. . . Count UP . . .

Daisypath Happy Birthday tickers

Followers

15 April 2014

Very First Experience - Detik Debar


Hai, anyeong, zaoshang hao, wanshang hao, ohaiyo gozaimasu etc etc.
*entri ni ditaip minggu lepas (khamis), tapi minggu ni baru nak update. well I AM BUSY. no offense ;)*

Okeh, so malam ni aku kuatkan tangan dan otak untuk menaip dan mengerah otak untuk entry ni. Eventhough aku rasa sangat malas nak menaip, dan sangat malas nak berfikir apa-apa sebab otak dah tepu dengan nama-nama antibiotic yang aku perlu hafal untuk test sepanjang dua hari berturutturut. But anyway, secara rasminya, cuti mid sem dah start. Last class habis kul 5 ptg tadi (last thursday).

Happy study rest week people! Anyway, Ive got an assignment to do. So tak lah rasa cuti sangat kan.. haha.

Sebenarnya aku nak cerita pengalaman aku pergi Teratak Riverview. Buat apa aku pergi sana? Well, fyi, aku pergi sana join Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Puncak Alam untuk camping dorang namakan program tu Detik Debar. first time dibuat pun. And the fact is, sepanjang 20 tahun aku hidup ni, ni kali pertama aku camping. Haha. Yup. I am dead serious here. tak tahu lah apa aku buat masa sekolah dulu sampaikan program khemah sekali pun aku tak ikut.


Anyway, pergi camping ni sangat best. Ive got new friends (students UniKL MIAT pun join, beside Palam's students), new experience, and becomes lebih berani.. lebih-lebih lagi kepada Cik HanHan *if you know what I mean*. Serius, cerita hantu pun aku tak berani tengok, unless ada orang temankan and aku duduk kat rumah masa tu (rumah kat Terengganu, bukan Palam). tempat selain rumahku syurgaku, jangan harap. Sahkan tengok, dengar pun taknak. now, sama je. Cuma berani sikit lah. Sikit.... Erm! whatever..

Jadi, macam mana aku boleh join program ni? My classmate lahh duk cakap-cakap pasal ni. Aku pun lepas fikir-fikir, join je lah. Bayar RM 75 je punn.. okeh bila dah bayar, tak boleh berundur dah. So join je lahh. Makin dekat nak pergi makin takut, sebab ada night walk. Aku sangat takut berjalan malam-malam. Tapi anehnya aku suka duduk dalam gelap. Dah lah tengah ehem ehem. Memang tak selesa habislah…

the baju, tudung, stokin, lampu suluh, barangbarang kebersihan diri etc.
-> into a plastic beg before masuk dalam beg

Sabtu
Pergi ke Kolej Angsana (naik bas kat sana).. pukul 7.15 pg macam tulah.. kul 8.30pg bas bertolak dari UiTM Puncak Alam ke Tanjung Malim/ Ulu Bernam *not sure which one, but I think both*. Sampai tu dalam pukul 10pg. turun je bas, urusetia cakap kena naik lori. Terkejut kot gua tengok lori tuh. But best... Mana kau nak cari naik lori macam tu kan.. sebab tempat tu jauh ke dalam.

the LORRY 0_0
the VIEW
Sampai-sampai je aku memang dah terpesona dengan sungai yang sangat menggoda. Haha. Macam tak sabar je nak mandi sungai tu, walaupun takut juga kalau kena Leptospirosis. Lepas bagi kata alu-aluan macam tu, kitorang pun bergerak ke kawasan perkhemahan tu and cop khemah masing-masing. First timer set up khemah.. nasib baik tak patah. Well, tu pun sebab D, Pika and Nisa (campmates), semua pernah pergi camping.
kitorang punya warna kuning. the one and only,
yang lain semua warna biru.
CAMPMATES
belakang dari kanan : D, Nisa and Pika

Dalam pukul 11 ada ice breaking. Fyi, aku memang tak suka bab kenalkan diri ni. Aku tak suka diperhatikan.. yelah masa kita tengah perkenalkan diri mesti semua tengok kita kan? Hah, part tu lah aku tak suka. But yeah.. buat je lah. Nasib baik dorang semua sporting. Dorang memang happening actually. Untuk ice breaking kitorang dibahagikan into 6 groups. 5 person per group. Kitorang punya grup nama TOKMO. Tak ke menganjing tu. haha. Tu idea si leader la tu.

ice breaking
Lepas ice breaking, main games radio rosak (gambar atas). Memang rosak lah kan, sebab maklumat memang tak sampai langsung. 

Lepas lunch, solat zohor, ada rentas halangan pulak. Ada beberapa games yang kitorang main
1. Main bola sambil tutup mata. me? Tak kena bola pun. pui betul! Nampak betulla kaki bangku. then main tali skipping yang talinya berat macam apa.      
sepak bola sambil tutup mata
ATAS : tengah fikir strategi.
BAWAH : kacau grup lain main =)

tali skipping. TALI tu berat gilaa

2. Bawak bola pingpong dalam sudu, sambil terikat dengan grup members yang lain. Nasib baik tak jatuh bola tu you alls. Walopun aku rasa macam nak tergelak je masa tu.      
ATAS ; bawak bola ping pong. 
BAWAH : bawak air sambil meniti atas kayu

3. Lalu atas kayu, sambil bawak air, pass pada kawan yang lain, then lempar masuk dalam bakul. Our leader sangat tepat. Hampir semua masuk. Daebak. 

 4. Ni lah part yang paling ditunggu-tunggu *tangan atas bahu, mata pandang atas* MAIN LUMPUR. Aku memang dah agak ada benda alah lumpur ni. Anyway, layan je lah. Siap tertelan air lumpur tu. reda je lahhh.


Hadiah mandi lumpur is… yes,, masa yang ditunggu-tunggu that is mandi sungai. Dah berlumpur-lumpur tu kan, masuk dalam sungai, sangat lah menyeronokkan. HOWEVER, it’s the cuaca yang tak menyebelahi kitorang. Tengah seronok berendam, hujann pulakk. Lebat pulak tu. tak boleh mandi sungai dah sebab arus deras. Naik je, mandi hujan la pulak kann. Bila dah hujan, lebat pulak.. here comes new problem.. khemah bocor! Bersungguh la kitorang angkat khemah pergi ke tempat yg ada atap. 

Lepas dah mandi-mandi dan siap kemaskan barang yang hampir basah. Oh ya, aku memang dah bersedia dengan kemungkinan hujan, awal-awal lagi aku dah masukkan baju dalam beg plastic sebelum masukkan dalam beg. Jadi, baju aku selamat. None yang basah. Malamnya ada BBQ. My favourite part. MAKAN!! 

*takde gambar sebab makan dalam gelap*

Lepas makan, dorang bagi rehat kejap, sebelum aktiviti burung hantu. Ohh, betapa aku takutt, sebab kena tutup mata, dan jalan masuk hutan pulak tuh. Memang aku tak lepaskan bahu orang kat depan aku. serius!
Burung hantu

Lepas burung hantu, ada Night Walk. Sambil-sambil jalan dorang pasang mercun. I don’t know why. But seriously, sakit jantung. Sekejap-sekejap bunyi. Haish. Pulak tu, jalan gelap. kiri kanan memang tak pandang dah. Tengok depan je. Balik night walk kul 2 pagi.. terus basuh muka then tido. Let me tell you, sejuk gila sepanjang tido. Aku pakai sampai dua helai baju pun tak hilang sejuk tu. belum sentuh air lagi. nak gosok gigi pagi tu pun takut.

AHAD

Then,after breakfast kitorang buat senam robik sikit,*Lupa nak bagitahu, makanan memang di sediakan kat sini. Dah masuk sekali dengan bayaran* 


then ada aktiviti Flying Fox .  Flying fox pun first time buat. Best. Tapi cukup lah sekali naik ^^. Satu je aktivti aku tak buat, Abseilling. Sebab dia kena turun bangunan. Aku takut. So, tak pe la… buatnya aku jatuh bedebuk. Dah la berat kan. ;P


fakta menarik : sungai yang ada dalam gambar kat atas punya atas tu.. ada sungai bernam. sungai yang memisahkan negeri Perak dan Negeri Selangor. so, officially, siapa yang naik flying fox tu dah berjaya merentas dua negeri. how nice! haha. 

menunggu untuk Abseiling 
Lepas mandi, solat zuhur semua, kitorang berkumpul kat dewan makan. Ada majlis penutupan. Kitorang dapat nombor tiga. Cool!
 
majlis penutup

all peserta Detik Debar
geng-geng Farmasi.
\kecuali dua orang lelaki dari kanan kat belakang tuh



Apa-apa pun kalau korang berkesempatan pergilah ke Teratak Riverview nih. Yang anehnya kan.. pak cik tu , dia punya cara tak bagi orang mandi lama-lama kat sungai is dengan letupkan mercun. Takutt betul kitorang. Tapi, pak cik tu tak buat kat kitorang laa. Kitorang boleh main banyak mana pun.

Okay, itu jelah journey aku. my first camping experience. Cool huh? Hee. Anyway kalau diorang buat program lagi (Detik Debar 2.0). aku akan join. Kalau aku ada masa laaa. Hehe 

Selfie banyakbanyak ;D 
Rasulullah bersabda bermaksud:
 "Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya,dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya." Hadis riwayat al-hakim

hai . thanks sudi baca entry ni !

15 March 2014

Entry ke 100


Hai. Anyeong! Dah lama betul tak hupdate belog nih. Its not like aku tak nak update, tapi aku takde cerita nak cerita. Yeah, my life is kind of plain. Keep repeating the same thing everyday. Haha.

First thing first, keep praying for MH370. Banyak artikel aku baca whether in Malaysia or outside from Malaysia yang bagi komen pasal kes ni. Apa-apa pun, harapnya nanti kita dapat dengar berita yang pesawat tu ditemui  =) insyaAllah.

Dah dua minggu start sem 4 ni. Lahai, penatnya tak usah kira lah. Bukan pasal kelas, tapi pasal cuaca dan pasal catuan air. Kat Puncak Alam nih, kat kawasan perumahan kena catu air. Dua hari ada, dua hari tak ada. So, kena prepare lah. Time takde air tu, kenalah guna air yang dah ditadah. Nak basuh baju kena tunggu air ada *bukannya aku basuh selalu pun, hujung minggu je* bila dah ada, kotor pulak airnya.

JEREBU. otw to the class

Cerita pasal cuaca pulak. Rasa macam duduk kat New Zealand je, bukan pasal sejuk tapi pasal banyak asap, jerebu tu boleh tahan tebal. API dah capai 100++. Bayangkan bahayanya,  Jerebu ni boleh bawak banyak penyakit. Tapi aku pegi kelas tak pakai mask pon, tapi dah beli dah. Hehe. Rimas lah. Sekarang Puncak Alam sangat panas. Nak mandi banyak kali pun x boleh sebab nak jimat air. Reda je lah.

another JEREBU 
Ada banyak isu sensitive jadi dalam negara sekarang ni kan. bomoh lah, ape lah. Sampai masalah jerebu ni tak selesai-selesai, dah 2 minggu kat sini, baru sekali pun hujan.  Tak apalah, janji Malaysia aman.


Anyway, harapnya minggu ni aku boleh balik rumah. Sebab aku teringin nak makan nasi dagang. Mana nak cari kat Puncak Alam ni. Kalau ada pun, tak sesedap yang mak buat. Alang-alang ada orang tempeh nasi dagang dengan mak, aku nak join la sekali. Jyeah! Harapnya lecturer marketing tu awalkan kelas dia, so that hari khamis malam tu aku boleh terus balik. Hehe.

saja include kan gambar- gambar ni. ni aku kidnap kat dalam bangunan FF1. baru tahu diaorang letak model UiTM Puncak Alam akan datang ni kat situ. excited bila pergi tengok. T T yang sedihnya, bila UiTM Palam besor cenggitu, gua tak dapat nak merasa ;(
ni sekitar bangunan Fakulti Farmasi. 1) is the student's parking, 2) bangunan yang ada lab, tutorial and bilik-bilik yang berkenaan. 3) FF1. di mana office lecturer, pejabat bendahari dan pejabat PNC pun kat sini. dewan kuliah kat depan bangunan nombor 2. kecik je so, tak nampaklah.

tu katanya ada kolam nanti. nampak tak yang warna biru tu, dengan masjid. wah! 

P/s : Alhamdulillah hari ni hujan. Tengah taip entry ni, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya, membuatkan kain yang aku jemur pagi tadi, kebasahan. Patutnya aku angkat tengah hari tadi.

So this is it. Bye! Azam tahun 2014 ni, at least setiap bulan satu entry. Hehe ;*
Henry Cavill
nak tahu kenapa aku letak gambar dia? haha. no reason, suka-suka je ni. aku tak tahu kenapa aku jadi suka kat dia ni, semenjak tengok Man of Steel. pergh, lakonan dia! lepas Thor (Chris Hemsworth), dia ni la yang aku suka. kalau tanya aku kenapa, sampai tahun depan tak habis. banyak sangat sebab dia. =D Man of Steel tu aku dah ulang tengok 3 kali. 

hai . thanks sudi baca entry ni !