. tadi aku belek-belek la, album lama kan, jumpa la gambar aku masa tadika. HAHA. serious kelakar.:face43: dulu kan aku masuk nasyid tau, dah tu pulak, baca doa lagi tu. setiap kali sekolah habis ada bacaan doa, kalo tak silap memori aku ni, kelas aku depan sekali (kelas Lemon kot) so, cekgu pilihlah aku. kadang-kadang je la. sweet kot.

:34:sekolah rendah
aku sekolah kat SK Seri Geliga. aku ada beberapa kawan baik yang selalu bertukar, tiap tahun. kawan baik yang last, masa standard 6 is, Kema, Yanie, Ain, Ain Syahira(lost contact). serious, aku ada beberapa perkara yang aku ingat. dan yang pasti happening gila. macam-macam perkara aku buat, jahat, baik, tak masuk akal, macam-macam la. maklumlah, otak tak berapa nak centre. then, atas main-main aku tulah, aku dapat UPSR 3A je. haha. aku ingat lagi masa darjah 6 aku aktif nasyid gak. cewah, setiap kali ada apa-apa, mesti ada persembahan nasyid, dan setiap kali itulah aku ni, naik pentas. solo? ish, tak la. suara aku bukan best pon.

aku ingat lagi, masa tu aku jadi pengawas perpustakaan tau, so, aku bebas la jugak nak masuk library bila masa aku nak kan. so, kat library tu ada bilik permainan, kitorang budak2 darjah 6 ni p la main dalam tu. siap main tutup lampu lagi, bergurau dalam bilik tu. then, aku dengan geng2 buat jahat lah dekat ada sorang budak yang kitorang tak suka tu. tak nak lah cerita apa dia, hehe. sorry ya, budak yang aku tak suka. tapi sekarang dah tak rasa pape. betul!
:face45:

sempena UPSR kan, aku n the geng, naik basikal sama-sama dengan budak-budak laki kelas kitorang, p study sama-sama. macam-macam kitorang tempuh masa tu. hujan, kena kejar dengan budak nakal, macam2 la. kelakar kot bila ingat balik.:face12:
then, aku pindah rumah ke Bukit Mentok(tempat tinggal sekarang)
sekolah menengah

aku pun masuk lah SMK Bukit Mentok. aku pergi sekolah naik basikal tau.
gambar cuma hiasan

kat sekolah ni, disiplin teruk sikit. maklumlah sekolah dalam kampung kan. so, bebudak nya memang lah nakal. but, best sekolah ni tau, sebab aku selalu duk kelas depan, dah tu pulak, dapat markah oke sikit pun kira cam cerdik lah jugak:face69:hehe. kat sekolah nilah aku start bergaul yang tak tentu kan. nasib baik lah, aku masih terpelihara (masih berada di jalan yang lurus). start form 3 aku dengan kawan2 aku (Midah, Farah, Tiqah and Hery), kitorang dicemburui geng2 yang lain, tak tahulah sebab apa. diorang siap nak ajak bertumbuk lagi nih. kitorang buat tak layan jela. then, diorang terus cari pasal tau, kitorang pun pergi lah jumpa kaunselor. lepas tu barulah senyap sikit.:face32:
kenapa tiba2 ada gambar Daniel Radcliffe pulak ni?
hehe. sebabnya, aku jumpa orang yang muka macam Harry Potter. aku minat dia?:face49:ehem3.. main-main tu adalah.. oke, dah. aku sekolah kat sekolah ni sampai form 3 je. then, aku dapat straight a's PMR so, aku pindah sekolah premier.
SMK Chukai. kat sekolah ni kan, aku kena paksa duduk di asrama, so, dengan rela hatinya aku masuk asrama, since adik aku yang memang dah sekolah situ dari form 1 lagi pun memang duduk asrama. first nightm tipu kalau aku kata aku tak sedih, in fact, sedih gila. kat sinilah aku kenal sue, ika, hana, wanie n sariy (sekolah rendah sama2), ha, ipah, ain dan farah. best gak ar dapat roomates macam dorang ni. dengan dorang lah aku nyanyi2 tu. HAHAHA.
banyak gila konflik berlaku sepanjang setahun aku duduk asrama. malah, paling dahsyat dalam hidup aku. tersangat dahsyat! sampaikan aku jadi trauma nak pi sekolah. kawan-kawan yang saling support, makes me stronger. thanks guys. walaupun banyak kenangan pahit, banyak jugak kenangan manisnya.:face75:basuh bilik air sampai sama-sama basah, sorok phone dekat atas almari masa spotcheck, lintang pukang lari masa pak cik penyembur nyamuk datang depan bilik( dengan muka baru bangun tidur, kami lari dengan hanya menutup kepala dengan tuala, pulak tu ada 2 orang yang menyorok dalam tandas, sebab shock gila, memang kelakar sangat):131:
lepas tu, form 5 aku tak duduk asrama dah. Ika and Hana pulak pindah. aku pun dah tak rapat sangat dengan roomates aku tuh sebab lain kelas, kecuali dengan Wanie dan Sariy. aku ada crush jugak. ramai yang tahu. but now, aku dah tak ada feeling. just suka main-main. heheh. aku memang seorang yang main-main.:face34:

tu jelah yang aku rasa nak kongsi. kalau aku cerita dengan terperinci mahu esok baru aku siap taip. dah aku dah ngantuk ni. nak tidur dulu. nite3..:112:
:face34:
hai . thanks sudi baca entry ni !

13 January 2012

apa ada pada tulisan?



assalamualaikum..

pernah tak korang dengar pasal tulisan ni menggambarkan personaliti kita? of coz pernah kan? tipu la kalau tak. tadi, kat DEWAN ALFARABI (dewan KMPP) ada jualan buku, aku pun belilah buku "tulisan cerminan personaliti diri" menarik kan? totally yes, sebab aku memang suka baca banda mengarut macam ni. melalui buku ni aku dapat satu laman web yang aku rasa kalau korang berminat la, korang boleh try la.


serious menarik gila. aku pun dah try. ni keputusan aku. aku ambil sikit2 aje lah ya? kalau ambil semua, mahu 5 page.. heheh:face1: dengan result MUET aku yang aku dapat.. (ehem, BAND 3 jer:face10:) so, aku try lah translate yer. korang boleh cuba sendiri tau.

melalui tulisan aku yang straight (no bengkok2!) laman web ni kata (bukan aku tau) aku suka guna penilaian kalau nak buat keputusan. aku buat keputusan pulak guna otak bukan hati. aku seorang yang cool:face57:. some kata aku ni tak ada perasaan.(tak terkejut langsung, aku dah tau). sebab kawan aku tuh ( tak nak sebut nama), selalu kata aku kayu, konkrit, batu, smua yang keras2 lah. semua bagi kat aku. :face32: aku tak kesah.. betul!:14:
aku akan luahkan perasaan aku bila mana : terlalu marah, terlalu bersemangat, dan stress tahap gaban. kalau orang marah aku, aku akan ingat. sampai bila2! next, aku akan sentiasa tenang dalam situasi cemas. dalam keadaan orang lain might get histerical, tapi aku.. tetap cool! hahaha:face53:
aku boleh bekerja dengan efisyen kalau diberi ruang dan masa sendiri. dalam perhubungan pulak, aku akan tunjukkn perasaan melalui benda yang aku buat rather than bercakap. saying "I love you" (:face48:) tak diperlukan, sebab aku rasa pasangan aku tu patutnya dah tahu (err..)
(kepada penjual di luar sana) kalao korang nak jual something pada aku, cukuplah bagitahu fakta aje,. tak perlu nak cerita panjang lebar, sebab kalau aku nak beli, aku beli. tu aje! senang! :face55:
gambar ni pulak pasal contoh tulisan aku yang tak kecil, dan tak besar (medium size la, senang citer). ni pulak membawa maksud yang aku ni, ada kebolehan yang seimbang dalam bersocial (means, berkawan or sewaktu dengannya) dan juga berhubung dengan orang lain
ni pulak gambar huruf 'd' aku. maksudnya, aku minta di-respek (teruk bahasa aku kan?) dan akan respek orang lain yang layan aku dengan baik (jadi? hehehe) :face76: aku jugak dikatakan sangat percaya kepada idea aku, dan expect orang lain pun akan hormat dengan idea aku tu. pendek kata, aku ni ada maruah la, (a lot of pride)
next, bentuk 'o' pulak, maksudnya aku ni, kalau bagi pendapat direct aje. aku akan bagitahu apa yang aku fikir kalau orang tanyalah, sama ada dorang suka atau tak. jadi, (page ni kata) kalau tak nak idea aku, jangan tanya! hahaha.:25:
now, bentuk 'm' dan 'n' (tak kira ya, besar atau kecik) pulak. cerewet kan? tapi enjoy kot. okey, maksud dia, aku ni analitikal thinker (berfikiran serius). aku akan tapis dan examine fakta. (dahsyat sungguh! sebab.. aku tak faham maksud dia. mungkin betul, mungkin tak! hehehe)

ni pulak aku tak ingat apa sebenarnya yang dia nak tadi. erm, apa-apapun maksud dia, aku ni ada true self-image( no hipokrit okey?)
Someone once told Nur that she wasn't a great and beautiful person, and she believed them
aku rasa betul je. aku memang tak cantik pon. :face32:(cewah ayat tak leh blah!). aku jugak ada ketakutan yang aku mungkin gagal kalau aku ambil risiko yang besar. jadi, aku takkan letak goal yang tinggi sebab takut berdepan kegagalan. (betol 3x). page ni kata "no matter how loud she speaks, look her action". haha. aku pon tak paham kenapa dia cakap macam ni. page ni sambung lagi, "this is perhaps, the biggest single barrier to happiness people not believing in and loving themselves." page ni kata lagi, aku ni salah satu contoh orang yang hidup dengan low self-image, sebab aku punya self-confidence semula jadi sudah broken. haha. betol kot. serious, aku tak confident sangat dengan diri aku ni.:18:

baca maksud pada huruf 'y' aku buat aku tergelak sorang-sorang dalam bilik, yang hanya ada aku sekarang ni. roomates aku semua keluar. page ni kata, ada sesuatu yang tak complete dalam hidup aku. aku rasa frust berkenaan dengan keperluan fizikal dan keinginan aku. somewhere dalam life aku ada kekecewaan, non-fulfillment, dan gangguan. page ni kata "this is very likely relate to your sexual needs". HAHAHA. tak nak komen lebih.

okey, conclusionnya di sini, aku suka lah jugak dengan result ni. quite similar i Think. hehehe. apa-apa pun korang cuba tau~~!

hai . thanks sudi baca entry ni !

10 January 2012

blog yang MENARIK!




assalamualaikum..
today.. aku nak story pasal blog-blog yang patut korang baca di waktu terluang, drpd tak ada apa nak buat tu kan, baik korang spent masa korang wisely dengan baca blog-blog yang aku rasa quite berinformasi. :face1:


:m: http://theotherkhairul.blogspot.com/
pasal blog the other khairul ni, aku rasa best lah. sebab Mr. K (pemilik blog ni) pandai bab mengulas dan menceritakan sesuatu. setiap kali aku baca update story dia, mesty aku gain new knowledge. tak kira islamik, atau international, semuanya lah. korang try la baca. konfirm korang suka.
kat blog ni pulak. to those yang minat baca cerita-cerita atau novel online la. aku berani jamin, korang akan sukakan blog ni. sebab, cerita dia BEST. nak-nak HOT AND COLD. memang sweet giler. CARL:t: tu prince charming aku tau.:face2:

:47: http://novelratu.blogspot.com/
hah, yang ni pun ada kaitan dengan novel online. best jugak blog ni, selalu aku follow post baru dia. quite best cerita dia.

blog ni pun lebih kurang dengan blog The Other Khairul je. pemilik blog ni aku tak sure sape, mungkin lelaki. best lah jugak post dia. bermaklumat! yang tu yang best tuh. tak payah nak google dah lepas baca post dia, sebab ada bukti. so, korang boleh percaya la. but, as usual, jangan percaya 100%.. :face72:

hah, aku siap bagi link lagi tuh. tu salah satu post dia yang first aku baca bila aku jumpa blog ni. actually baru minggu lepas aku jumpa. quite okey la. cerita link ni pun, best sangat. aku suka sangat-sangat!:face1: sweet kot~~ heheh:face56:

tu je lah kot. aku rasa tu je blog yang aku rasa best setakat ni. lagipun, korang pun tak larat nak baca banyak-banyak kan? heheh. apa-apa pun enjoy!


hai . thanks sudi baca entry ni !

7 January 2012

Darah Gemuruh





assalamualaikum...
hari ni aku nak kongsi maklumat yang aku cari dari hasil GOOGLE aku. :k: . aku cari pasal darah gemuruh ni sebab aku nak tahu cara nak hilangkan darah gemuruh. sebab aku pun ada masalah tu. Kak Zatie (my praktikum Mates) cakap aku ada darah gemuruh.
sebab muka aku pucat masa kitorang nak buat presentattion bi ari tuh. aku pun pelik lah, tak pernah pulak aku tahu pasal tu. then, dia cakap lagi, dia perasan aku ada darah gemuruh tu start masa nak MUET speaking test ari tu. then, I was Like.. ohh..:face6:.. oke.

then, aku pun google la cara nak hilangkan darah gemuruh, so that, nanti, aku tak akan nervous dah. macam mana lah tak nervous kalau kene present kat depan, semua orang tengok, and nak dengar apa yang kita nak cakap kan? takut kot. :face22:
oke, now lets proceed.
cara-cara nak hilangkan gemuruh :
1-
lakukan pernafasan sebanyak 30 kali, pastikan nafas yang disedut dan tahan selama 7 saat, then hembus balik.
2-korang must be prepared la. kalau takut jugak try berlatih depan cermin. (jangan bagi orang cakap korang mereng pulak) :face53:
3-dont think too much. terutama perkara negatif.
4-sentiasa tersenyum masa present or menghadap penemuduga (jangan sengih kambing tau, tak cantik. senyum aje!):face1:
5-anggap rasa gemuruh tu as friends.so that, korang boleh hadapi gemuruh dengan baik.
6-be optimistic. korang ulang dalam diri perkara positif like, "ALL IS WELL" huhu.. macam lam citer 3 IDIOTS tu. :h:
7-eye contact dengan audience/ penemuduga masa bercakap amat penting. selain dapat kurangkan gemuruh, korang jugak dapat collect rasa confident. betul, aku pun dah experience ini. masa nak present punyalah neves, mula nak cakap pun ketar bibir, tapi lepas buat 'mata bertentang mata' (klishe betol!):p:.. confident tu akhirnya datang.
8-masa bercakap pulak, korang terus aje tumpu pada isi yang korang nak sampaikan. dont bother about ur neves, just talk!:7:
9-then, korang imagine lah, yang korang dapat buat perkara yang korang takut ni dengan jayanya:119:.. huhu.. macam kawan aku, dia kalau nak bercakap kat depan dia bayangkan, yang akhir, dia cakap "thank you for listening.". then dia dapat buat dengan baik.
10-persediaan mental sangat penting tau. so that masa korang present or bercakap tu korang rasa excited. (tak ada nya aku nak rasa excited bercakap kat depan.
11-"saya boleh, Malaysia boleh!" ulang banyak kali.. sampai korang rasa confident. oke?
12- "saya suka bercakap depan orang, orang pun suka dengar apa yang saya cakap" ulang jugak yang ni. be confident is important what.. =)
13-lastly, doa...
Doa Nabi Musa AS

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku; ( Surah Taha : 25 -27 )

atau
Ya Allah ilhamkan daku kecerdasan dan lindungilah aku dari sifat jahat nafsuku


thats all daripada aku. nak kena pergi cepat ni. Nisa dan Kak Ain dah tunggu nak lunch sama-sama.

hai . thanks sudi baca entry ni !