. . . Count UP . . .

Daisypath Happy Birthday tickers

Followers

Showing posts with label UiTM PAlam. Show all posts
Showing posts with label UiTM PAlam. Show all posts

15 April 2014

Very First Experience - Detik Debar


Hai, anyeong, zaoshang hao, wanshang hao, ohaiyo gozaimasu etc etc.
*entri ni ditaip minggu lepas (khamis), tapi minggu ni baru nak update. well I AM BUSY. no offense ;)*

Okeh, so malam ni aku kuatkan tangan dan otak untuk menaip dan mengerah otak untuk entry ni. Eventhough aku rasa sangat malas nak menaip, dan sangat malas nak berfikir apa-apa sebab otak dah tepu dengan nama-nama antibiotic yang aku perlu hafal untuk test sepanjang dua hari berturutturut. But anyway, secara rasminya, cuti mid sem dah start. Last class habis kul 5 ptg tadi (last thursday).

Happy study rest week people! Anyway, Ive got an assignment to do. So tak lah rasa cuti sangat kan.. haha.

Sebenarnya aku nak cerita pengalaman aku pergi Teratak Riverview. Buat apa aku pergi sana? Well, fyi, aku pergi sana join Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Puncak Alam untuk camping dorang namakan program tu Detik Debar. first time dibuat pun. And the fact is, sepanjang 20 tahun aku hidup ni, ni kali pertama aku camping. Haha. Yup. I am dead serious here. tak tahu lah apa aku buat masa sekolah dulu sampaikan program khemah sekali pun aku tak ikut.


Anyway, pergi camping ni sangat best. Ive got new friends (students UniKL MIAT pun join, beside Palam's students), new experience, and becomes lebih berani.. lebih-lebih lagi kepada Cik HanHan *if you know what I mean*. Serius, cerita hantu pun aku tak berani tengok, unless ada orang temankan and aku duduk kat rumah masa tu (rumah kat Terengganu, bukan Palam). tempat selain rumahku syurgaku, jangan harap. Sahkan tengok, dengar pun taknak. now, sama je. Cuma berani sikit lah. Sikit.... Erm! whatever..

Jadi, macam mana aku boleh join program ni? My classmate lahh duk cakap-cakap pasal ni. Aku pun lepas fikir-fikir, join je lah. Bayar RM 75 je punn.. okeh bila dah bayar, tak boleh berundur dah. So join je lahh. Makin dekat nak pergi makin takut, sebab ada night walk. Aku sangat takut berjalan malam-malam. Tapi anehnya aku suka duduk dalam gelap. Dah lah tengah ehem ehem. Memang tak selesa habislah…

the baju, tudung, stokin, lampu suluh, barangbarang kebersihan diri etc.
-> into a plastic beg before masuk dalam beg

Sabtu
Pergi ke Kolej Angsana (naik bas kat sana).. pukul 7.15 pg macam tulah.. kul 8.30pg bas bertolak dari UiTM Puncak Alam ke Tanjung Malim/ Ulu Bernam *not sure which one, but I think both*. Sampai tu dalam pukul 10pg. turun je bas, urusetia cakap kena naik lori. Terkejut kot gua tengok lori tuh. But best... Mana kau nak cari naik lori macam tu kan.. sebab tempat tu jauh ke dalam.

the LORRY 0_0
the VIEW
Sampai-sampai je aku memang dah terpesona dengan sungai yang sangat menggoda. Haha. Macam tak sabar je nak mandi sungai tu, walaupun takut juga kalau kena Leptospirosis. Lepas bagi kata alu-aluan macam tu, kitorang pun bergerak ke kawasan perkhemahan tu and cop khemah masing-masing. First timer set up khemah.. nasib baik tak patah. Well, tu pun sebab D, Pika and Nisa (campmates), semua pernah pergi camping.
kitorang punya warna kuning. the one and only,
yang lain semua warna biru.
CAMPMATES
belakang dari kanan : D, Nisa and Pika

Dalam pukul 11 ada ice breaking. Fyi, aku memang tak suka bab kenalkan diri ni. Aku tak suka diperhatikan.. yelah masa kita tengah perkenalkan diri mesti semua tengok kita kan? Hah, part tu lah aku tak suka. But yeah.. buat je lah. Nasib baik dorang semua sporting. Dorang memang happening actually. Untuk ice breaking kitorang dibahagikan into 6 groups. 5 person per group. Kitorang punya grup nama TOKMO. Tak ke menganjing tu. haha. Tu idea si leader la tu.

ice breaking
Lepas ice breaking, main games radio rosak (gambar atas). Memang rosak lah kan, sebab maklumat memang tak sampai langsung. 

Lepas lunch, solat zohor, ada rentas halangan pulak. Ada beberapa games yang kitorang main
1. Main bola sambil tutup mata. me? Tak kena bola pun. pui betul! Nampak betulla kaki bangku. then main tali skipping yang talinya berat macam apa.      
sepak bola sambil tutup mata
ATAS : tengah fikir strategi.
BAWAH : kacau grup lain main =)

tali skipping. TALI tu berat gilaa

2. Bawak bola pingpong dalam sudu, sambil terikat dengan grup members yang lain. Nasib baik tak jatuh bola tu you alls. Walopun aku rasa macam nak tergelak je masa tu.      
ATAS ; bawak bola ping pong. 
BAWAH : bawak air sambil meniti atas kayu

3. Lalu atas kayu, sambil bawak air, pass pada kawan yang lain, then lempar masuk dalam bakul. Our leader sangat tepat. Hampir semua masuk. Daebak. 

 4. Ni lah part yang paling ditunggu-tunggu *tangan atas bahu, mata pandang atas* MAIN LUMPUR. Aku memang dah agak ada benda alah lumpur ni. Anyway, layan je lah. Siap tertelan air lumpur tu. reda je lahhh.


Hadiah mandi lumpur is… yes,, masa yang ditunggu-tunggu that is mandi sungai. Dah berlumpur-lumpur tu kan, masuk dalam sungai, sangat lah menyeronokkan. HOWEVER, it’s the cuaca yang tak menyebelahi kitorang. Tengah seronok berendam, hujann pulakk. Lebat pulak tu. tak boleh mandi sungai dah sebab arus deras. Naik je, mandi hujan la pulak kann. Bila dah hujan, lebat pulak.. here comes new problem.. khemah bocor! Bersungguh la kitorang angkat khemah pergi ke tempat yg ada atap. 

Lepas dah mandi-mandi dan siap kemaskan barang yang hampir basah. Oh ya, aku memang dah bersedia dengan kemungkinan hujan, awal-awal lagi aku dah masukkan baju dalam beg plastic sebelum masukkan dalam beg. Jadi, baju aku selamat. None yang basah. Malamnya ada BBQ. My favourite part. MAKAN!! 

*takde gambar sebab makan dalam gelap*

Lepas makan, dorang bagi rehat kejap, sebelum aktiviti burung hantu. Ohh, betapa aku takutt, sebab kena tutup mata, dan jalan masuk hutan pulak tuh. Memang aku tak lepaskan bahu orang kat depan aku. serius!
Burung hantu

Lepas burung hantu, ada Night Walk. Sambil-sambil jalan dorang pasang mercun. I don’t know why. But seriously, sakit jantung. Sekejap-sekejap bunyi. Haish. Pulak tu, jalan gelap. kiri kanan memang tak pandang dah. Tengok depan je. Balik night walk kul 2 pagi.. terus basuh muka then tido. Let me tell you, sejuk gila sepanjang tido. Aku pakai sampai dua helai baju pun tak hilang sejuk tu. belum sentuh air lagi. nak gosok gigi pagi tu pun takut.

AHAD

Then,after breakfast kitorang buat senam robik sikit,*Lupa nak bagitahu, makanan memang di sediakan kat sini. Dah masuk sekali dengan bayaran* 


then ada aktiviti Flying Fox .  Flying fox pun first time buat. Best. Tapi cukup lah sekali naik ^^. Satu je aktivti aku tak buat, Abseilling. Sebab dia kena turun bangunan. Aku takut. So, tak pe la… buatnya aku jatuh bedebuk. Dah la berat kan. ;P


fakta menarik : sungai yang ada dalam gambar kat atas punya atas tu.. ada sungai bernam. sungai yang memisahkan negeri Perak dan Negeri Selangor. so, officially, siapa yang naik flying fox tu dah berjaya merentas dua negeri. how nice! haha. 

menunggu untuk Abseiling 
Lepas mandi, solat zuhur semua, kitorang berkumpul kat dewan makan. Ada majlis penutupan. Kitorang dapat nombor tiga. Cool!
 
majlis penutup

all peserta Detik Debar
geng-geng Farmasi.
\kecuali dua orang lelaki dari kanan kat belakang tuh



Apa-apa pun kalau korang berkesempatan pergilah ke Teratak Riverview nih. Yang anehnya kan.. pak cik tu , dia punya cara tak bagi orang mandi lama-lama kat sungai is dengan letupkan mercun. Takutt betul kitorang. Tapi, pak cik tu tak buat kat kitorang laa. Kitorang boleh main banyak mana pun.

Okay, itu jelah journey aku. my first camping experience. Cool huh? Hee. Anyway kalau diorang buat program lagi (Detik Debar 2.0). aku akan join. Kalau aku ada masa laaa. Hehe 

Selfie banyakbanyak ;D 
Rasulullah bersabda bermaksud:
 "Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya,dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya." Hadis riwayat al-hakim

hai . thanks sudi baca entry ni !

15 March 2014

Entry ke 100


Hai. Anyeong! Dah lama betul tak hupdate belog nih. Its not like aku tak nak update, tapi aku takde cerita nak cerita. Yeah, my life is kind of plain. Keep repeating the same thing everyday. Haha.

First thing first, keep praying for MH370. Banyak artikel aku baca whether in Malaysia or outside from Malaysia yang bagi komen pasal kes ni. Apa-apa pun, harapnya nanti kita dapat dengar berita yang pesawat tu ditemui  =) insyaAllah.

Dah dua minggu start sem 4 ni. Lahai, penatnya tak usah kira lah. Bukan pasal kelas, tapi pasal cuaca dan pasal catuan air. Kat Puncak Alam nih, kat kawasan perumahan kena catu air. Dua hari ada, dua hari tak ada. So, kena prepare lah. Time takde air tu, kenalah guna air yang dah ditadah. Nak basuh baju kena tunggu air ada *bukannya aku basuh selalu pun, hujung minggu je* bila dah ada, kotor pulak airnya.

JEREBU. otw to the class

Cerita pasal cuaca pulak. Rasa macam duduk kat New Zealand je, bukan pasal sejuk tapi pasal banyak asap, jerebu tu boleh tahan tebal. API dah capai 100++. Bayangkan bahayanya,  Jerebu ni boleh bawak banyak penyakit. Tapi aku pegi kelas tak pakai mask pon, tapi dah beli dah. Hehe. Rimas lah. Sekarang Puncak Alam sangat panas. Nak mandi banyak kali pun x boleh sebab nak jimat air. Reda je lah.

another JEREBU 
Ada banyak isu sensitive jadi dalam negara sekarang ni kan. bomoh lah, ape lah. Sampai masalah jerebu ni tak selesai-selesai, dah 2 minggu kat sini, baru sekali pun hujan.  Tak apalah, janji Malaysia aman.


Anyway, harapnya minggu ni aku boleh balik rumah. Sebab aku teringin nak makan nasi dagang. Mana nak cari kat Puncak Alam ni. Kalau ada pun, tak sesedap yang mak buat. Alang-alang ada orang tempeh nasi dagang dengan mak, aku nak join la sekali. Jyeah! Harapnya lecturer marketing tu awalkan kelas dia, so that hari khamis malam tu aku boleh terus balik. Hehe.

saja include kan gambar- gambar ni. ni aku kidnap kat dalam bangunan FF1. baru tahu diaorang letak model UiTM Puncak Alam akan datang ni kat situ. excited bila pergi tengok. T T yang sedihnya, bila UiTM Palam besor cenggitu, gua tak dapat nak merasa ;(
ni sekitar bangunan Fakulti Farmasi. 1) is the student's parking, 2) bangunan yang ada lab, tutorial and bilik-bilik yang berkenaan. 3) FF1. di mana office lecturer, pejabat bendahari dan pejabat PNC pun kat sini. dewan kuliah kat depan bangunan nombor 2. kecik je so, tak nampaklah.

tu katanya ada kolam nanti. nampak tak yang warna biru tu, dengan masjid. wah! 

P/s : Alhamdulillah hari ni hujan. Tengah taip entry ni, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya, membuatkan kain yang aku jemur pagi tadi, kebasahan. Patutnya aku angkat tengah hari tadi.

So this is it. Bye! Azam tahun 2014 ni, at least setiap bulan satu entry. Hehe ;*
Henry Cavill
nak tahu kenapa aku letak gambar dia? haha. no reason, suka-suka je ni. aku tak tahu kenapa aku jadi suka kat dia ni, semenjak tengok Man of Steel. pergh, lakonan dia! lepas Thor (Chris Hemsworth), dia ni la yang aku suka. kalau tanya aku kenapa, sampai tahun depan tak habis. banyak sangat sebab dia. =D Man of Steel tu aku dah ulang tengok 3 kali. 

hai . thanks sudi baca entry ni !

22 December 2013

End Semester 3 part 1


Hai. *sila betulkan slang anda. Please, change mode to Kedahan.* puii!

*rindu KMPP ni. Sob sob.*

Ceq orang busy. Jadi, belog ceq pon nampak cam kosong je, kan? Comment – comment pun jarang nak membalas sebab memang malas nak bukak belog ni. Hihi. Mianhe chinggu ya~~ T.T

So, hari ni (Sabtu) ceq excited nak update belog. Haha. Menipu la excited kan, ceq sebenaqnya banyakk gila story, a.k.a banyak gilaa benda yang jadi sejak kebelakangan ni. Sampaikan, banyak masa ceq stress dan moody. Tapi, malaih nak tunjuk kat orang.

Seriously, sem ni rasa cam berat gilaa. Most subjek cam susah, tapi ada yang best belajar. sebab, dah mula belajar pasal drug-drug yang boleh diapplykan masa keje nanti kan. BUT BUT BUT, drug-drug tu bukan lah sikit. Banyaaak. Dengan kena ingat mechanism of action, treatment untuk ape, receptor dia, kat mana dia react. Hurm~!

Ceq bukannye nak mengadu ke hapa, kalau study, faham, usaha, dan tawakal insyaAllah dapat grab. But yeah. Agak susah nak terima mulanya.

Sem ni ceq amik mandarin tau. So, ceq blajaq laa camna nak cakap cina. Uhum! Lepas ni bulih la kalo setakat nak tegur-tegur, Tanya nama ke ape ke kan. Ahah! And ade kena buat video tau.. kira cam projek final sem ni lah. Apply la apa-apa yang pernah belajaq tu. Kitorang punya video, pasal SCHIZOPHRENIA. Kebetulan ada belajaq sket time subjek Psychology, leh la apply. Hahah. Kalo ade masa ceq upload video na. Nak jadi retis youtube sekali. kekeke

budak farmasi yang amik ko kebudayaan
So, hari ni dah start kami punya study week. Malamnye * baru habis kul 10.30 mlm tadi* pulak ceq ade persembahan kat Rafflesia, untuk koko kebudayaan. so, dari drama, menari gamelan ke menyanyi. kitorang buat Tarian endang uolls ~_~. macam best je tadi. huhu. So, 30 dec – 18 jan ceq busy ngan paper2 ceq. insyaAllah nanti 19 jan ceq kembali lagi na. stay calm chingu-ya. *ceit, macam la ade yang kesah*

Rejai, Aku, Piqa, Shera, Nadia, D


In a nutshell, entry ni entry mengarut je. Ceq Cuma nak hilangkan stress jap, and menekankan kepada korang korang, yang ceq nak final and di bawah ini adalah jadual final, beserta dengan subjek, dan ketebalan nota-nota yang perlu ceq habiskan dalam seminggu dua ni. Wish me luck babe. And good luck jugak pada student-student degree yang akan mengambil exam lagi dua minggu. #takut #scary #thriller #nervous #andyangsamawaktudengannya
sebahagian daripada grup tarian kitorang

Hah, entry akan datang insyaAllah, BANJIR 2013 yang meragut nyawa 6 kesayangan keluarga ceq, dan merosakkan perabot, tv, dan menghanyutkan remote astro. Bilek ceq pon tinggai katil ngan almari jah satu. See more on 19 jan or maybe 20 jan or maybe the next day *bila ceq qajin la noh*


ceq dah malaih nak buat watermark. kalo amik gamba, just let me know ya ^ ^



hai . thanks sudi baca entry ni !

21 September 2013

officially 20 ^^


Nihao. Hari ni rajin pulak budak yang baru masuk 20 tahun ni *budak lagi tu* update belog dia yang tak seberapa ni. So, tanggal 19 Sept 1993 aku dilahirkan. Now its 2013. So officially I am now 20. lagi 5 tahun nak kawen. Eh? Haha. Guraugurau. Calon pun takde kan. Ada hati. Hakhak. So, Birthday tahun ni, kind of seronok. Hehe. Padahal, sehari sebelum cam bad mood sikit. Tak tahu kenapa.

Yang peliknya, aku tidur awal kot. Dalam 10.30 malam dah tidur *on the 18 Sept*. Aku cam tak mengharap lah ada sambutan ke apa kan, since kelas kitorang habis lam kul 5.30 petang kot. So, memang dorang tak sempat nak beli kek ke ape la. Tapi, Rejai ngan Shera, keluar pergi Econsave katenye nak beli ink printer, but then, dorang beli kek kat secret recipe. Sweet tak? Yang unik nya, kek tu, 4 keping yang secret recipe, dorang susun, nampak cam bulat gak, but, dipenuhkan with kek pisang. Haha. Cam comel je. Korang ada kek cam tu? Heheh. Tiga keping kek coklat, ada satu keping tiramisu. Semua aku suka, asalkan coklat. Yummy.

this is the cake ^^
Kul 12.30 malam, dorang menceroboh masuk lam bilek aku, bawak kek tu. Kita dah lah tengah tidur kan, pastu dorang main terjah, so cam, lambat sikit nak bagi reaction tu. Haha. Walopun aku tak berapa nak nyenyak tidur la, sebab dengar bunyi tangga. Dorang turun tangga berlari ke ape entah. Dengar bunyi plastik jugak. Tengah mamai, memang tak fikir apa lah kan, sambung je tidur balik. Lagipun aku memang mudah terjaga. *Kalau tak penat la*



Lepas tu, agenda suap-menyuap, and makan. Tengah malam makan kek kau. Haha. Kul 1.30 pagi, baru aku tidur balik. Tak kisah dah gemuk ke ape. Sebab esok nya ada kelas. Shera bagi kad yang dia buat. Cantik. Haha. Sebab ada gambar kitorang. Yang bawah ni.

cantik kan? aww!
Pergi kelas, kawankawan yang duduk dekat dengan aku dalam lecture hall, mostly my classmates, wish happy birthday. Hehe. Malu sebenarnya. Kelas banyak pulak semalam. Petangnya, ada lecture Management, tapi, tunggu-tunggu lecturer tak datang. Dorang tak tahu nak buat ape, Dya pergi ajak nyanyi lagu. Memang malu gila ah. Nasib baik ada kelas ABC je lam lecture hall tu. Adoi. But anyway, thank you guys.

Hah, sebelum lecture mgt start, aku pergi tandas. Balik-balik je, ada beg kertas body shop kat beg aku. So, aku tanya kawan sebelah, dia punya ke. Tak perasan rupanya ada sticky note with my name on it. Mulamula cam konfius, sape bagi, sebab dia tulis huruf A ngan I je. Tanya, kawankawan yang duduk near with me in the lecture hall, dorang cakap secret admirer bagi. Well, memang tak lah kan. Sape lah nak admire aku. Haha. Tak logik. Rupenya Alia ngan Ira yang bagi. nama tyrahsooneul kan nama twitter aku, x ramai yang tau. Heheh. Dorang bagi shawl, I am not really into pink, but, since orang dah bagi. Aku akan pakai banyakbanyakbanyak kali. Heheh. Tapi, memang cantik pun kan? Walopun tak suka pink, tetap suka dengan shawl ni. Cantikkk sangattt ^ ^.
given by Alia and Ira =)

Well, I feel so happy. Pagipagi, lagi my mom dah wish, which made my day. Ayah wish lambat, as expected, ayah memang tak pernah ingat birthday sapesape, even birthday beliau pon tak ingat. Adik-adik aku jugak tak ketinggalan. Haha. Aku mintak hadiah, dorang mintak duit pulak dengan aku. Haish. Even my abang pon wish, hihi. Aku tak perasan nama dia ada kat wall fb tu. Mak cakap dia ada wish baru aku cari nama dia. Ohh, ada rupanya. Katanya nak blanja secret recipe ==”. and also, my cousins yang terbaik.

Kawankawan kat matrik, my bff kat sekolah till now - wanie and Nisa - wish through phone. Intan, tak ada kredit, as usual. Aku tertunggu-tunggu lah mesej dia. Memang nak kena lah kalo lupa birthday aku kan. Petangnya, aku call dia. Dia nyanyi dengan suara yang tak merdu tu kat tepi telinga ni. Haha. kat twitter pon tak ketinggalan ada beberapa people yang wish. Yang kenal aku la. Mana ada notification kat twitter pasal birthday orang kan..

kelmarin, petang lepas solat zohor, kitorang pergi Setia City Mall, konon sambut birthday la. Haha. Pastu pergi makanmakan kat Manhattan Fish Market. Mulamula konfius nak masuk, pastu google, jumpa dalam list halal, so terus confident, masuk je. Serius memang best. Harga pun tak mahal sangat. Makan pulak sedap je. Memang tak rugi la datang.
my lovely housemates.
dari bawah kiri : D, Shera, aku, Pika, Rejai ;)
aku punya manhattan fish n chips. super delicious !

Rupanya, bukan makanmakan je. Dorang membeli macammacam hadiah. Dan boleh pulak aku tak perasan. Actually aku ada je intinct pasal tu, cuma aku buat bodoh. but seriously, aku tak expect dorang nak beli hadiah tu. Adesss. Sebelumsebelum ni, kitorang satu rumah akan kongsi-kongsi duit, beli hadiah. Tapi, kali ni, masingmasing ada hadiah masingmasing. Malu kot. Well, aku ni dah lah salu jugak buat orang terasa. I am not a very good person though. Banyak buat orang sakit hati. But, they still did this to me. Almost aku rasa nak menangis, serius. But, aku cover lah kan. Dorang smua kat depan aku, taknak la nangis. thank you my beutiful, lovely, gorgeous housemates. seriously sangat sayang korang. *orang bagi hadiah kan, mestilah sayang* 
given by D. tudung tu aku berkenan but malas nak beli. rupanya senyapsenyap
 dia pergi beli. aku pun tak perasan bila. semua biru kan? hahah. i loike!

bila masa Pika ngan Shera pergi beli, pun tak tahu. sebab
tak berjalan dengan dorang. its red actually. nampak pink kan? heheh.
saja tunjuk harga. hahahahaha

ini pulak Rejai bagi. dia tanya aku comel tak masa nak beli tu. aku cakap la comel.
 rupanya dia belikan tuk aku? masuk lam kete je dah ada. so sweet.

Heheh. So thats all my journey along the birth day anniversary. Orang cakap, on hari lahir, eloknya, berpuasa. As tanda kesyukuran masih hidup sampai hari ni, di mana, kita makin jauh dari titik mula dan semakin hampir kepada titik akhir. But, it is also a way to cepatkan jodoh. Haha. Aku dengar ni pun masa sem 1. ada housemate aku cakap. Aku nak puasa. Tapi, keadaan tak mengizinkan. Anyway, terima kasih banyakbanyak kepada kawankawan. May Allah bless you guys. kalau kita sentiasa senangkan hati orang, orang pun akan senangkan hati kita. what you give, you get back, yes? aku akan cuba senangkan hati orang, better. insyaAllah.

adios. papai!

hai . thanks sudi baca entry ni !

22 July 2013

The End Semester 2


Hai. rasanya macam dah lama betul tak update belog nih. puh puh! Kasi bersih sikit. So, as you alls might know (buatbuat tau kalo x tau)  from 27 June till 14 July aku sibuk dengan urusan sebagai pelajar that is, study! Well seperti sem 1, kali ni entry pasal the end semester 2 pulak. dengan bangganya, my first year dah tamat!! Harapnya, berjaya sambung ke sem seterusnya.



Banyak berlaku pertumpahan airmata nak menghabiskan exam yang selama 3 minggu ni. Seriously! Sangat tough sem ni. Belajar pon last  minit, sampai tak tidur malam pon ade.  Tapiiii… still soalan exam agak krik krik masa nak jawab. Lecturer tanya lain, aku jawab lain. Oke. "Reda" is the word. Aku dah malas nak fikir. Aku cuma berharap aku berjaya teruskan ke semester seterusnya.

Okeh, dah dua sem buat ijazah kat UiTM Puncak Alam atau shortformnya Palam. Banyak betul pengalaman pahit manis. Cewah, baru setahun pon. Hehe. So, sem ni banyak aktiviti aku join. Jadi krew je lahh, memang bukan aku nak masuk bertanding atau main sukan ni. Makk tak minat ler.



Malam pragraduan. Malam ni diadakan untuk sambut akak-akak gojes, dan abang-abang hensem yang sudah di part 8, means final year lorh *jeles ngan dorang*.  Dorang nak graduate dah, so, malam ni memang dorang bergaya habis-habis lahh, kalah Cinderella. Tuk program ni aku jadi pemerhati saja, sebab nanti sem 4 kena handle program ni, and of course I want to be the crew. insyaAllah.

me and chingu !

the menu. walopun tema before 21st century,
we makan western you all!
majlis ni dibuat di Setia City Convention Centre. which is, bersebelahan dengan Setia City Mall, tempat shopping paling popular di kalangan student PALAM. aku pon dah banyak kali datang sini. hehe.



Pharmacy got talent. Where julungjulung kali diadakan, and I have become one of the crew. As AJK keceriaan. Ceriakan manamana yang perlu diceriakan. Heheh. Penting jugak tugas ni tauu.
 
the crew with penasihat program 

kerja - kerja menghias DK500. sampai kene memanjat.

my housemates
Carnival sukan. Yang ni pulak aku join as penyibuk saja. Housemates aku jadi ajk untuk sukan ping pong. Tak nak kebosanan di rumah, aku ikut lah pergi tengok orang main pingpong. Tahun depan nak masuk pingpong lahh. Ahaks. Lagi ape eh? Sem 2 ni banyak betul SOPHYS buat program. Sampai dah tak ingat. ~_~
the lecturer

the player


score board.

Next, cerita pasal classmates pulak. hihi. Sem ni best sikit, sebab kitorang siap pergi makan kat luar sama-sama. Mostly classmates aku duk luar, so, beberapa orang yang bawak kereta tu, tumpangtumpang kan kawankawan yang tak ade kereta *including me*. 
Imas the driver of the day! hehe. belakang Ika, Syira and Nisa

Kitorang pergi Jeram je. Makan ikan bakar, kerang bakar, ikan bakar, dan segala yang dibakar. Hihi. kitorang pergi petang lepas kelas yang sepatutnya ada, batal. dalam pukul 3.30 ptg. sampai sana dalam pukul 4.30 petang. solat asar dekat masjid berdekatan. next, agenda makan-makan pon bermula!
licin ! haha . 
kelas-kelas lain batch kitorang pon dah pergi sebelum kitorang pergi. biasalah, orang buat, kite pon nak buat jugak kan? hahah. Alhamdulillah, sedap dan memuaskan hati. will come back later!
the boys !
the girls !
some of the girls.

First time tu, outing ngan dorang. Haha. sem 1 kan semua cam baik-baik je. Bercakap pon cam kurang. Sekarang jurang antara pelajar lelaki dan perempuan berjaya dimusnahkan *hiperbola*. But still, ada batas. Haha.
best friend dalam kelas. 
besides, aku ade jugak outing dengan classmates aku. saje-saje nak berjalan. konon lepaskan stress test MGT (IT punye subjek). jumaat petang dalam pukul 5 atau 6 kitorang tunggu bas U90 kat depan fakulti, pergi ke Setia City Mall. kitorang pergi makan-makan je. 
at secret recipe.
gambar kat bawah ni , diambil masa last kelas lab pharmacy practice. lecturer yang kat tengahtengah tu, sebelah aku to be exact *ahaks*. beliau akan sambung belajar nanti. beliau sangat baik dan peramah. suka sangat kalau dapat lab ngan beliau :) ni pon last lab  yang buat ubat. teringat masa first time buat ubat. kelakar! dahlah tak tau apa-apa. kena buat sorangsorang pulak tu. adui !



lab pharmacy practice. setiap orang dapat satu tempat. so,
no kongsikongsi apparatus.

 Dah seminggu pon habis exam, dah seminggu jugak ada kat rumah ni. Malas betul nak update blog. Anyway, nak ucapkan tahniah untuk bakalbakal student farmasi yang akan masuk bulan 9 ni. Be calm. And don’t worry too much. *wink wink* nanti kite jumpa kat fakulti ya? heheh

oh ya. some of the pictures was taken from Alia's instag *terima kasih Alia!* go to her blog too ya ! 

okey. thats all for today! bye bye ! fi amanillah . 

hai . thanks sudi baca entry ni !