. . . Count UP . . .

Daisypath Happy Birthday tickers

Followers

9 September 2012

MDS at UiTM Puncak Alam

1st day 
Aku sampai ke Uitm Palam ni. Pemandangan kat dalam ni, nampak cantik, kecuali tangga kejayaan dia tu. masa mula-mula masuk, terkejut jugak, sebab tak ada sesiapa pun. Masuk punya masuk, pusing punya pusing, sampai kat kawasan parking baru nampak banyak kereta. "ohh, rupanya orang dah sampai lama dah. haha."

Tapi, yang peliknya tak ramai pun. Aku expect jammed lah kat dalam ni, tapi, tak jammed langsung. Sebaliknya, lancar je. Tak de jammed, tak susah cari parking. Okey, lepas tu aku terus pergi kaunter pendaftaran kat Kolej Angsana. Masa dapat kertas A2.. aku pelik, bukan ke Angsana untuk student lelaki? Tapi, tak pe lah, mungkin daftar aje kat situ.

Aku dapat bilik A1205. Lepas tu, aku masuk bilek. Masuk bilek, aku jumpa roommate aku. orang Kelantan, Hanim namanya. Okey. Lepas tu aku keluar ikut family aku ke Tesco kat mane entah. Kul 3.30 baru sampai sini. Sampai jer, terus simpan barang, lepas tu dalam pukul 4 MDS pun start. Oh ya MDS tu short name untuk Minggu Destini Siswa @ Orientasi. 

Aku kenal pulak dengan Tirah dan Nabilah. Haha. Tirah tu nama sama dengan aku. terkejut jugak aku. sebab kan dia tak de name lain, panggil je la dia Tirah. Rasa pelik pulak panggil nama sendiri. Huhu.
Majlis habis kat kul 11.30mlm tapi, pukul 1 pun aku tak boleh tido lagi. kat dalam rumah aku ni baru ada 7 orang, tak sempat nak kenal lagi. huhu. so, aku close dengan dorang ni la... semua orang Kelantan. 

Fact :
1. Masa berkumpul kat RSU (ruang Solat utama) tadi cuma ada 100+ lelaki, dan perempuan ada 500+. Nampak perbezaan tak? 1:5 kot. Ish, ish, ish.
2. Air tak ada. Kul 12 baru ada air, jadi pukul 12 baru aku mandi. Memang tak selesa habis lah, tapi, nak buat macam mana kan. Terima je la. *busuk bukan isunya disini. haha*

2nd day
Hari ni agak seronok eventhough banyak ceramah / taklimat tapi, diselang-seli dengan game. So, quite fun and tak mengantuk la. Sebab kan tidur lewat, lepas tu kena bangun awal pulak. biasa lah orientasi kan.. kat sini aku kenal nak main game : break, joget si tomi, dll. Dan aku dah mula rasa fun. Dulu masa kat matrik, berapa hari baru boleh selesakan diri, kat sini, baru hari kedua, aku rasa dah selesa. cuma ada some part yang tak boleh selesa lagi. =)

Kami dipecahkan kepada fakulti. Kat PALAM ni cuma ada 3 fakulti. Fakulti Farmasi, Sains Kesihatan dan Pengurusan perniagaan. Aku ada jumpa kawan senegeri, Amirah nama dia. comel orangnya. Hehe. Aku baru tahu, ramai jugak yang amik farmasi, tapi tak seramai fakulti lain. Sebab dorang gabung kos, farmasi cuma ada satu kos je. Ada lam 180± student kot. *tak termasuk penerapan diploma* 
Lepas tu ada sukaneka pulak kat Padang Kawad. Grup aku dapat main bawak bola pingpong dalam sudu. memang Game yang sangat bosan lah kan? Habis, game yang bosan tu, kami naik bilik, siap-siap nak pi solat maghrib pulak. naik je, ingatkan nak basuh muka, amik air sembahyang, tapi..
Yes, air tak ada. Terpaksa amik kat toilet bawah. =(

3rd day
Hari yang sangat meletihkan dan me-ngantuk-kan. *eh ada ke?* sebab, kitorang kena daftar fakulti. Dan fakulti farmasi yang paling jauh, dah lah jauh, kena turun tangga banyak. Entah akak PM (pemimpin Mahasiswa) bawak ikut celah mana, aku dah lupa dah. Haha. Lepas daftar tu kena panjat tangga 200++ tu. bayangkan letih nya tu. +_+
yg bulat tuh, Fakulti Farmasi. memang hujung ar, tapi, paling besar.

tangga kejayaan
Yang bestnya, abang PM tu siap tawar air lagi. sebab nampak muka kitorang yang sangat penat. Yang specialnya, budak-budak farmasi, terus daftar kelas dan dapat jadual kelas. Kos lain kena online laman web UiTM kemudian daftar sendiri and also print out jadual sendiri.. special kan? *__*

Okey, lepas tu kena solat. Lepas solat ada program Halaqah pulak. halaqah ni tujuannya nak uji student pasal solat. Banyak jugak yang aku salah. Entah apa-apa je aku jawab. Ustaz yang jadi faci kitorang tu, memang dah selalu jumpa sebab dia lah yang selalu bagi ceramah subuh and maghrib. At first aku taknak ustaz tu *Nabilah pun taknak. Haha.*, tapi, masin mulut, dapat. Tapi, ustaz tu best. Setakat ni aku tak pernah tido kuliah dia.*tersengguk pernah la. Hee.*Dia cakap dia kawan Ustaz Don aku pun tak tahu lah betul ke tak. Haha.
Hari ni boleh balik awal, sebab PM-PM bagi balik awal. Mungkin faham yang kami penat. ^_^

4th day
Hari ni sangat tak best. Tapi, aku cerita yang best dulu. That is, lawat fakulti. Kami student Farmasi dibawa ke fakulti. And of course, melalui tangga kejayaan tu. akak tu terang lah yang ni DK, ni Bilik tutor, ni.. bla.. bla.. bla. DK FF (Fakulti Farmasi) sangat cantik. Aku suka.

Yang tak bestnya, kena marah. Sebabnya banyak, salah satunya kurang ajar, tak ikut arahan, dll. Aku ada dengar yang akak PM terasa dengan satu post kat twitter. *ada jugak kes macam ni kat sini*. Aku tak tahu citer panjang, so, aku tak nak cerita. But then, aku admit, memang salah kitorang. Ada ramai yang nanges-nanges, lepas tu pergi mintak maaf dengan Kak PM. =’( ada abang EC (executive caretaker) sampai mengamuk. Aku takut gila kat abang tu. tapi, tak tau lah kalo akak-akak dengan abang-abang PM tu saje nak buat gimik. HAHA.

5th day
Ada banyak sangat taklimat. Sebabkan semalam tidur sangat lewat, kul 2 lebih, jadi, taklimat memang menjadi penaja kepada Encik Sleepy. Haha. Walopun penceramah tu kelakar, tapi, tetap mengantuk. “_”
Petang tu ada aerobic. Best. Yang kelakarnya, budak asasi yang tinggal kat dalam bilik kat atas siap ikut sekali. Mentang-mentanglah bilik menghadap padang Kawad. Entah macam mana dorang nampak pun aku tak tahu. Yang pasal PM-PM merajuk tu, dorang suruh lupakan. But still kitorang kena handle diri sendiri. Dorang dah tak nak jaga kitorang. =( tapi, ada je, beberapa akak PM, cuma tak ramai macam biasa.

6th day. 
Hari terakhir. Ada majlis perasmian MDS kat DATC. Ape entah nama dia aku lupe. Huhu. Semua UiTM seluruh Malaysia akan dapat telecast daripada sana sebab nak dengar kata-kata Naib Canselor. Kelakar kot, sebab masa beliau sebut nama-nama negeri yang ada UiTM tu, beliau terlupa kat PALAM. Kitorang rasa sedih kot. “alah, Puncak Alam tak sebut.” Ada laa suara-suara berbunyi belakang aku. Lepas tu ada orang kat sana ingatkan beliau, beliau pun kata “ohh, tak lupa Puncak Alam.” Kitorang terus bersorak dan tepuk tangan. excited punya pasal. Haha.

ni pakaian yang kena pakai masa majlis perasmian tu. WAJIB. tak kisah putih ada apa-apa corak, but actually yang betul-betul perfect adalah baju sekolah punye. jadi, yang dah buang tu, sila menyesal sekarang. haha. aku semangat beli kain putih, dan pi tempah tau. sebabnya baju sekolah aku dah buang. ramai je yang pakai baju kurung sekolah. jadi, no worry, anda tidak keseorangan. 
ikut bilik. kanan bilik C, yg kiri bilik B
matching kan kami? tapi, tudung tu tak menjadi, sebab tulah aku pakai anak tdg syria.
Puncak Alam merupakan Kampus Satelit bagi UiTM sebab nanti Puncak Alam akan jadi Kampus Induk, *masih dalam proses pembinaan, yang entah bila siap.* kitorang dah tengok model Puncak Alam akan datang. Memang besar gila ah. Serious, sape yang masuk sini 10-20 tahun nanti InsyaALLAH merasa duduk dalam Universiti yang besar.
model Uitm Palam akan datang... besar kan?
keseluruhan bangunan secara 3D. tapi tak sure yang fasa berapa.
Besides, fasiliti kat sini, baru sangat, dan canggih. Sampai nak kena diajar, macam mana nak guna. Hah. U yang ternama kat Malaysia pun takde peralatan yang canggih tau. Kat sini je. Sila jeles. =_= Hakhak.

Malam tu ada malam kebudayaan. Persembahan ikut fakulti dan abang-abang dan kakak-kakak PM pun buat persembahan. Memang kelakar giler ah. Serius enjoy giler malam tuh. Lepas tu, kitorang (siswi) bersalaman dengan akak-akak PM. Mintak maaf semua. Terima kasih akak-akak dan abang-abang PM! We love you. <3 dorang semua nya baik dan sporting. Sangat enjoy la.

P/S: UiTM bukan sebarang u tau. Mulanya memang aku fikir, UiTM ni low. Tapi, sekarang, siapa yang kutuk UiTM aku akan bidas balik. UiTM di Hatiku tau. Hakhak. Siapa yang masuk UiTM tahu lah apa yang aku rasa ni. Don’t judge a book by its cover tau.
P/S: Disebabkan dah tak ada blok untuk mahasiswi. Kami ditempatkan di kawasan lelaki. Bayangkan, depan belakang, hostel lelaki. Pemandangan yang tak cantik. =)
P/S : oh ya, makanan kat sini diberi free sepanjang MDS., untung tak untunglah kan. jadi, moh sama-sama kita masuk UiTM. haha. nak cari kat U mana yang macam ni? hehe.

peta Kolej Angsana. nak tunjuk jer. HAHA.



hai . thanks sudi baca entry ni !

18 comments:

  1. wah ! bestnya :)

    NEWEST UPDATE (!) Bestnya Guna Facebook !! Tapi.... ♥ Jom Baca/Komen Sat :)

    http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/04/bestnya-guna-facebook-tapi.html

    ReplyDelete
  2. hahaha.. kita sme2 student palam.. all the best.. student pharmacy eh?? aku student fsk, environmental health n safety..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah. farmasi.. hehe. all the best jugk. how come x penh nmpk erk? huhu

      Delete
  3. kak, tumpang tanya, kain hitam memang semua orang tempah eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kain hitam tu , akak memg dah ade . but , most of them , beli yg baru .

      Delete
  4. Nak tumpang tnya..jadual kelas 2 kte kne ssn sndiri or mmg da fix? if tutor kne plih wktu sndiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah fix sebenarnya. dah ade kat student portal. tapi kene susun sendiri lah. sebab die berterabur. (x tau awk paham atau tak ni, x tau nak cakap macam mane). pilih masa untuk tutor tu rasenye tak. sebab fakulti dah tetapkan mase bila nak buat tutor. cumanye, kene pilih kelas sendiri.

      Delete
    2. selalu ke kak tak ada air kat palam?
      basuh baju ade washing machine x?

      Delete
    3. Xde lah. Jrg sgt xde air. Boleh kira sbelah jari. Hehe. Washing machine ade disediakan. Ade 3 or 4 satu blok. Rm2 per use.

      Delete
    4. Xde lah. Jrg sgt xde air. Boleh kira sbelah jari. Hehe. Washing machine ade disediakan. Ade 3 or 4 satu blok. Rm2 per use.

      Delete
  5. akak nanti time mds student diploma bergabung dengan student asasi?

    ReplyDelete
  6. Masa mds program bersenam hari hari ke? Budak laki memang semua tshirt putih kosong ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. X lah hari2. Kalo time ade riadah ade la. Sory.. x ingt plk pasal baju. Rase mcm x..

      Delete
  7. Akk. Sy in shaa allah student asasi nnt bln 6 dftr. bj kurung tu kalau ada bAtu manik sikit but exact the same putih tak boleh ke? Sbb ad senior kata tak bole.haha. Konpius.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Die sbnrnye mcm ni tau. korang akan di divide nanti.
      Kalao awk pakai lengkap. Ikut law yg ditetapkan. Awk akan masuk dewan besar yg ade vip.
      Tapi.. kalo awk pakai baju putih cth ade manik2 ke.. kain ade corak ke.. tudung uitm.. dipakai mcm akak pakai tu.. korang akan dimasukkan dlm kategori yg akan masuk dewan kecik. Yg ade students only.
      Faham x? So.. the choice is on u.. =)

      Delete
  8. hai kak.. bagi plajar prmpuan non muslim.. pkaian mcm mna yg dibenarkan utk pegi kuliah?

    ReplyDelete
  9. lgi stu.. sya ni sbnarnya nak mendaftar sma2 ngan kawan sya spya dpat blik yg sma. tp kat surat tawaran kwn sya tu, tarikh mndaftar 1 jun. sya pula 2 jun. klau sya nak daftar 1 jun bleh tak?

    ReplyDelete