. . . Count UP . . .

Daisypath Happy Birthday tickers

Followers

5 May 2012

Perjalanan graduan Matrik =)

-->
yeah,, inilah buktinya aku sudah menjadi graduan matrik. HAHA. pernah ke orang guna ayat tu? lantaklah. seminggu sebelum balik aku dah siap 60% drpd baju yang aku bawak. betapa excitednya aku nak balik.


Jadi, apa yang aku buat sepanjang seminggu setelah tamat matrik? HAHA. of course, tak lain tak bukan

MAKAN , TENGOK TV, TENGOK DRAMA KOREA DALAM LAPPY, AND TIDO!!!!

haha. yeah, I like to eat. masa dalam matrik makan memang tak best. bukan orang kafe tu masak tak sedap, tapi, aku yang dah muak, setahun makan lauk yang sama. jadi, bila balik rumah aku melantak makan lah apa yang patut. HEHE.
                                                                                     
Ini makanan yang aku makan dekat restoran ape entah. aku tak tahu eventhough restoran tu dalam daerah Kemaman aje. huhu. tapi, memang best. aku dah lama nak makan kuey tiaw ladna.
bubur kacang merah.
ini pun best. dapat free je dari restoran yang sama. HAHA. special treat from tuan punye kedai. bagus jugak kalau semua kedai macam ni kan? dapat makan appetizer FREE.
burger ni burger  my mom yang buat tau. buat sendiri
maksudnya, daging tu, my mom yang buat. SEDAP!

ini aku buat sendiri. Jejari Roti name die. senang aje.
aku ada makan banyak lagi. roti canai, nasi lemak, kuih bakar, kuih lapis (my favourite), scones, kek, jeruk kelubi (yum), yang aku tak dapat makan lagi ialah BUDU! aku nak sangat makan budu. dah lama sangat aku tak makan. aku tak adalah suka sangat makan budu ni, tapi, kalau mood tu datang... memang habis lah aku makan nasi dengan penuh berselera.
bagusnye budak nih. =)

aku tak hanya tahu makan tau. hehe. aku ada jugak pergi tolong jiran aku yang nak menikahkan anak dia hari ni. so, aku pergi lah tolong potong bawang, since aku tengok tak ada orang pun sentuh bawang yang sebakul tu. actually bukanlah semua aku buat. aku tolong habiskan aje. at least aku ada tunjuk muka kan? hehe. 
hehe. mata aku tak merah pon. ini
kesan drpd bilik kat hostel yang berhabuk. =)
besides, aku ada jugak buat aktiviti yang sihat. aku main badminton dengan adik-adik aku di petang hari. kalo kat KMPP, petang-petang biasenye aku pergi berjalan-jalan ataupun duduk melepak dalam bilek, so, dekat rumah kenalah aktif jugak. kalau tak nanti badan naik dengan cepatnya, kesan drpd aktiviti makan yang tidak henti-henti.    

si kecik yang tak mau beralah. =)
ini adik aku yang akan masuk matrik tu. =)
hah yang tu nak UPSR. besar budaknye kan? =)
 sekian saje aktiviti aku pada minggu ini. esok aku akan keluar dengan BFF aku, tak sabar rasenye. =) hope it will be nice. and esok jugak aku update pasal aku pergi Cameron. Ini cerita minggu lepas sebenarnya, sebab aku malas nak mengupload gambar. lambat sangat line ****** ni. HEE. bubye!
hai . thanks sudi baca entry ni !

1 May 2012

program matrikulasi ?



Assalamualaikum..

Adik-adik dapat matrik mana? Dah google pasal matrik yang korang dapat? Korang dapat kat mane? Pineng, Kedah, Negeri Sembilan or maybe Melaka atau di mana saja.. setiap matrik ada kelebihan dan kekurangan memasing. Contoh matrik Kedah(kalo tak silap).. peraturannya ketat sikit, macam duk asrama lah. Kalo dapat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (hehe), korang untung.. Sebab.. matrik ni sangat3 best. Hehe. Anyway, mana-mana sama saje. Depends on you how to adapt there. anyway congrats.

Korang mesti dah tau tentang hal modul-modul tu kan? Korang boleh pilih yang mana korang suka. Kebanyakan yang amik modul 1 sebab tak suka sains computer. Ada yang amik modul 2 sebab tak suka bio and yang amik modul 3 sebab tak minat Fizik. Mana lagi elok ya? Akak rasa modul 1. sebab, nanti dekat university korang boleh amik macam-macam course, just choose. Tapi kalo korang dah decide bahagian mana yang korang minat, ambil modul yang sesuai untuk course korang tu nanti. Jangan amik modul 2 kalo nak jadi doctor. Hehe.


So, today akak (sebabkan saya lebih tua dari korang kan) nak story sikit, based on my pengalaman and jugak pengetahuan yang akak dapat daripada cikgu-cikgu dari sana. Akak, tak tahu sangat kebenaran di sebaliknya, tapi, hopefully it can help. Kalau sesiapa yang menolak program matrik, terus terang cakap RUGI ! 


sebabnya?

1. Korang kena amik diploma, 3 tahun tu.. matrik setahun atau dua tahun aje. Atau pun kena amik STPM, kena pakai baju sekolah lagi. hehe. (fakta)
2. Kalo amik diploma korang kena skor lebih sebab kuota budak diploma diambil untuk program ijazah sangat sedikit. Lebih banyak budak matrik diambil untuk ambil ijazah. (cikgu bagitahu)
3. Untuk program ijazah, budak matrik yang pertama dorang pandang, then barulah budak asasi (UITM je), diploma, STPM. See?

Ramai tahun ni yang akak dengar tak nak ambil matrik. Betul ke? kenapa tak nak?
Susah? Nope, its totally wrong. Korang ambil apa-apa pun memang susah. Tak ada yang senang dalam dunia ni dik. Dekat university lagilah susah. Semua kena handle sendiri. Kat matrik masih ada suap-suap lagi. trust me, matrik adalah program yang separuh sekolah, separuh U (pada pendapat akak la). Subjek kat matrik tak adalah susah sangat. Tapi, matematik memang yang paling akak tak suka. Bagi akak la, subjek ni, agak susah. I hate numbers the most. But, Alhamdulillah akak masih boleh skor masa sem 1 ari tu. Sem 2 ni tak taulah apa nasib math akak. HEHE.


Stress? Yang ini, agak betul. Memang study kat matrik ni stress, sebabnya, korang kena belajar cepat, kuiz, assignment, peer pressure, roommates, or anything. BUT, korang kena cuba hadapi. Mana-mana pun boleh ada masalah yang boleh buat kita stress. Nasihat akak, cuba handle masalah dengan baik. Jangan mudah rasa stress. Stress is not good. Akak dulu pun ada stress jugak, tapi, akak cuba enjoy dengan benda lain. HEHE. Apa yang buat akak stress kat matrik? Banyak lah jugak, tapi yang selalu buat akak stress : math. Haha. Susah betul nak jawab. Kenapalah ada math ye?

Macammacam alasan yang akak dengar. But to me, matrik sangat bagus. Setahun sekejap aje, dik. Akak sebelum ni rasa tersiksa sangat nak habiskan setahun.tapi, akak berjaya. Walaupun, rasa tak sabar nak habis, tapi, tetap rasa sedih. Hidup di matrik sangat best. Kawan-kawan, pengalaman.. semuanya memang bagi kenangan yang manis. Akak, rasa sangat rugi kepada sesiapa yang tak nak pergi ke matrik.

TAPI, kalo korang rasa korang tak boleh belajar dalam persekitaran yang semua nak cepat aje, baik jangan. Nanti korang menyesal. Akak bukan memaksa korang amik matrik tau. Akak tak paksa, cume guide korang untuk buat decision. My sis pun dapat matrik, lepas akak cerita bagusnya matrik ni, terus dia terima matrik. HEHE.

Kitorang memang rasa tak best sebab kitorang batch pertama yang guna benda alah modul tu semua. Batch yang lepas antara dua aje, fizik atau bio. Dah tu pulak, jam belajar lebih lama. Tapi kami, time belajar dipendekkan, tapi yang bestnya banyak yang dibuang dari silibus, good news of course. Kami yang lahir tahun 1993 selalu jadi tester. Sedih betul.

Korang patut Tanya senior yang amik program matrik ni. Tapi, jangan Tanya yang kecundang, tanyalah yang Berjaya dan dapat pointer yang baik. Kalau korang Tanya yang tak skor kat matrik alamatnya, buruklah tanggapan korang pada program matrik.


Akak kan, mula-mula fikir jugak, matrik ni susah, but still akak cuba. Akak dengar ada senior yang dapat 4.0, and i was like, wow! Macam mana dorang belajar ya? Alhamdulilah, masa sem 1 akak dapat 4.0. macam mana? Akak pun tak tahu nak cerita macam mana. It just happen. =) kita tak akan tahu sesuatu tu sampai kita mencuba. Memang lah berisiko masuk matrik, kalau kecundang macam mana? Tak, mana boleh korang fikir macam tu. Be positif, my dear.

itu sahaja dari akak. hope ini dapat membantu korang buat keputusan. bye bye!!

hai . thanks sudi baca entry ni !

29 April 2012

Last Moment At KMPP

assalamualaikum..

akhirnya... tamat sudah riwayat aku kat KMPP. now, aku dah boleh bersenang lenang di rumah. hakhak. suke3!. oh ya, sebulan sebelum nak balik ni, tersangat lah sedihnya, sebab tinggal kawan-kawan and all those memories in KMPP yang memang aku tak nak lupekan sampai bila-bila. hopefully.

dekat bwah ni gambar along week terakhir kat KMPP. 

with our bio tecer
with our chemist tecer
in front of PENTAD
err.. agak ntah apa-apa je..
with my kuliah fren
khusyuknye kami study..

dalam dewan kuliah..
seminggu sebelum exam kelas aku ada buat BBQ at umah Husna yang hanya beberapa km dari KMPP. die tu jiran KMPP. HAHA. memang sangat best aku rasa. aku tak pernah pergi BBQ se-happening hari tu. (miss those day already) kami bertolak ke rumah Husna jam 11 pagi sebab sebelum tu ada yang budak kelas aku ada ujian Munsyi(ujian nak masuk USM). aku tak ambik pun ujian tu, sebab tak nak masuk USM. hehe. oke,  jom start.
rumah Husna
sampai-sampai aje, terus salam dengan mak Husna, then mulakan kerja-kerja yang dapat kami buat. macam : potong tembikai, buat air kelapa, bakar ayam, bakar sosej, basuh pinggan, dll, termasuklah main kejar-kejar, lawan makan tembikai, hakhak. aku lah yang makan tembikai tuu. sedap!
yang telah kami nikmati bersama =)
pilih yang betul. kang yang dah tua dapat. HEHE


peace yaw!
bergambar, bergambar dan bergambar !
air pada hari tu dibuat oleh aku dan Ain. kitorang buat air kelapa + soda n air kelapa + susu. memang best. first time aku try buat kot. siap call mak aku kat rumah lagi nak tau buat cam ne. last-last jadi jugak. nasib baik! fuh! ada yang kate best. kembang sat. HAKHAK. aku dengan Ain buat air tu entah berapa puluh kali test entah, nak make sure air tu sedap. HEHE. air kelapa+susu memang favourite aku, tapi yang air kelapa+soda aku pernah minum sekali je. tapi, nasib baik jadi jugak aku buat.

hehe. his 1st time

kekenyangan =)
muke merah makan pelam. HAHA.
bercakap , bergurau, dan mengusik. miss those. =(
ade pulak yang main kawen2.. tak patut, tak patut.
lepas makan kat rumah Husna, kami berjalan ke kedai ABC pulak. HAHA. kali ni, Huda yang belanja, and Luqhman pulak belanja cekodok(betul kot name makanan tu, aku lupe sudah). Luqhman nak belanja sangat sempena hari lahir dia, hari tu. HUHU. next, dalam pukul 6 lebih kami bertolak pulang ke KMPP. penat lah jugak, but sangat best. mulanya, dorang semua nak berjalan balik ke KMPP, tapi aku dengan Izaty melompat tepi jalan, excited nampak Rapid. jadi, kami naiklah Rapid, save energy but, not save money. HUHU.


ABC


next day, study week pun bermula. HAHA. aku bukannya study sangat. banyak masa aku buang dengan tengok drama korea dengan anime yang aku kutip, dengan alasan, nak tengok kat rumah. HAHA. tak sempat sampai rumah pun.. biasa, janji Melayu.
kalau korang nak tahu ada hari tu, pada 11 April 2012 ada gempa bumi kot. memang kelakar gila (bagi aku la) aku tak tahu kenapa, masa tu mula-mula aku rasa takut but then, aku rasa macam agak funny. bayangkan, masa tu aku tengah study dengan Farhana (my kuliah fren tu) lepas tu aku rasa meja kat kafe tu vibrate. aku ingat dia main-main. lepas tu aku tengok semua orang lari tinggalkan kafe, aku terpinga(cewah, ayat...)aku tanya lah orang sebelah dia pun cakap : korang tak rasa apa-apa ke? nanti runtuh kafe ni macam mana? 
then, we was like, jom lariiiiii!
petang tu jugak, Aku, Nisa and Farhana pergi ke tasik. ambil angin. kononnya stress la. study week kan. kami ambil gambar macam-macam posing. last memory with them. HUHU. walaupun nanti aku jumpa gak budak Nisa ni lagi. HAHA.
entah pape je.
koya !
sunset at KMPP. sangat comel.
thats all from me. 
p/s : thank you for my sis, for the new header. HAHA.
p/s 2 : thanks to you, sebab bagi saya rasa apa yang saya rasa kat awak. ë‹č신읎 나쁜 !!!

kmpp will always be in my heart.

to all H3P1 members, thanks sangat dekat korang sebab menjadi sebahagian daripada memori yang sangat indah in my life. korang memang the best. sayang korang sangat-sangat. sorry lah kalau dalam movie kelas kita tu kan ada yang terasa hati atau tak puas hati. I try my best. thanks atas kerjasama korang menyiapkan movie tu. korang memang terbaek.. nanti Saya akan cuba upload video tu dalam facebook or maybe youtube. hehe.

thanks for reading. bye bye! dah letih ni.


hai . thanks sudi baca entry ni !

29 March 2012

Makan-Makan Kuliah Hayat 3


assalamualaikum...
pada minggu lepas pada hari ahad bertarikh 25 Mac 2012 telah diadakan majlis ... (aku pon tak tau nak bagi name ape untuk majlis ni.) yang pasti kuliah Hayat 3 ada buat majlis la. dekat KMPP sekarang ni, masing-masing berebut-rebut nak buat majlis akhir tahun. kononnya, nak habis sem dah kan. lepas ni dah tak jumpa, bla, bla, bla.

so, setiap petang dan malam mesti ada je yang buat BBQ (sedapnya!) ataupun makan-makan satu praktikum dekat Tasik yg indah tu, so, wakaf kat tasik tu jadi rebutan la. (femes sat wakaf tu).

jadi, mastermind Hayat 3 (H3) pon rancanglah nak buat jamuan ni. tapi sayang, tak ramai yang join. mungkin sebab bayaran mahal kot (RM 15), aku pon tak sure. daripada 169 orang student H3 hanya ada dalam 60 orang kot yang datang. so, memang sikit giler. tapi tetap happening.

majlis ni start pukul 3 petang. agak terkejut jugak bile nampak Tuan Pengarah KMPP datang majlis kitorang. wah,, pengarah datang kot. first time, aku jumpe pengarah dekat-dekat. cewah, korang ade? haa, tak kan?
VIP pada hari kejadian =)
Pn Siti Noor (betol tak entah eja name beliau.) adalah Lecturer Bio kitorang pada sem lepas. teringat bagaimana aku tak fokusnya dalam kuliah. HAHA. kantoi. next, Mr Yeoh, lecturer Kimia kitorang sem lepas dan jugak sem ni. aku Tabik giler dekat sir, sebab beliau sangat menghormati kami dan sangat bersungguh ketika mengajar. (ehem, dah puji ni, tak dapat A kimia tak tau la). bayangkan, kalau ada bunyi azan, beliau berhenti sekejap mengajar, then baru sambung balik. bagus tak? yang pakai baju batik tu lah pengarah KMPP, Tuan Haji Khairi b. Jalun budak-budak KMPP panggil KJ aje. beliau duduk depan aku kot. HAHA. sungguh bertuah. (erk?)

perasmian Majlis H3
ada potong kek lagi kot. HAHA. tapi aku tak sempat nak makan kek hijau tu sebab budak-budak yang tak berapa nak matured buat main kat kek tu. apa lah dorang tu, kalau pun nak main, bagilah aku makan dulu. huh! sedih betol.

makanan pada hari kejadian - nasi tomato- memang sedap

nampak lagi sedap tak? HAHA.
praktikum mAtes
ini penolong Ketua praktikum (Ish) dengan kwan dia.

tengah menjamu selera.

herm.. tengah buat apa entah. 

mangsa keganasan pada hari itu. Nama mangsa dirahsiakan.

with Kak Zatie

with Izati dan Kak Ain
 (gambar blur sebab tengah parkinson masa tu.) haha
 pada hari itu jugak dorang ada buat game. game budak-budak dan bila bukan budak-budak yang main, of course pelik dan tak honest. aku paling tak suka part kena cari coklat dalam tepung. ish, dah lah kena makan tepung mentah, lepas tu pulak, ada yang masuk dalam hidung. adoi. nasib baik tak ada penyakit asma. HEHE. next, kitorang main tiup belon sampai pecah. dan jujurnya aku nak bagitau, permainan ni sangatlah tidak jujur. dah lah ada yang bawak jarum pergi pecahkan belon, ada jugak yang sorok belon dalam poket sebab nak menang. See? betapa jujurnya budak kuliah H3 ni. HAHA.

haa. Kumpulan Kuning menang tempat kedua dalam sukaneka
tinggal lagi seminggu sebelum study week. jadi di sini aku nak bagitahu, aku tak akan post entry sampai balik rumah, betul dan serius! sebab, adalah budak ni kan.. perli aku. salu update blog. HAHA. salu ke, aku rase macam jarang je. huhu.
hai . thanks sudi baca entry ni !

26 March 2012

'keluargaku' bertambah =)


assalamualaikum..
hehe. time Gap ni sempat jugak aku curi masa nak post entry baru. haha. tak sabar nak balik rumah tengok ahli-ahli baru dalam family aku. HAHA. ahli-ahli tu, bukan sorang tau, tapi EMPAT! hehe. kucing ni kan kalo masa ni baru besar ni, tunggu lah aku balik nanti mesti besar-besar je semua. cepat betul membesar, nak kata makan Calci Yum rasanya macam tak. =__=
ahli baru keluarga aku. =) comel2 kan?
maaf.. menggunakan dialek kebangsaan.

kredit to my sis ^_^. hehe.
anak-anak kucing tu hasil perkongsian haram. HAHA. buat pengetahuan korang bapak dengan ibu kucing2 tu merupakan adik beradik tau. haha.

p/s : entry suka suki je ni. jangan marah yer.. peace no war.
hai . thanks sudi baca entry ni !