. . . Count UP . . .

Daisypath Happy Birthday tickers

Followers

15 March 2014

Entry ke 100


Hai. Anyeong! Dah lama betul tak hupdate belog nih. Its not like aku tak nak update, tapi aku takde cerita nak cerita. Yeah, my life is kind of plain. Keep repeating the same thing everyday. Haha.

First thing first, keep praying for MH370. Banyak artikel aku baca whether in Malaysia or outside from Malaysia yang bagi komen pasal kes ni. Apa-apa pun, harapnya nanti kita dapat dengar berita yang pesawat tu ditemui  =) insyaAllah.

Dah dua minggu start sem 4 ni. Lahai, penatnya tak usah kira lah. Bukan pasal kelas, tapi pasal cuaca dan pasal catuan air. Kat Puncak Alam nih, kat kawasan perumahan kena catu air. Dua hari ada, dua hari tak ada. So, kena prepare lah. Time takde air tu, kenalah guna air yang dah ditadah. Nak basuh baju kena tunggu air ada *bukannya aku basuh selalu pun, hujung minggu je* bila dah ada, kotor pulak airnya.

JEREBU. otw to the class

Cerita pasal cuaca pulak. Rasa macam duduk kat New Zealand je, bukan pasal sejuk tapi pasal banyak asap, jerebu tu boleh tahan tebal. API dah capai 100++. Bayangkan bahayanya,  Jerebu ni boleh bawak banyak penyakit. Tapi aku pegi kelas tak pakai mask pon, tapi dah beli dah. Hehe. Rimas lah. Sekarang Puncak Alam sangat panas. Nak mandi banyak kali pun x boleh sebab nak jimat air. Reda je lah.

another JEREBU 
Ada banyak isu sensitive jadi dalam negara sekarang ni kan. bomoh lah, ape lah. Sampai masalah jerebu ni tak selesai-selesai, dah 2 minggu kat sini, baru sekali pun hujan.  Tak apalah, janji Malaysia aman.


Anyway, harapnya minggu ni aku boleh balik rumah. Sebab aku teringin nak makan nasi dagang. Mana nak cari kat Puncak Alam ni. Kalau ada pun, tak sesedap yang mak buat. Alang-alang ada orang tempeh nasi dagang dengan mak, aku nak join la sekali. Jyeah! Harapnya lecturer marketing tu awalkan kelas dia, so that hari khamis malam tu aku boleh terus balik. Hehe.

saja include kan gambar- gambar ni. ni aku kidnap kat dalam bangunan FF1. baru tahu diaorang letak model UiTM Puncak Alam akan datang ni kat situ. excited bila pergi tengok. T T yang sedihnya, bila UiTM Palam besor cenggitu, gua tak dapat nak merasa ;(
ni sekitar bangunan Fakulti Farmasi. 1) is the student's parking, 2) bangunan yang ada lab, tutorial and bilik-bilik yang berkenaan. 3) FF1. di mana office lecturer, pejabat bendahari dan pejabat PNC pun kat sini. dewan kuliah kat depan bangunan nombor 2. kecik je so, tak nampaklah.

tu katanya ada kolam nanti. nampak tak yang warna biru tu, dengan masjid. wah! 

P/s : Alhamdulillah hari ni hujan. Tengah taip entry ni, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya, membuatkan kain yang aku jemur pagi tadi, kebasahan. Patutnya aku angkat tengah hari tadi.

So this is it. Bye! Azam tahun 2014 ni, at least setiap bulan satu entry. Hehe ;*
Henry Cavill
nak tahu kenapa aku letak gambar dia? haha. no reason, suka-suka je ni. aku tak tahu kenapa aku jadi suka kat dia ni, semenjak tengok Man of Steel. pergh, lakonan dia! lepas Thor (Chris Hemsworth), dia ni la yang aku suka. kalau tanya aku kenapa, sampai tahun depan tak habis. banyak sangat sebab dia. =D Man of Steel tu aku dah ulang tengok 3 kali. 

hai . thanks sudi baca entry ni !

22 December 2013

End Semester 3 part 1


Hai. *sila betulkan slang anda. Please, change mode to Kedahan.* puii!

*rindu KMPP ni. Sob sob.*

Ceq orang busy. Jadi, belog ceq pon nampak cam kosong je, kan? Comment – comment pun jarang nak membalas sebab memang malas nak bukak belog ni. Hihi. Mianhe chinggu ya~~ T.T

So, hari ni (Sabtu) ceq excited nak update belog. Haha. Menipu la excited kan, ceq sebenaqnya banyakk gila story, a.k.a banyak gilaa benda yang jadi sejak kebelakangan ni. Sampaikan, banyak masa ceq stress dan moody. Tapi, malaih nak tunjuk kat orang.

Seriously, sem ni rasa cam berat gilaa. Most subjek cam susah, tapi ada yang best belajar. sebab, dah mula belajar pasal drug-drug yang boleh diapplykan masa keje nanti kan. BUT BUT BUT, drug-drug tu bukan lah sikit. Banyaaak. Dengan kena ingat mechanism of action, treatment untuk ape, receptor dia, kat mana dia react. Hurm~!

Ceq bukannye nak mengadu ke hapa, kalau study, faham, usaha, dan tawakal insyaAllah dapat grab. But yeah. Agak susah nak terima mulanya.

Sem ni ceq amik mandarin tau. So, ceq blajaq laa camna nak cakap cina. Uhum! Lepas ni bulih la kalo setakat nak tegur-tegur, Tanya nama ke ape ke kan. Ahah! And ade kena buat video tau.. kira cam projek final sem ni lah. Apply la apa-apa yang pernah belajaq tu. Kitorang punya video, pasal SCHIZOPHRENIA. Kebetulan ada belajaq sket time subjek Psychology, leh la apply. Hahah. Kalo ade masa ceq upload video na. Nak jadi retis youtube sekali. kekeke

budak farmasi yang amik ko kebudayaan
So, hari ni dah start kami punya study week. Malamnye * baru habis kul 10.30 mlm tadi* pulak ceq ade persembahan kat Rafflesia, untuk koko kebudayaan. so, dari drama, menari gamelan ke menyanyi. kitorang buat Tarian endang uolls ~_~. macam best je tadi. huhu. So, 30 dec – 18 jan ceq busy ngan paper2 ceq. insyaAllah nanti 19 jan ceq kembali lagi na. stay calm chingu-ya. *ceit, macam la ade yang kesah*

Rejai, Aku, Piqa, Shera, Nadia, D


In a nutshell, entry ni entry mengarut je. Ceq Cuma nak hilangkan stress jap, and menekankan kepada korang korang, yang ceq nak final and di bawah ini adalah jadual final, beserta dengan subjek, dan ketebalan nota-nota yang perlu ceq habiskan dalam seminggu dua ni. Wish me luck babe. And good luck jugak pada student-student degree yang akan mengambil exam lagi dua minggu. #takut #scary #thriller #nervous #andyangsamawaktudengannya
sebahagian daripada grup tarian kitorang

Hah, entry akan datang insyaAllah, BANJIR 2013 yang meragut nyawa 6 kesayangan keluarga ceq, dan merosakkan perabot, tv, dan menghanyutkan remote astro. Bilek ceq pon tinggai katil ngan almari jah satu. See more on 19 jan or maybe 20 jan or maybe the next day *bila ceq qajin la noh*


ceq dah malaih nak buat watermark. kalo amik gamba, just let me know ya ^ ^



hai . thanks sudi baca entry ni !

21 September 2013

officially 20 ^^


Nihao. Hari ni rajin pulak budak yang baru masuk 20 tahun ni *budak lagi tu* update belog dia yang tak seberapa ni. So, tanggal 19 Sept 1993 aku dilahirkan. Now its 2013. So officially I am now 20. lagi 5 tahun nak kawen. Eh? Haha. Guraugurau. Calon pun takde kan. Ada hati. Hakhak. So, Birthday tahun ni, kind of seronok. Hehe. Padahal, sehari sebelum cam bad mood sikit. Tak tahu kenapa.

Yang peliknya, aku tidur awal kot. Dalam 10.30 malam dah tidur *on the 18 Sept*. Aku cam tak mengharap lah ada sambutan ke apa kan, since kelas kitorang habis lam kul 5.30 petang kot. So, memang dorang tak sempat nak beli kek ke ape la. Tapi, Rejai ngan Shera, keluar pergi Econsave katenye nak beli ink printer, but then, dorang beli kek kat secret recipe. Sweet tak? Yang unik nya, kek tu, 4 keping yang secret recipe, dorang susun, nampak cam bulat gak, but, dipenuhkan with kek pisang. Haha. Cam comel je. Korang ada kek cam tu? Heheh. Tiga keping kek coklat, ada satu keping tiramisu. Semua aku suka, asalkan coklat. Yummy.

this is the cake ^^
Kul 12.30 malam, dorang menceroboh masuk lam bilek aku, bawak kek tu. Kita dah lah tengah tidur kan, pastu dorang main terjah, so cam, lambat sikit nak bagi reaction tu. Haha. Walopun aku tak berapa nak nyenyak tidur la, sebab dengar bunyi tangga. Dorang turun tangga berlari ke ape entah. Dengar bunyi plastik jugak. Tengah mamai, memang tak fikir apa lah kan, sambung je tidur balik. Lagipun aku memang mudah terjaga. *Kalau tak penat la*



Lepas tu, agenda suap-menyuap, and makan. Tengah malam makan kek kau. Haha. Kul 1.30 pagi, baru aku tidur balik. Tak kisah dah gemuk ke ape. Sebab esok nya ada kelas. Shera bagi kad yang dia buat. Cantik. Haha. Sebab ada gambar kitorang. Yang bawah ni.

cantik kan? aww!
Pergi kelas, kawankawan yang duduk dekat dengan aku dalam lecture hall, mostly my classmates, wish happy birthday. Hehe. Malu sebenarnya. Kelas banyak pulak semalam. Petangnya, ada lecture Management, tapi, tunggu-tunggu lecturer tak datang. Dorang tak tahu nak buat ape, Dya pergi ajak nyanyi lagu. Memang malu gila ah. Nasib baik ada kelas ABC je lam lecture hall tu. Adoi. But anyway, thank you guys.

Hah, sebelum lecture mgt start, aku pergi tandas. Balik-balik je, ada beg kertas body shop kat beg aku. So, aku tanya kawan sebelah, dia punya ke. Tak perasan rupanya ada sticky note with my name on it. Mulamula cam konfius, sape bagi, sebab dia tulis huruf A ngan I je. Tanya, kawankawan yang duduk near with me in the lecture hall, dorang cakap secret admirer bagi. Well, memang tak lah kan. Sape lah nak admire aku. Haha. Tak logik. Rupenya Alia ngan Ira yang bagi. nama tyrahsooneul kan nama twitter aku, x ramai yang tau. Heheh. Dorang bagi shawl, I am not really into pink, but, since orang dah bagi. Aku akan pakai banyakbanyakbanyak kali. Heheh. Tapi, memang cantik pun kan? Walopun tak suka pink, tetap suka dengan shawl ni. Cantikkk sangattt ^ ^.
given by Alia and Ira =)

Well, I feel so happy. Pagipagi, lagi my mom dah wish, which made my day. Ayah wish lambat, as expected, ayah memang tak pernah ingat birthday sapesape, even birthday beliau pon tak ingat. Adik-adik aku jugak tak ketinggalan. Haha. Aku mintak hadiah, dorang mintak duit pulak dengan aku. Haish. Even my abang pon wish, hihi. Aku tak perasan nama dia ada kat wall fb tu. Mak cakap dia ada wish baru aku cari nama dia. Ohh, ada rupanya. Katanya nak blanja secret recipe ==”. and also, my cousins yang terbaik.

Kawankawan kat matrik, my bff kat sekolah till now - wanie and Nisa - wish through phone. Intan, tak ada kredit, as usual. Aku tertunggu-tunggu lah mesej dia. Memang nak kena lah kalo lupa birthday aku kan. Petangnya, aku call dia. Dia nyanyi dengan suara yang tak merdu tu kat tepi telinga ni. Haha. kat twitter pon tak ketinggalan ada beberapa people yang wish. Yang kenal aku la. Mana ada notification kat twitter pasal birthday orang kan..

kelmarin, petang lepas solat zohor, kitorang pergi Setia City Mall, konon sambut birthday la. Haha. Pastu pergi makanmakan kat Manhattan Fish Market. Mulamula konfius nak masuk, pastu google, jumpa dalam list halal, so terus confident, masuk je. Serius memang best. Harga pun tak mahal sangat. Makan pulak sedap je. Memang tak rugi la datang.
my lovely housemates.
dari bawah kiri : D, Shera, aku, Pika, Rejai ;)
aku punya manhattan fish n chips. super delicious !

Rupanya, bukan makanmakan je. Dorang membeli macammacam hadiah. Dan boleh pulak aku tak perasan. Actually aku ada je intinct pasal tu, cuma aku buat bodoh. but seriously, aku tak expect dorang nak beli hadiah tu. Adesss. Sebelumsebelum ni, kitorang satu rumah akan kongsi-kongsi duit, beli hadiah. Tapi, kali ni, masingmasing ada hadiah masingmasing. Malu kot. Well, aku ni dah lah salu jugak buat orang terasa. I am not a very good person though. Banyak buat orang sakit hati. But, they still did this to me. Almost aku rasa nak menangis, serius. But, aku cover lah kan. Dorang smua kat depan aku, taknak la nangis. thank you my beutiful, lovely, gorgeous housemates. seriously sangat sayang korang. *orang bagi hadiah kan, mestilah sayang* 
given by D. tudung tu aku berkenan but malas nak beli. rupanya senyapsenyap
 dia pergi beli. aku pun tak perasan bila. semua biru kan? hahah. i loike!

bila masa Pika ngan Shera pergi beli, pun tak tahu. sebab
tak berjalan dengan dorang. its red actually. nampak pink kan? heheh.
saja tunjuk harga. hahahahaha

ini pulak Rejai bagi. dia tanya aku comel tak masa nak beli tu. aku cakap la comel.
 rupanya dia belikan tuk aku? masuk lam kete je dah ada. so sweet.

Heheh. So thats all my journey along the birth day anniversary. Orang cakap, on hari lahir, eloknya, berpuasa. As tanda kesyukuran masih hidup sampai hari ni, di mana, kita makin jauh dari titik mula dan semakin hampir kepada titik akhir. But, it is also a way to cepatkan jodoh. Haha. Aku dengar ni pun masa sem 1. ada housemate aku cakap. Aku nak puasa. Tapi, keadaan tak mengizinkan. Anyway, terima kasih banyakbanyak kepada kawankawan. May Allah bless you guys. kalau kita sentiasa senangkan hati orang, orang pun akan senangkan hati kita. what you give, you get back, yes? aku akan cuba senangkan hati orang, better. insyaAllah.

adios. papai!

hai . thanks sudi baca entry ni !

18 September 2013

T-SHIRT I ❤ BLOGGING GIVEAWAY!"



Klik Banner
Bermula 16 September - 23 September 2013

hello alls. jom join! dapat tshirt tuu *kalau bertuah* ^^ syaratnya pun mudah aje. ayuk ayuk!

hai . thanks sudi baca entry ni !

11 September 2013

apa ada pada WARNA?


Ni hao *mentang-mentang belajar mandarin* My beloved readers sekalian. So, hari ni, I nak story mory sikit pasal warna kegemaran kita or they or all people in the world. I believe, each person ada warna kegemaran, or warna yang korang prefer in things. Like me, I prefer turqoise and blue in buying things. Apa-apa barang, first, cari warna biru dulu. aku buat entry ni pasal, tak puas hati. kenapa ramai sangat yang suka warna pink. aneh + pelik. hurm..

our brain takes in colour before take in anything else

Ada banyak dah kajian pasal warna kegemaran ni dibuat, mostly luar negara punya artikel. Yang Malaysia, susah nak cari yang fakta. Heheh. Atau aku yang tak jumpa ya? Entah! Korang tahu tak peranan warna ni sangat penting kepada kita, emotionally and physically. 

my forever hero. dia suka kucing. i like! *gedik*
Mengikut kajian, warna kegemaran seseorang itu sebenarnya, due to pengalaman dengan sesebuah objek. As example, korang daripada kecik lagi, dibeli mainan, pakaian, wallpaper bilik, semua warna pink, jadi bila besar, korang cenderung untuk suka warna pink. As for me, I hate pink. memang tak sesuai dengan aku yang tak berapa nak feminine ni. Haha. Sejak kecik, aku  disogok *erk?* dengan warna biru, since my sister *one year younger* dibelikan semua warna pink. Mungkin sebab tu aku suka warna biru. Now, lebih modern and upgraded to turqoise. Haha

kalau perasan lah kan, kedai yang jual baju-baju baby, banyak jual baju biru, hijau ngan pink. Asal anak perempuan je pink, anak lelaki je biru. Bosan kan? Apa salah warna-warni. Macam fesyen sekarang, colour blocking ke? Ahaha. Pilihan warna ibu-ibu penyayang ni lah yang akan menentukan warna kegemaran si anak tuh. Kalau aku jadi mak nanti *_*, aku terbalikkan. Eh, tapi nanti anak aku jadi aww pulak. *geleng kepala* tak semestinya. ada je lelaki maskulin suka warna pink. 

*melting, drooling*

People who are cold, like warm colour, and people who are hot prefer soft colour like blue and green. - well I dont think this is true. Haha. *tak boleh terima kenyataan*

Macam-macam kajian pasal peranan warna in life yang menarik tau. Ada satu ni yang kelakar: kalau penjaga gol in football pakai baju warna merah, penalty kicks cenderung untuk failed. Aku tak tahu betul ke tak. What say you football-holic? Aku memang tak minat football. So, penjaga gol Terengganu should wear red jersey, kalo nak failkan penalti kicks, pasukan lain. Baru boleh menang. Hurm.. kena usulkan nanti ==” Assa!

remaja-remaja kebanyakannya prefer warna hitam. Menurut kajian lagi, warna hitam ni lambang protection, or they are hiding or trying to find themselves. Kan remaja ni kan waktu mencari identiti. Aku dulu masa sekolah pun suka warna hitam. Semua nak warna hitam. Kalau nak keluar jalan-jalan ke, mesti pakai serba hitam. Sekaran ni barulah ada warna sikit. Aku dah cuba elakkan diri dari beli warna hitam. Hitam itu menawan kan? Ahaks.
Another facts is, warna yang korang tak suka pon melambangkan personaliti or kelemahan yang sedang korang sorokkan. Benci macam mana pun korang pada sesuatu warna tu, korang kena juga at least ada barang yang ada warna yang korang tak suka tuh. Dari sudut psikologinya, korang akan dapat buang sikit kelemahan korang tu. Aku ada je baju warna pink, cuma tak banyak. Ermm, satu? Atau dua? =D


Now I know, perempuan suka warna pink, sebab pink tu lembut. perempuan kan lembut orangnya. hurm. So, that is for now. Ada beberapa link yang korang boleh pergi kat bawah ni. To get to know yourself better. Well, jangan percaya bulat-bulat pulak. karang ada yang down ke apa ke. HAHA. Apa-apa pun life kita, kita yang tentukan. Nak jadi pemurung ke, apa ke, semua depends pada kita. Dont lose hope, and keep striving towards success. Allah, ibu ayah jangan lupa. Oke sayang-sayang? Anyeong! ^ ^

colour assignment
what it says about you
your personality colour

hai . thanks sudi baca entry ni !

30 August 2013

Newbie to Uitm

Haha. Oke tak tajuk entry ni? Tak tau nak letak tajuk ape. Entry sblum ni cakap pasal persediaan ke matrikulasi, now for bakal student Uitm pulak. By the way, welcome to Uitm. *tabur bunga* Ahaks. Banyak sangat dah pertanyaan yg ditanya, and this is why this entry exist.

Sebenarnya memang malas nak taip entry since my dearest lappy buat hal. Ni pon taip through phone. Haha. Actually, ade video kat youtube pasal persiapan ke Uitm. Tak ingat dah from siapa. But sape yang tak ikut nasihat vlogger tu mmg rugi.

Entry ni khas untuk bakal student UiTM Puncak Alam. Peace yaw!

Barang-barang yg korang WAJIB bawak :

1. Baju kurung for girls, and for guys baju kemeja.
For girls -> better bawak baju kurung yg x payah iron, and tudung yg nak dimatchingkan dengan baju, x yah berlilit-lilit. Tak sempat nak lilit maSa orientasi. Start je kelas korang nak pakai shawl ke turban ke boleh saja. Cadangan akak, pakai je tudung hitam. Haha. Semua boleh matching.
For guys -> as far as im concern, most guys x kesah sangat pasal bajubaju ni. Baju sama je pon takpe. Tp korang kene prepare baju kemeja and baju berkolar sepanjang orientasi tu. Korang memang kena pakai formal sbb nak dengar ceramah kan.

Tak payah la bawak banyak sangat baju. Locker tak la besar sangat tapi boleh la tahan besarnye *pening? Haha*. Sederhana kata mudahnye. Hehe. Muatla korang nak isi makanan2, sabun, so on and sp forth.

*please bawak minyak wangi yang mencukupi. Hakhak. Probability korang untuk busuk sangat tinggi. Hahahaha. Serius. Yelah berbaju sama drpd pagi hingga petang. Mana tak busuk kan?

2. Barang Electric
Barangbarang yang korang boleh bawak is iron, water heater, lappy, phone, lampu study, printer, etc. Stiap barangbarang yang korang bawak tu kena bayar. Tak silap RM10 per barang. tapi akak dulu nak kluar kolej baru bayar means  hujung sem 1, time exam tak silap. Tu pun sebab diugut kena gantung result kalo tak bayar. Tsk tsk.

3. Dokumendokumen penting
Maybe ni patut jadi number 1. this entry is not being organize well, i know. Just tulis apa yang terlintas ni. Make sure sebelum pegi semua borang diisi dan dibawak. Cek BANYAK kali ya. Jangan tertinggal. Segala salinan sijilsijil, suratberanak, ic awak mak ayah, slip gaji and etc make sure bawak. U will never know when u might want to use those. X yah la susahsusah nak poslaju nanti kan...

4. Keperluan beriadah
Like kasut sukan, seluar sukan, baju tshirt lengan panjang for girls, and boys, tak silap baju yang berkolar and ada lengan. Haha. no-no seluar pendek. ada masanya korang kena pakai baju kurung dengan kasut sukan. Please be alert ape akak/abang pm cakap. dont make them angry. U might regret it.^^

6. Baju putih, kain/seluar hitam.
Ni wajib ada ni. Jangan lupa bawak. Untuk majlis penutupan minggu destini siswa. Nanti yg perempuan dapat tudung uitm, dan jangan marah sebab tudung tu susah nak dibentuk. Yup. SAngat susah. Korang semburlah sebotol starch pon. Yang lelaki pulak dapat tie uitm.

7. Barang preparation tuk kuliah
Korang sediakan lah buku nota and pen-ah. Hehe. Ada kemungkinan hari pertama masuk kelas tu terus belajar. But yeah, tak la detail. Maybe just the surface ape yg korang akan belajar sepanjang satu sem. Kalo student farmasi, bukubuku rujukan senior yg uruskan. Kalo fakulti lain x sure. Hurmm. Lagii..

Kalo ikut kitorang dulu habis orientasi hari jumaat. So, sabtu tu akak ngn kawankawan pegi berjalan. Tak pegi dekatdekat ni. Pergi Sunway Piramid uolss. Haha. Ramai jugak amik peluang balik rumah.

next, apa-apa yang korang rasa perlu nak bawak, bawak je la. Akak pon dah blurr ni. Apa lagi yang penting ya. Hurmmm..

lagi beberapa hari korang nak masuk kan. Jangan risau, jangan runsing.  Akak dulu pon takut. Takut sangat. Sape la roomate aku. SApe la kawan aku nanti. sape la housemate aku. Berhantu ke bilik aku nanti? *haha ok ni hiperbola*

untuk Roomate and housemate korang boleh pilih siapa yang korang nak. TAPI, orang tu mesti daftar dengan korang. sebab dia susun housemate ikut giliran daftar. So, siapa yg daftar sebelum or selepas korang is korang punya roomate. Kalo datang awal dpat la tingkat bawah. Naik tangga je. kalo duk tingkat atas2 ada lif. Tapi crowded la. *ni pon masa mds lepas. Kalo tahun ni x sure pulak*

Makan dan minum jangan bimbang. Sepanjang orientasi, makan minum disediakan. Jangan sibuk nak bercool blog la ya (palam). masa kitorang dulu kena marah sebab beli cool blog. Lahai lahai. even nak beli kat mart pon x boleh. Beli air mineral je bole rasanye.

Please be prepared physically and mentally sebab korang x akan dapat mandi dengan tenang. Kadangkadang tengah bershampu air takde. Nasib la korang. Haha. Akak selalu tunggu kul 1 pagi, baru mandi. Time tu tenang sikit. *time mds je la macam ni. Tamat je mds, air ada sepanjang masa*

Hah, pasal yuran. Korang akan bayar yuran tu dekat atm. Jangan lah pegang duit kat tangan ya. Maybe Not in this few weeks. Maybe bulan 10. Entah. Nanti akan ada announcement suruh bayar yuran. And time tu lah korang akan transfer duit dari akaun korang.

Pasal internet jangan bimbang. Wifi ada seluruh uitm. Korang boleh access free je. Tapi kena daftar dulu. Taknak bagitau korang mcam mana nak daftar. Nanti korang akan facebooking dalam ceramah. *gelak jahat*

Ada apa-apa pertanyaan, x faham apa yang akak melalut kat atas tu ke,  just drop your comment. Well , akak ada apply nak jadi pm tapi xdapat. So sad. T.T

Anyway, good luck and jadi junior yang baik ya. Hehe. Till then.. see ya around. Kalo ternampak akak tEngah beli karipap ke, nasi kerabu ke, tegur je *ayat bajet famous amos, padahal orang tak kenal pon* bye bye. Selamat berorientasi or ber-mds ^^

P/s ; takde gambar. Maybe akan ada gambar *kalo rajin* but for now ini ajelah ya. Hihi.


hai . thanks sudi baca entry ni !

22 July 2013

The End Semester 2


Hai. rasanya macam dah lama betul tak update belog nih. puh puh! Kasi bersih sikit. So, as you alls might know (buatbuat tau kalo x tau)  from 27 June till 14 July aku sibuk dengan urusan sebagai pelajar that is, study! Well seperti sem 1, kali ni entry pasal the end semester 2 pulak. dengan bangganya, my first year dah tamat!! Harapnya, berjaya sambung ke sem seterusnya.



Banyak berlaku pertumpahan airmata nak menghabiskan exam yang selama 3 minggu ni. Seriously! Sangat tough sem ni. Belajar pon last  minit, sampai tak tidur malam pon ade.  Tapiiii… still soalan exam agak krik krik masa nak jawab. Lecturer tanya lain, aku jawab lain. Oke. "Reda" is the word. Aku dah malas nak fikir. Aku cuma berharap aku berjaya teruskan ke semester seterusnya.

Okeh, dah dua sem buat ijazah kat UiTM Puncak Alam atau shortformnya Palam. Banyak betul pengalaman pahit manis. Cewah, baru setahun pon. Hehe. So, sem ni banyak aktiviti aku join. Jadi krew je lahh, memang bukan aku nak masuk bertanding atau main sukan ni. Makk tak minat ler.



Malam pragraduan. Malam ni diadakan untuk sambut akak-akak gojes, dan abang-abang hensem yang sudah di part 8, means final year lorh *jeles ngan dorang*.  Dorang nak graduate dah, so, malam ni memang dorang bergaya habis-habis lahh, kalah Cinderella. Tuk program ni aku jadi pemerhati saja, sebab nanti sem 4 kena handle program ni, and of course I want to be the crew. insyaAllah.

me and chingu !

the menu. walopun tema before 21st century,
we makan western you all!
majlis ni dibuat di Setia City Convention Centre. which is, bersebelahan dengan Setia City Mall, tempat shopping paling popular di kalangan student PALAM. aku pon dah banyak kali datang sini. hehe.



Pharmacy got talent. Where julungjulung kali diadakan, and I have become one of the crew. As AJK keceriaan. Ceriakan manamana yang perlu diceriakan. Heheh. Penting jugak tugas ni tauu.
 
the crew with penasihat program 

kerja - kerja menghias DK500. sampai kene memanjat.

my housemates
Carnival sukan. Yang ni pulak aku join as penyibuk saja. Housemates aku jadi ajk untuk sukan ping pong. Tak nak kebosanan di rumah, aku ikut lah pergi tengok orang main pingpong. Tahun depan nak masuk pingpong lahh. Ahaks. Lagi ape eh? Sem 2 ni banyak betul SOPHYS buat program. Sampai dah tak ingat. ~_~
the lecturer

the player


score board.

Next, cerita pasal classmates pulak. hihi. Sem ni best sikit, sebab kitorang siap pergi makan kat luar sama-sama. Mostly classmates aku duk luar, so, beberapa orang yang bawak kereta tu, tumpangtumpang kan kawankawan yang tak ade kereta *including me*. 
Imas the driver of the day! hehe. belakang Ika, Syira and Nisa

Kitorang pergi Jeram je. Makan ikan bakar, kerang bakar, ikan bakar, dan segala yang dibakar. Hihi. kitorang pergi petang lepas kelas yang sepatutnya ada, batal. dalam pukul 3.30 ptg. sampai sana dalam pukul 4.30 petang. solat asar dekat masjid berdekatan. next, agenda makan-makan pon bermula!
licin ! haha . 
kelas-kelas lain batch kitorang pon dah pergi sebelum kitorang pergi. biasalah, orang buat, kite pon nak buat jugak kan? hahah. Alhamdulillah, sedap dan memuaskan hati. will come back later!
the boys !
the girls !
some of the girls.

First time tu, outing ngan dorang. Haha. sem 1 kan semua cam baik-baik je. Bercakap pon cam kurang. Sekarang jurang antara pelajar lelaki dan perempuan berjaya dimusnahkan *hiperbola*. But still, ada batas. Haha.
best friend dalam kelas. 
besides, aku ade jugak outing dengan classmates aku. saje-saje nak berjalan. konon lepaskan stress test MGT (IT punye subjek). jumaat petang dalam pukul 5 atau 6 kitorang tunggu bas U90 kat depan fakulti, pergi ke Setia City Mall. kitorang pergi makan-makan je. 
at secret recipe.
gambar kat bawah ni , diambil masa last kelas lab pharmacy practice. lecturer yang kat tengahtengah tu, sebelah aku to be exact *ahaks*. beliau akan sambung belajar nanti. beliau sangat baik dan peramah. suka sangat kalau dapat lab ngan beliau :) ni pon last lab  yang buat ubat. teringat masa first time buat ubat. kelakar! dahlah tak tau apa-apa. kena buat sorangsorang pulak tu. adui !



lab pharmacy practice. setiap orang dapat satu tempat. so,
no kongsikongsi apparatus.

 Dah seminggu pon habis exam, dah seminggu jugak ada kat rumah ni. Malas betul nak update blog. Anyway, nak ucapkan tahniah untuk bakalbakal student farmasi yang akan masuk bulan 9 ni. Be calm. And don’t worry too much. *wink wink* nanti kite jumpa kat fakulti ya? heheh

oh ya. some of the pictures was taken from Alia's instag *terima kasih Alia!* go to her blog too ya ! 

okey. thats all for today! bye bye ! fi amanillah . 

hai . thanks sudi baca entry ni !