. . . Count UP . . .

Daisypath Happy Birthday tickers

Followers

Showing posts with label benda menarik. Show all posts
Showing posts with label benda menarik. Show all posts

15 April 2014

Very First Experience - Detik Debar


Hai, anyeong, zaoshang hao, wanshang hao, ohaiyo gozaimasu etc etc.
*entri ni ditaip minggu lepas (khamis), tapi minggu ni baru nak update. well I AM BUSY. no offense ;)*

Okeh, so malam ni aku kuatkan tangan dan otak untuk menaip dan mengerah otak untuk entry ni. Eventhough aku rasa sangat malas nak menaip, dan sangat malas nak berfikir apa-apa sebab otak dah tepu dengan nama-nama antibiotic yang aku perlu hafal untuk test sepanjang dua hari berturutturut. But anyway, secara rasminya, cuti mid sem dah start. Last class habis kul 5 ptg tadi (last thursday).

Happy study rest week people! Anyway, Ive got an assignment to do. So tak lah rasa cuti sangat kan.. haha.

Sebenarnya aku nak cerita pengalaman aku pergi Teratak Riverview. Buat apa aku pergi sana? Well, fyi, aku pergi sana join Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Puncak Alam untuk camping dorang namakan program tu Detik Debar. first time dibuat pun. And the fact is, sepanjang 20 tahun aku hidup ni, ni kali pertama aku camping. Haha. Yup. I am dead serious here. tak tahu lah apa aku buat masa sekolah dulu sampaikan program khemah sekali pun aku tak ikut.


Anyway, pergi camping ni sangat best. Ive got new friends (students UniKL MIAT pun join, beside Palam's students), new experience, and becomes lebih berani.. lebih-lebih lagi kepada Cik HanHan *if you know what I mean*. Serius, cerita hantu pun aku tak berani tengok, unless ada orang temankan and aku duduk kat rumah masa tu (rumah kat Terengganu, bukan Palam). tempat selain rumahku syurgaku, jangan harap. Sahkan tengok, dengar pun taknak. now, sama je. Cuma berani sikit lah. Sikit.... Erm! whatever..

Jadi, macam mana aku boleh join program ni? My classmate lahh duk cakap-cakap pasal ni. Aku pun lepas fikir-fikir, join je lah. Bayar RM 75 je punn.. okeh bila dah bayar, tak boleh berundur dah. So join je lahh. Makin dekat nak pergi makin takut, sebab ada night walk. Aku sangat takut berjalan malam-malam. Tapi anehnya aku suka duduk dalam gelap. Dah lah tengah ehem ehem. Memang tak selesa habislah…

the baju, tudung, stokin, lampu suluh, barangbarang kebersihan diri etc.
-> into a plastic beg before masuk dalam beg

Sabtu
Pergi ke Kolej Angsana (naik bas kat sana).. pukul 7.15 pg macam tulah.. kul 8.30pg bas bertolak dari UiTM Puncak Alam ke Tanjung Malim/ Ulu Bernam *not sure which one, but I think both*. Sampai tu dalam pukul 10pg. turun je bas, urusetia cakap kena naik lori. Terkejut kot gua tengok lori tuh. But best... Mana kau nak cari naik lori macam tu kan.. sebab tempat tu jauh ke dalam.

the LORRY 0_0
the VIEW
Sampai-sampai je aku memang dah terpesona dengan sungai yang sangat menggoda. Haha. Macam tak sabar je nak mandi sungai tu, walaupun takut juga kalau kena Leptospirosis. Lepas bagi kata alu-aluan macam tu, kitorang pun bergerak ke kawasan perkhemahan tu and cop khemah masing-masing. First timer set up khemah.. nasib baik tak patah. Well, tu pun sebab D, Pika and Nisa (campmates), semua pernah pergi camping.
kitorang punya warna kuning. the one and only,
yang lain semua warna biru.
CAMPMATES
belakang dari kanan : D, Nisa and Pika

Dalam pukul 11 ada ice breaking. Fyi, aku memang tak suka bab kenalkan diri ni. Aku tak suka diperhatikan.. yelah masa kita tengah perkenalkan diri mesti semua tengok kita kan? Hah, part tu lah aku tak suka. But yeah.. buat je lah. Nasib baik dorang semua sporting. Dorang memang happening actually. Untuk ice breaking kitorang dibahagikan into 6 groups. 5 person per group. Kitorang punya grup nama TOKMO. Tak ke menganjing tu. haha. Tu idea si leader la tu.

ice breaking
Lepas ice breaking, main games radio rosak (gambar atas). Memang rosak lah kan, sebab maklumat memang tak sampai langsung. 

Lepas lunch, solat zohor, ada rentas halangan pulak. Ada beberapa games yang kitorang main
1. Main bola sambil tutup mata. me? Tak kena bola pun. pui betul! Nampak betulla kaki bangku. then main tali skipping yang talinya berat macam apa.      
sepak bola sambil tutup mata
ATAS : tengah fikir strategi.
BAWAH : kacau grup lain main =)

tali skipping. TALI tu berat gilaa

2. Bawak bola pingpong dalam sudu, sambil terikat dengan grup members yang lain. Nasib baik tak jatuh bola tu you alls. Walopun aku rasa macam nak tergelak je masa tu.      
ATAS ; bawak bola ping pong. 
BAWAH : bawak air sambil meniti atas kayu

3. Lalu atas kayu, sambil bawak air, pass pada kawan yang lain, then lempar masuk dalam bakul. Our leader sangat tepat. Hampir semua masuk. Daebak. 

 4. Ni lah part yang paling ditunggu-tunggu *tangan atas bahu, mata pandang atas* MAIN LUMPUR. Aku memang dah agak ada benda alah lumpur ni. Anyway, layan je lah. Siap tertelan air lumpur tu. reda je lahhh.


Hadiah mandi lumpur is… yes,, masa yang ditunggu-tunggu that is mandi sungai. Dah berlumpur-lumpur tu kan, masuk dalam sungai, sangat lah menyeronokkan. HOWEVER, it’s the cuaca yang tak menyebelahi kitorang. Tengah seronok berendam, hujann pulakk. Lebat pulak tu. tak boleh mandi sungai dah sebab arus deras. Naik je, mandi hujan la pulak kann. Bila dah hujan, lebat pulak.. here comes new problem.. khemah bocor! Bersungguh la kitorang angkat khemah pergi ke tempat yg ada atap. 

Lepas dah mandi-mandi dan siap kemaskan barang yang hampir basah. Oh ya, aku memang dah bersedia dengan kemungkinan hujan, awal-awal lagi aku dah masukkan baju dalam beg plastic sebelum masukkan dalam beg. Jadi, baju aku selamat. None yang basah. Malamnya ada BBQ. My favourite part. MAKAN!! 

*takde gambar sebab makan dalam gelap*

Lepas makan, dorang bagi rehat kejap, sebelum aktiviti burung hantu. Ohh, betapa aku takutt, sebab kena tutup mata, dan jalan masuk hutan pulak tuh. Memang aku tak lepaskan bahu orang kat depan aku. serius!
Burung hantu

Lepas burung hantu, ada Night Walk. Sambil-sambil jalan dorang pasang mercun. I don’t know why. But seriously, sakit jantung. Sekejap-sekejap bunyi. Haish. Pulak tu, jalan gelap. kiri kanan memang tak pandang dah. Tengok depan je. Balik night walk kul 2 pagi.. terus basuh muka then tido. Let me tell you, sejuk gila sepanjang tido. Aku pakai sampai dua helai baju pun tak hilang sejuk tu. belum sentuh air lagi. nak gosok gigi pagi tu pun takut.

AHAD

Then,after breakfast kitorang buat senam robik sikit,*Lupa nak bagitahu, makanan memang di sediakan kat sini. Dah masuk sekali dengan bayaran* 


then ada aktiviti Flying Fox .  Flying fox pun first time buat. Best. Tapi cukup lah sekali naik ^^. Satu je aktivti aku tak buat, Abseilling. Sebab dia kena turun bangunan. Aku takut. So, tak pe la… buatnya aku jatuh bedebuk. Dah la berat kan. ;P


fakta menarik : sungai yang ada dalam gambar kat atas punya atas tu.. ada sungai bernam. sungai yang memisahkan negeri Perak dan Negeri Selangor. so, officially, siapa yang naik flying fox tu dah berjaya merentas dua negeri. how nice! haha. 

menunggu untuk Abseiling 
Lepas mandi, solat zuhur semua, kitorang berkumpul kat dewan makan. Ada majlis penutupan. Kitorang dapat nombor tiga. Cool!
 
majlis penutup

all peserta Detik Debar
geng-geng Farmasi.
\kecuali dua orang lelaki dari kanan kat belakang tuh



Apa-apa pun kalau korang berkesempatan pergilah ke Teratak Riverview nih. Yang anehnya kan.. pak cik tu , dia punya cara tak bagi orang mandi lama-lama kat sungai is dengan letupkan mercun. Takutt betul kitorang. Tapi, pak cik tu tak buat kat kitorang laa. Kitorang boleh main banyak mana pun.

Okay, itu jelah journey aku. my first camping experience. Cool huh? Hee. Anyway kalau diorang buat program lagi (Detik Debar 2.0). aku akan join. Kalau aku ada masa laaa. Hehe 

Selfie banyakbanyak ;D 
Rasulullah bersabda bermaksud:
 "Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya,dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya." Hadis riwayat al-hakim

hai . thanks sudi baca entry ni !

11 September 2013

apa ada pada WARNA?


Ni hao *mentang-mentang belajar mandarin* My beloved readers sekalian. So, hari ni, I nak story mory sikit pasal warna kegemaran kita or they or all people in the world. I believe, each person ada warna kegemaran, or warna yang korang prefer in things. Like me, I prefer turqoise and blue in buying things. Apa-apa barang, first, cari warna biru dulu. aku buat entry ni pasal, tak puas hati. kenapa ramai sangat yang suka warna pink. aneh + pelik. hurm..

our brain takes in colour before take in anything else

Ada banyak dah kajian pasal warna kegemaran ni dibuat, mostly luar negara punya artikel. Yang Malaysia, susah nak cari yang fakta. Heheh. Atau aku yang tak jumpa ya? Entah! Korang tahu tak peranan warna ni sangat penting kepada kita, emotionally and physically. 

my forever hero. dia suka kucing. i like! *gedik*
Mengikut kajian, warna kegemaran seseorang itu sebenarnya, due to pengalaman dengan sesebuah objek. As example, korang daripada kecik lagi, dibeli mainan, pakaian, wallpaper bilik, semua warna pink, jadi bila besar, korang cenderung untuk suka warna pink. As for me, I hate pink. memang tak sesuai dengan aku yang tak berapa nak feminine ni. Haha. Sejak kecik, aku  disogok *erk?* dengan warna biru, since my sister *one year younger* dibelikan semua warna pink. Mungkin sebab tu aku suka warna biru. Now, lebih modern and upgraded to turqoise. Haha

kalau perasan lah kan, kedai yang jual baju-baju baby, banyak jual baju biru, hijau ngan pink. Asal anak perempuan je pink, anak lelaki je biru. Bosan kan? Apa salah warna-warni. Macam fesyen sekarang, colour blocking ke? Ahaha. Pilihan warna ibu-ibu penyayang ni lah yang akan menentukan warna kegemaran si anak tuh. Kalau aku jadi mak nanti *_*, aku terbalikkan. Eh, tapi nanti anak aku jadi aww pulak. *geleng kepala* tak semestinya. ada je lelaki maskulin suka warna pink. 

*melting, drooling*

People who are cold, like warm colour, and people who are hot prefer soft colour like blue and green. - well I dont think this is true. Haha. *tak boleh terima kenyataan*

Macam-macam kajian pasal peranan warna in life yang menarik tau. Ada satu ni yang kelakar: kalau penjaga gol in football pakai baju warna merah, penalty kicks cenderung untuk failed. Aku tak tahu betul ke tak. What say you football-holic? Aku memang tak minat football. So, penjaga gol Terengganu should wear red jersey, kalo nak failkan penalti kicks, pasukan lain. Baru boleh menang. Hurm.. kena usulkan nanti ==” Assa!

remaja-remaja kebanyakannya prefer warna hitam. Menurut kajian lagi, warna hitam ni lambang protection, or they are hiding or trying to find themselves. Kan remaja ni kan waktu mencari identiti. Aku dulu masa sekolah pun suka warna hitam. Semua nak warna hitam. Kalau nak keluar jalan-jalan ke, mesti pakai serba hitam. Sekaran ni barulah ada warna sikit. Aku dah cuba elakkan diri dari beli warna hitam. Hitam itu menawan kan? Ahaks.
Another facts is, warna yang korang tak suka pon melambangkan personaliti or kelemahan yang sedang korang sorokkan. Benci macam mana pun korang pada sesuatu warna tu, korang kena juga at least ada barang yang ada warna yang korang tak suka tuh. Dari sudut psikologinya, korang akan dapat buang sikit kelemahan korang tu. Aku ada je baju warna pink, cuma tak banyak. Ermm, satu? Atau dua? =D


Now I know, perempuan suka warna pink, sebab pink tu lembut. perempuan kan lembut orangnya. hurm. So, that is for now. Ada beberapa link yang korang boleh pergi kat bawah ni. To get to know yourself better. Well, jangan percaya bulat-bulat pulak. karang ada yang down ke apa ke. HAHA. Apa-apa pun life kita, kita yang tentukan. Nak jadi pemurung ke, apa ke, semua depends pada kita. Dont lose hope, and keep striving towards success. Allah, ibu ayah jangan lupa. Oke sayang-sayang? Anyeong! ^ ^

colour assignment
what it says about you
your personality colour

hai . thanks sudi baca entry ni !

19 November 2012

Rookies KPOP .

anyeong. entry hari ni, I nak story sikit pasal grup and soloist *betul ke ni?* yang aku baru discover dalam dunia KPOP. dorang dah debut lama jugak, but just notice they are also awesome. serius, I dah jatuh cinta dengan dorang ni. tak tahu la nak pilih yang mana. haha. macam la perlu pilih? actually aku dah lama tak aktif mendownload lagu kpop, tapi, dah jadi aktif balik sekarang. sebab, si housemate aku Dee duk promote dorang pada aku. in the end, aku dah tak dengar lagu lain dah. 

jadi siapakah dorang yang berjaya curi hati aku ni? haha.
 
A-JAX
sebelum ni, aku dah pernah tengok video ngan lagu dorang. seriously, tak berapa nak best sangat lah. tak femes sangat pon. tapi, sekarang, dah bertukar. ohh, mereka sangat bergaya dan charming. lagi-lagi Hyeongkon. leader A-JAX. yg mne dlam gambar kat atas aku tak sure pulak. korang google la ye. hausmate aku cakap muka die macam Kai (Exo-k) ngan Jaejoong tapi, aku nampak cam KimBum (BOF). maybe smua skali kot. =D
from Hyeongkon punye tumblr. =)

Hyeongkon. =) comel...

yang ni pulak Jaehyung. muke macam Kim Hyun joong kan?
lagu baru dorang 2MYX. memang sangat best. serious tak rugi tengok. orang kata lagu ni sekuel kepada Run Devil Run from SNSD. ^_^


Exo-k

aku dah kenal dorang and minat dorang dari mula lagi sebab dorang junior kepada SUJU. lagu dorang pon, best. dorang tak de lagu baru setakat ni, selain daripada MAMA dengan beberapa lagu dorang. dorang agak best, sebab muda-muda lagi. in fact dorang punye tarian, wow.. hehe.

dua orang anggota Kai dengan sape entah, masuk grup YOUNIQUE, which ade Eunhyuk, Henry, Taemin. lagu Maxstep, erm.. agak best. sangat rancak. aku siap buat ringtone untuk alarm. tapi, tetap tak terjaga. alih-alih rumet jugak yang kejutkan. *eh, maaf, kluar topik pulak*

YOUNIQUE.

Kai. or nickname dia Kaora. kalo tak silap. =)

Baek Seung Heon
dia ni diproduce oleh Jaejoong. sangat pandai menari, dan sangat tinggi. *tengok dalam MV la* masa menyanyi dia senyum je. memang sangat comel la, tambah lagi dengan dimple yang die ade. ohh, sangat jealous. perasan tak dia ade iras Lee Jang Woo and a bit Yong Hwa. masa tengok MV dia "Till the Sun Rise" asyik tersenyum jer. huhu.
tengah2 mencari Baek Seung Heon, kluar dia pulak. tak de kaitan. ya aku tahu.
tapi aku nak masukkan sekali. HAHA.

Noh Ji Hoon

die ni agak oke la. dengan muka iras-iras K.Will dan suara yang agak sedap. sebenarnya aku nampak die dengan Baek Seung Hoon, tu, tak ada beza pon. kalo tengok dorang menari pon, macam sama je. tapi, dorang dari company yang berbeza, plus, ade keistimewaan masing-masing. no doubt bout that. =) Noh Ji Hoon ni pulak, junior kepada beast. lagu die Punishment. best jugak. 


Natthew

now, next Thai prince, ke dunia kpop. dia ni artis Thailand. but aku tak sure lak company mane. he looks like someone, Taiwanese actor kot. entah. aku rase macam pernah tengok je muka macam dia ni. aku tengok MV die, quite oke lah die ni. worth it la. tajuk die, She's Bad. korang google sendiri lah ye. =)

S4

ini pulak grup from indonesia. dorang quite okey la. yet, dorang amik ciri kpop dalam muzik dorang. dengan tarian , muzik dan jugak, dorang siap feat dengan Hyuna kot. kelas tak kelas lah kan. huhu. korang boleh try google "She is my girl". at first aku dengar macam dorang nyanyi in Hangul, lepas tu dengar betul-betul, tak. gaya pakaian dengan background MV memang macam korea la. but, its nice. dorang pon, dapat komen positive. 

~She is my girl, dont touch touch.~ huhu

tu je lah yang aku nak citerkan. mentang-mentang kelas cancel, dan tadi, bila aku tengok someone tu, terus aku terfikir nak update blog pasal ni la. huhu. korang pun patut, tengok skali. lets share the craziness together. HAKHAK. craziness lah sangat. 

anyway, dont forget our relatives in Gaza. lets help them with Doa. in shaa Allah, they will soon free. aminn.  
seramnye tengok kat Facebook, gambar bayi, perempuan yang dibedil. masya-Allah. betapa bertuahnya kita berada di bumi Malaysia. 

yet, people are still unaware. masih ade yang sanggup beratur panjang nak dapatkan burger free dari Mcd. aku ni walopun, rasa teruja dengan tawaran daripada Mcd ni, tapi.. tak sanggup rasanya nak pergi.
p/s : tadi dalam kelas economics, pun lecturer dah pesan jangan makan McD.  

nanti kat akhirat kalo kita ditanya apa yang kita buat apabila sedara seislam kita dikejami *ade ke ayat ni? lantaklah*. at least we have the answer. in shaa allah doa kita yang jujur mampu menyelamatkan mereka. 
#pesanan penaja#

k, bye. =)


hai . thanks sudi baca entry ni !

10 August 2012

~ HitaM ManiS ~

hai olls yang berkulit hitam manis. heheh. kita geng. cewah, nak menyedapkan hati tambah lah manis kat belakang kan? hei, ada apa orang cakap yang kulit gelap ni manis dipandang. ada lagu, 
"hitam manis, hai hitam manis, makin dipandang bertambah manis." hakhak.
 first, memang aku admit dulu aku agak lost confident lah jugak kan, sebab kulit aku gelap. kalau dah kulit gelap, orang duk kata tak macammacam, macam mana nak ada confident. aku pernah baca satu artikel, yang kalaupun orang kutuk kita macammacam, and we say that " alah, apa je lah korang nak kata, aku tak kesah " or maybe, "tak berbekas lah apa yang korang kutuk aku tu."

akibatnya, segala kutukan tulah membentuk kita di masa depan. aku dulu pun macam tu jugak. bukan sekali kena kutuk, banyak kali, and then, I become someone yang tak suka jadi perhatian orang. aku tak ada confident nak present kat depan semua orang.aku tak berani nak jadi open terutama dengan lelaki.

sebabnya aku fikir apa yang orang pernah kutuk aku dulu.tapi, sekarang aku cuba untuk jadi yang lebih baik. cuba jadi lebih open, and try to be confident when aku buat presentation. *tapi, setakat ni stiap kali kena pergi depan mesti muka aku pucat, tangan menggigil, kaki ketarketar. dahsyat sungguh.*

back to topik 'hitam manis' ni. aku ada google dan aku jumpa satu artikel kat Iluvislam tajuk dia 'dilema Gadis berkulit Hitam Manis'. girl ni luahkan lah kenapa lelaki kalau nak usha awek mesti yang putih melepak, dan kenapa mesti yang putih aje yang cantik. dia tanya kenapa lelaki anggap wanita kulit putih sahaja yang dikategorikan sebagai calon gurlfren atau isteri?

in fact memang kebanyakan lelaki macam tu, but, aku percaya yang cantik tu adalah subjektif. it depends on someone kan. memang lah asal nampak perempuan tu putih, mesti cantik. tipikalnya macam tu la. but, lain orang lain pendapatnye. *sedapkan aty aku kot*
Allah dah tetapkan jodoh kita sejak di Luh Mahfuz lagi so mesti ada seseorang yang bakal menjadi pemimpin & pembimbing adik nanti, insyaAllah..
ada lah komenkomen kat bawah yang aku rasa agak menarik and true la. setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. bersyukur dengan apa yang kita ada. =)

1.berusaha upgrade diri tak kisahlah luaran ke dalaman..semua2lah kena upgrade utk tujuan kebaikan. *betul3*
2.saya pernah jer jatuh hati dengan perempuan yang berkulit hitam manis. Cair dengan perwatakan yang dicerminkan, cakap lemah lembut, senyum manis, friendly. Orang macam tu memang saya tak usha, tapi saya akan USAHA, tackle sampai dapat. *kekeke, sweet.*
3.Allah jadikan berkulit gelap sesuai dengan bentuk muka kita, bentuk mata kita, bentuk bibir kita..
begitu juga sebaliknya.. memang Allah dah ciptakan sesuai dengan diri kita, dengan persekitaran kita, dan dengan pasangan yang Allah telah tetapkan untuk kita. *yup, terima dengan senang hati*
4.Kerana kurangnya mata lelaki yang memandang, kurangnya lelaki yang datang mengusya, kurangnya lelaki yang membawa kamu ke arah maksiat, kurangnya lelaki yang memimpin tanganmu ke jurang neraka, kurangnya lelaki yang akan mengorbankan maruahmu. *yes, aku setuju*
5.Janganlah kita pandang rendah apa yang Allah dah berikan kepada diri kerana apa yang diciptakan Allah punya hikmah mengapa dijadikan begitu dan begini. Siapalah kita untuk mempersoalkan. *wallahu a'lam*

tu je lah kot. daripada apa yang aku baca yang panjang berjela tu aku rasa, agak okey lah. kadangkadang kita akan jadi stereotaip kerana apa yang orang fikir tentang kita. aku bukan kata kat orang, aku cakap ni jugak based on pengalaman diri. apa-apa pun aku selalu jadi optimis. biarlah apa yang org nak kata janji aku tak buat apa-apa yang menyusahkan orang. im just being myself.

tapi, zaman sekarang bukan lelaki je yang demand, perempuan pun. nak muka macam artis ni la, putih macam ni la, tinggi macam tu la, dsb. jodoh kalau datang, kita terima jugak, macam mana pun rupa dia. janji boleh bimbing kita ke jalan yang benar. ke syurga ALLAH. amin.

okeylah, itu aje post kali ni. aku dah berhenti kerja, so, I will keep on posting before masuk UITM nanti. hehe. bye3. Salam Ramadhan.



hai . thanks sudi baca entry ni !

13 July 2012

kerja KERJA kerja


hai.. dah masuk dua minggu jugak aku tak hupdate belog aku nih. bukan aku tak nak, tapi masa salu tak mengizinkan. haha. tapi, aku bukan kerja sibuk sangat pun. oke, now aku kerja as pembantu kedai runcit kawan mak aku. kawan mak aku ni beria ajak aku kerja dengan dia. since aku pun tak ada kerja aku pun tolonglah. sebab dia tak gaji pekerja lain selain anak dia yg tengah cuti sem.

so, start dua minggu lepas aku dah kerja lah. bosan jugak lah sebab kedai baru bukak kan, tak berapa ramai yang datang. but, so far so good. erm, walaupun aku kerja kedai runcit je, macam-macam dah aku tahu and rasa. entahlah. bak kata orang jauh perjalanan luas pemandangan. ehh, tak pasal-pasal.

aku kerja ikut masa kerja mak aku, dari 8 pg sampai 6 petang. sebab aku pergi dan balik dengan mak aku. balik kerja pulak, aku rehat-rehat. then, pukul 8 mlm sampai 9.30 mlm aku ajar tuisyen pulak. *ececeh, ajar adik aku je pun, dia nak UPSR taon ni*. penat jugak sebenarnya, sebab sekarang aku tidur awal je. dulu kul 12, atau 1 pg baru tidur. tapi sekarang pukul 9 pun aku dah mengantuk gila!

ACCIDENT
ni, I nak story sikit, semalam masa tu lepas asar, *kedai runcit yang aku jaga ni tepi jalan, so, kira main road lah jugak*. masa accident tu berlaku, aku memang tengah termenung ke arah jalan raya tu. memang terkejut gila aku masa tu habak hang. kejadian yang berlaku tuh, bukan macam dalam movie ada flashback, slowmotion ke, buffering ke.. tak de, jah! dush, bukk. jatuh. 

memang aku trauma lah jugak. aku janji pada diri aku, yang aku tak kan naik motor. takut! accident tu berlaku antara dua motosikal. aku tak perasan sangat macam mana perlanggaran berlaku tapi aku nampak mak cik tu tergolek atas jalan. ketar kot tangan aku! lepas tu, ramai yang pergi ke tempat tu. nasib baik sebelah kedai runcit aku jaga ni ada workshop, and beberapa kedai lagi, agak ramai lah yg bantu mak cik tu. aku tak pergi pun, sebab aku takut.

nasib baik, tak ada kematian ke apa. cuma luka aje. mak cik tu pulak cuma pengsan kejap. lepas dia dah sedar ada sorang akak papah dia. fuh, lepas tu, terus aku masuk dalam kedai, ketakutan. rasa macam nak nangis ada jugak. apa yang pasti bukan salah mak cik tu lah, salah pak cik yang langgar dia tu. salah jalan ke macam mana ntah. ishh, simpang malaikat 44. 

natijahnya, malam tu aku susah nak tidur. asyik terbayang je. parah parah!

tu je lah yang story nye. ni pun aku hupdate belog dah lambat sangat. dah dekat pukul 1 kot. 

p/s : esok result upu keluar. takuttt!!! jumaat yang mulia, harapnya resultnye juga mulia. ahaks.

p/s 2 : aku tengok berita semalam. yg lelaki kena ragut, lepastu mati kat tempat kejadian di mana, ramai orang lalu lalang tapi tengok aje. aku tak paham! kenapa tengok aje? astaghfirullah al azim.

bye bye bye! 

hai . thanks sudi baca entry ni !

17 June 2012

7 Hari Mencintaiku ~!

hai hai hai. hehe. korang ada baca novel 7 mencintaiku karya terbaru Siti Rosmizah tak?

aku amik masa jugak lah nak baca novel ni. dah tu, tengok ketebalan lah weh. ada berapa muka surat entah. aku pinjam novel ni dari kawan aku. komen aku pasal novel ni, best lah jugak sebab aku rasa sakit hati dengan sikap ego Mia dengan sikap over penyabar Khuzairi. dahsyat sungguh kesabaran yang dia ada. 

kadang-kadang macam tak logik jugak. ada ke lelaki yang penyabar giler macam Khuzairi nih? kalau ada, untunglah siapa yang dapat miliki dia. bukan senang nak cari lelaki macam tu zaman sekarang nih. dalam novel ni banyak lah jugak moral value yang dapat aku kutip. hehe.  sikap ego si Mia ni, memang dahsyat sungguh. tapi, tipikal cerita Melayu, bila kita hilang sesuatu, barulah kita sedar khilafnya diri ni. HAHA. betul tak? 

novel Siti Rosmizah, setakat ni dua yang aku baca * Cinta Kau dan Aku dengan 7 Hari Mencintaiku * memanglah berjaya mengusik hati aku yang suci lagi murni ni *wekk* ya lah, aku agak malu la, sebab baca novel pun boleh nanges kan. tapi, aku rasa ramai perempuan macam ni. HAHA. maklumlah hati perempuan ni kan sensitip * sensitipe ler sangat *. 


tapi, sekarang aku rasa macam bosan pulak baca novel chinta nih. ya lah kan, mana tak bosan, novel Malaysia sekarang ni macam lebih kurang aje. tapi, aku tak stop beli novel pun. beli lagii. now, novel terbaru, novel Damya Hanna, Ingin berkasih lagi.


aku tak start baca lagi. but will finish soon, since novel ni, tak adalah tebal sangat. sehari dua dah boleh habis. AHAKS. lepas ni aku nak beli novel Zaifuzaman pulak. HAHA. baca novel hantu ni best jugak. 

hidup tenang diperoleh jika sentiasa bersama ALLAH, dan ALLAH hanya akan menyertai orang yang sentiasa membersihkan hatinya.

hai . thanks sudi baca entry ni !