haha. result upu dah keluar. jadi korang dapat sambung degree kat ne?
alhamdulillah, aku dapat sambung degree dalam bidang yang aku nak sangatsangat. hehe, that is farmasi. even aku memang ada feeling aku dpt farmasi kat uitm. sebab aku tahu susah nak masuk UKM. huhu. tak per la, tak dapat UKM pun. sebab aku dapat jugak kos yang aku nak kan. haha. ALHAMDULILLAH.
bye bye bye
hai . thanks sudi baca entry ni !
hai.. dah masuk dua minggu jugak aku tak hupdate belog aku nih. bukan aku tak nak, tapi masa salu tak mengizinkan. haha. tapi, aku bukan kerja sibuk sangat pun. oke, now aku kerja as pembantu kedai runcit kawan mak aku. kawan mak aku ni beria ajak aku kerja dengan dia. since aku pun tak ada kerja aku pun tolonglah. sebab dia tak gaji pekerja lain selain anak dia yg tengah cuti sem.
so, start dua minggu lepas aku dah kerja lah. bosan jugak lah sebab kedai baru bukak kan, tak berapa ramai yang datang. but, so far so good. erm, walaupun aku kerja kedai runcit je, macam-macam dah aku tahu and rasa. entahlah. bak kata orang jauh perjalanan luas pemandangan. ehh, tak pasal-pasal.
aku kerja ikut masa kerja mak aku, dari 8 pg sampai 6 petang. sebab aku pergi dan balik dengan mak aku. balik kerja pulak, aku rehat-rehat. then, pukul 8 mlm sampai 9.30 mlm aku ajar tuisyen pulak. *ececeh, ajar adik aku je pun, dia nak UPSR taon ni*. penat jugak sebenarnya, sebab sekarang aku tidur awal je. dulu kul 12, atau 1 pg baru tidur. tapi sekarang pukul 9 pun aku dah mengantuk gila!
ACCIDENTni, I nak story sikit, semalam masa tu lepas asar, *kedai runcit yang aku jaga ni tepi jalan, so, kira main road lah jugak*. masa accident tu berlaku, aku memang tengah termenung ke arah jalan raya tu. memang terkejut gila aku masa tu habak hang. kejadian yang berlaku tuh, bukan macam dalam movie ada flashback, slowmotion ke, buffering ke.. tak de, jah! dush, bukk. jatuh.
memang aku trauma lah jugak. aku janji pada diri aku, yang aku tak kan naik motor. takut! accident tu berlaku antara dua motosikal. aku tak perasan sangat macam mana perlanggaran berlaku tapi aku nampak mak cik tu tergolek atas jalan. ketar kot tangan aku! lepas tu, ramai yang pergi ke tempat tu. nasib baik sebelah kedai runcit aku jaga ni ada workshop, and beberapa kedai lagi, agak ramai lah yg bantu mak cik tu. aku tak pergi pun, sebab aku takut.
nasib baik, tak ada kematian ke apa. cuma luka aje. mak cik tu pulak cuma pengsan kejap. lepas dia dah sedar ada sorang akak papah dia. fuh, lepas tu, terus aku masuk dalam kedai, ketakutan. rasa macam nak nangis ada jugak. apa yang pasti bukan salah mak cik tu lah, salah pak cik yang langgar dia tu. salah jalan ke macam mana ntah. ishh, simpang malaikat 44.
natijahnya, malam tu aku susah nak tidur. asyik terbayang je. parah parah!
tu je lah yang story nye. ni pun aku hupdate belog dah lambat sangat. dah dekat pukul 1 kot.
p/s : esok result upu keluar. takuttt!!! jumaat yang mulia, harapnya resultnye juga mulia. ahaks.
p/s 2 : aku tengok berita semalam. yg lelaki kena ragut, lepastu mati kat tempat kejadian di mana, ramai orang lalu lalang tapi tengok aje. aku tak paham! kenapa tengok aje? astaghfirullah al azim.
bye bye bye!
hai . thanks sudi baca entry ni !