. . . Count UP . . .

Daisypath Happy Birthday tickers

Followers

13 July 2012

degree Farmasi at Uitm



haha. result upu dah keluar. jadi korang dapat sambung degree kat ne? 

alhamdulillah, aku dapat sambung degree dalam bidang yang aku nak sangatsangat. hehe, that is farmasi. even aku memang ada feeling aku dpt farmasi kat uitm. sebab aku tahu susah nak masuk UKM. huhu. tak per la, tak dapat UKM pun. sebab aku dapat jugak kos yang aku nak kan. haha. ALHAMDULILLAH.

bye bye bye

hai . thanks sudi baca entry ni !

kerja KERJA kerja


hai.. dah masuk dua minggu jugak aku tak hupdate belog aku nih. bukan aku tak nak, tapi masa salu tak mengizinkan. haha. tapi, aku bukan kerja sibuk sangat pun. oke, now aku kerja as pembantu kedai runcit kawan mak aku. kawan mak aku ni beria ajak aku kerja dengan dia. since aku pun tak ada kerja aku pun tolonglah. sebab dia tak gaji pekerja lain selain anak dia yg tengah cuti sem.

so, start dua minggu lepas aku dah kerja lah. bosan jugak lah sebab kedai baru bukak kan, tak berapa ramai yang datang. but, so far so good. erm, walaupun aku kerja kedai runcit je, macam-macam dah aku tahu and rasa. entahlah. bak kata orang jauh perjalanan luas pemandangan. ehh, tak pasal-pasal.

aku kerja ikut masa kerja mak aku, dari 8 pg sampai 6 petang. sebab aku pergi dan balik dengan mak aku. balik kerja pulak, aku rehat-rehat. then, pukul 8 mlm sampai 9.30 mlm aku ajar tuisyen pulak. *ececeh, ajar adik aku je pun, dia nak UPSR taon ni*. penat jugak sebenarnya, sebab sekarang aku tidur awal je. dulu kul 12, atau 1 pg baru tidur. tapi sekarang pukul 9 pun aku dah mengantuk gila!

ACCIDENT
ni, I nak story sikit, semalam masa tu lepas asar, *kedai runcit yang aku jaga ni tepi jalan, so, kira main road lah jugak*. masa accident tu berlaku, aku memang tengah termenung ke arah jalan raya tu. memang terkejut gila aku masa tu habak hang. kejadian yang berlaku tuh, bukan macam dalam movie ada flashback, slowmotion ke, buffering ke.. tak de, jah! dush, bukk. jatuh. 

memang aku trauma lah jugak. aku janji pada diri aku, yang aku tak kan naik motor. takut! accident tu berlaku antara dua motosikal. aku tak perasan sangat macam mana perlanggaran berlaku tapi aku nampak mak cik tu tergolek atas jalan. ketar kot tangan aku! lepas tu, ramai yang pergi ke tempat tu. nasib baik sebelah kedai runcit aku jaga ni ada workshop, and beberapa kedai lagi, agak ramai lah yg bantu mak cik tu. aku tak pergi pun, sebab aku takut.

nasib baik, tak ada kematian ke apa. cuma luka aje. mak cik tu pulak cuma pengsan kejap. lepas dia dah sedar ada sorang akak papah dia. fuh, lepas tu, terus aku masuk dalam kedai, ketakutan. rasa macam nak nangis ada jugak. apa yang pasti bukan salah mak cik tu lah, salah pak cik yang langgar dia tu. salah jalan ke macam mana ntah. ishh, simpang malaikat 44. 

natijahnya, malam tu aku susah nak tidur. asyik terbayang je. parah parah!

tu je lah yang story nye. ni pun aku hupdate belog dah lambat sangat. dah dekat pukul 1 kot. 

p/s : esok result upu keluar. takuttt!!! jumaat yang mulia, harapnya resultnye juga mulia. ahaks.

p/s 2 : aku tengok berita semalam. yg lelaki kena ragut, lepastu mati kat tempat kejadian di mana, ramai orang lalu lalang tapi tengok aje. aku tak paham! kenapa tengok aje? astaghfirullah al azim.

bye bye bye! 

hai . thanks sudi baca entry ni !

22 June 2012

Jumpa orang KOREA

hai olls. haha. eh3.. erm, aku saje je nak tulis entry ni. just nak story mory la kan. aku pergi pasar malam dekat area Chukai semalam kan. aku jumpa group of korean you know *bukan artis korea*. and aku tersangat lah excited nak dengar dorang cakap Korea secara live. masa aku lalu sebelah dorang tu aku ada dengar lah sikit-sikit. quite funny actually.

aku tak tahu macam mana dorang membeli sebab aku dengar dorang nak speaking pun tak berapa pandai. ada die cakap dekat tukang jual tu, "ireoke" yang maksudnya, macam ni. pastu bila nak bayar tu tuan kedai tu cakap "two ringgit" orang korea tu pun cakap kat kawan dia "two ringgit-so". tuan kedai tu bantai gelak lah. sebab dia ingatkan orang Korea ni pandai cakap Kelantan. HAHA. aku pun gelak jugak. 

bila orang Korea tu nak balik tu kan, dia cakap "terima kasih" sambil lambai tangan. memang funny la. lepas tu aku tengok jugak ada satu couple ni nak beli baju kurung untuk baby dorang yang umo 2 tahun. aku tahu pun sebab aku dengar dia sebut 2 years. memang sweet la.


sebenarnya, dah dua minggu aku nampak dorang kat pasar malam kat daerah Kemaman ni. pasar malam kat tempat aku ni bukak isnin and khamis every week. agak pelik sebenarnya, sebab Kemaman ni bukan bandar besar untuk pelancong datang lawat. its just a small but beautiful town. HEHE.

tapi yang quite keciwa tu orang perempuan aje yang jalan-jalan tu. orang lelaki tak de pun. kalo ada boleh aku ushar-ushar sikit. *winkwink* haha. Gatal!

ada jugak sebelum-sebelum ni English man datang. but, that very usual la. kalo orang Korea ni, macam pelik la. sebab, kenapa dorang tak pergi Cameron ke, KL ke, lagi best.

but then, aku admit *dalam hati la* Kemaman ni quite interesting lah kot. HAHA. hah, jemput lah datang ke Kemaman. HAHA.*promote*
gambar kat atas ni aku ambik masa aku dalam kereta. masa tu aku nak balik dah. aku nampak orang Korea tu duk borak ngan dak perempuan yang ada kat situ. tapi tak tahu pulak apa yang dorang borakkan. sebenarnya aku teringin jugak nak cakap dengan dorang ni. cakap Anyeonghaseyo je pun jadi la. HAHA. sebab kalo cakap banyak takut aku pulak tak paham nanti. aku tahu perkataan korea pun sikit aje. nampaknya lepas ni kena belajar la. HAHA.

okey la. aku nak kena pergi kenduri kahwin pulak ni. ish, aku tak berapa gemar sebenarnya, sebab kena pakai baju kurung, pakai tak pe lagi, kena gosok tu yang malas ouh. HUHU
bye3 <3

p/s : dengar ceritanya Shaheizy Sam ada kat Kemaman sekarang ni? entah betul ke tidak. tengah shooting filem 2 Kalimah *kebetulan kenduri kahwin tu lalu kawasan tu. boleh aku usha sket*

hai . thanks sudi baca entry ni !

17 June 2012

7 Hari Mencintaiku ~!

hai hai hai. hehe. korang ada baca novel 7 mencintaiku karya terbaru Siti Rosmizah tak?

aku amik masa jugak lah nak baca novel ni. dah tu, tengok ketebalan lah weh. ada berapa muka surat entah. aku pinjam novel ni dari kawan aku. komen aku pasal novel ni, best lah jugak sebab aku rasa sakit hati dengan sikap ego Mia dengan sikap over penyabar Khuzairi. dahsyat sungguh kesabaran yang dia ada. 

kadang-kadang macam tak logik jugak. ada ke lelaki yang penyabar giler macam Khuzairi nih? kalau ada, untunglah siapa yang dapat miliki dia. bukan senang nak cari lelaki macam tu zaman sekarang nih. dalam novel ni banyak lah jugak moral value yang dapat aku kutip. hehe.  sikap ego si Mia ni, memang dahsyat sungguh. tapi, tipikal cerita Melayu, bila kita hilang sesuatu, barulah kita sedar khilafnya diri ni. HAHA. betul tak? 

novel Siti Rosmizah, setakat ni dua yang aku baca * Cinta Kau dan Aku dengan 7 Hari Mencintaiku * memanglah berjaya mengusik hati aku yang suci lagi murni ni *wekk* ya lah, aku agak malu la, sebab baca novel pun boleh nanges kan. tapi, aku rasa ramai perempuan macam ni. HAHA. maklumlah hati perempuan ni kan sensitip * sensitipe ler sangat *. 


tapi, sekarang aku rasa macam bosan pulak baca novel chinta nih. ya lah kan, mana tak bosan, novel Malaysia sekarang ni macam lebih kurang aje. tapi, aku tak stop beli novel pun. beli lagii. now, novel terbaru, novel Damya Hanna, Ingin berkasih lagi.


aku tak start baca lagi. but will finish soon, since novel ni, tak adalah tebal sangat. sehari dua dah boleh habis. AHAKS. lepas ni aku nak beli novel Zaifuzaman pulak. HAHA. baca novel hantu ni best jugak. 

hidup tenang diperoleh jika sentiasa bersama ALLAH, dan ALLAH hanya akan menyertai orang yang sentiasa membersihkan hatinya.

hai . thanks sudi baca entry ni !

13 June 2012

no title~

hai olls. entah kenapa sejak dua tiga menjak ni kan, rajin pulak aku nak update belog aku yang tak seberapa nih *hehe*.tadi aku selongkar laptop ni, jumpe lah beberapa gambar yang aku rasa rindu sangat dengan time tu. what I can say, masa tu memang sangat aku happy and memorable la, bagi aku. hehe.

Waitress
aku, Wanie, Ain, Sariy, Nisa
gambar ni masa kami jadi pelayan VIP dalam majlis rasmi kat sekolah. best jugak, tapi malu, sebab pakai baju beza dari orang lain. HUHU.



time Graduate (form 5)
masa ni tak ada lah happy moment sangat, tapi, best la. at least aku dah rasa macam mana graduate nanti kat University. HUHU. 

my Besties
yang kat atas tu semua kawan baik aku. hehe. gambar ni kami amik masa ada majlis restu SPM. ada lah buat makan2 masa tu. quite fun la. tapi, aku tak sempat pun nak salam ramai cikgu. yang sempat je, sebab aku balik awal. HAHA.

err, abaikan gambar ni
gambar ni kami amik masa kami pecah masuk asrama, hehe. gambar ni aku edit sebab bosan. entah apa-apa je kan? tapi, aku dah rindu dengan dorang ni. dah lama betul tak jumpa. kitorang last jumpa pun, raya 2011. ni dah berapa bulan dah. maklumlah semua sibok. *kecuali aku* huhu.

H3P1 time koir.
adoi. ni memang saat paling manis dalam hidup aku setakat ni. HUHU. only then I know macam mana rasanya perform atas pentas. HAHA. sweet sangat. rindu korang lah. serious.

itulah sedikit sebanyak cerita time belajar. Hope bile aku masuk Universiti nanti aku dapat kumpul banyak lagi kenangan. 

After asking ALLAH to guide you to the straight path,dont just stand there. start walking forward to it.

hai . thanks sudi baca entry ni !

11 June 2012

download movie baru FREE ?

ASSALAMUALAIKUM.

hai.. aku ada jumpa site baru. tapi, tak tahu la korang dah tau atau tak. anyway, yang tahu tak yah pedulik, yang nak tahu meh sini baca, I nak story sikit.

HAHA. tadi aku search google.*asyik search google je kan?* aku jumpa satu site yang boleh download movie Melayu or English free jek bukan tu je citer Korea dengan Jepun pun ada tapi tak banyak. dah la free, tak payah nak download part by part pulak tuh. just download sekali terus boleh tengok. aku dah download Snow White and the Huntsman dengan Aku ada Kau Ada??.

ni movie baru kan? okeh, mungkin aktiviti ni kurang sihat, tapi, erk, dah buat dah. nak buat macam mana kan? haha. kalo korang nak download movie boleh ke sini TeamHanna




 lepas korang download kan, korang kena extract file tu. 
cara nak extract :
1.korang tekan lah yang korang download ni kan.

2.bila dah tekan yang atas, keluarlah benda alah ni. korang tekan right click then cari *extract to the specified folder*. tunggu dia extract, pergi dekat folder yang korang pilih tadi, done! korang dah boleh tonton!


 err, kalo tak faham bagitahu. tengs. babai


hai . thanks sudi baca entry ni !

Maksud Bunga..

ASSALAMULAIKUM..

hai korang-korang yang romantik sekalian. ahah. tadi aku cari maksud bunga daisy sebab aku suka dengan bunga tu. bile tengah google tuh aku jumpa satu site nih, dia listkan nama bunga, dan maksud di sebalik bunga tuh. so sweeet kan? jadi, kalolah nanti ada orang bagi korang bunga, korang boleh guess lah, apa sebab dia bagi bunga tu kat korang. haa, romantik tak?
Bunga Daisy, cantik kan?

okey, dia ada beberapa part la. antaranya :
wish :-)

bells of ireland = good luck

chrysanthemum = kawan yang terbaik.

cyclamen = good bye

hyacinth (purple) = maafkan saya!

Iris = persahabatan yang bermakna

confession :=)

Daisy = cinta suci

Camellia (merah)= flame in my heart

camellia(putih) = awak sangat menarik

chrysanthemum (kuning) = cinta dihina
gloxinia / rose yang tak berduri = cinta pandang pertama
gloxinia
thormless rose
haha. nampak tak? setiap bunga ada maksudnya tersendiri tau. dan kalau kita minat sesuatu bunga tu pun melambangkan peribadi kita sebenarnya. hehe. apa-apa pun ni sekadar share apa yang aku baca. and kot lah boleh bantu korang nak meluahkan perasaan kan.. ahaks.

ada banyak lagi maksud yang korang boleh tengok kat SINI. gambar pulak sumber nya mestilah encik Google yang baik lagi bijaksana. HAHA.

setiap apa yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam kehidupan. tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

sekian. babai.

hai . thanks sudi baca entry ni !