. . . Count UP . . .

Daisypath Happy Birthday tickers

Followers

17 December 2012

dipermainkan ATAU permainkan ?

hai. selamat hari isnin semua... isnin adalah hari paling malas bagi orang-orang yang minggu dia bermula dengan isnin.. sebabnya? terpaksa ke kelas, ke tempat kerja.. setelah cuti selama 2 hari. tak puaslah rehat. kan kan kan? 

okeylah, now lets us move to main point entry hari ni. aku tulis entry ni TAK ADA KENA MENGENA DENGAN SESIAPA PUN. it is truly truly truly daripada pembacaan dekat blog-blog and my friend punye experience. kawan je, diri sendiri tak pernah merasa dipermainkan atau pun permainkan. and of course, i dont wish to be the one. HEHE.  
masa couple you are my everything, bila dah break you are nothing - from twitter
jadi apa pilihan korang dipermainkan atau permainkan? 

1. dipermainkan 
memang sedih kalau kita dipermainkan oleh orang yang kita betul-betul suka dan sayang. kan? kita dah percaya die, jatuh suka pada dia, tapi in the end, die curang. kita sedih -> benci dia. tapi, ada je perempuan yang bila dah benci lelaki tu, still balik pada lelaki tu? inilah yang aku tak faham. semalam bukan main benci. tak nak sebut nama pun. tapi, hari ni, dah balik cakap pasal lelaki tu. contact balik lelaki tu. 
mungkin ini sebab dia?
what the??? oke, mungkin aku tak faham apa yang dia rasa. tapi, aku tak faham kenapa die berikan peluang untuk diri dia dipermainkan lagi? ada sorang lelaki pernah cakap pada aku yang : kebanyakan lelaki tak boleh dipercayai. jadi, kita sebagai perempuan jangan lah percaya lelaki sangat. kalau aku lah, aku malu dengan kawan aku yang tahu, aku telah dipermainkan, but then aku terhegeh-hegeh pergi kat lelaki tu semula. 0_0 

ada jugak kawan aku yang lebih percaya boyfie (istilah zaman sekarang kan..) dia daripada kawan sendiri. ya, memanglah sesetengah kawan tak boleh dipercayai, tapi, takkanlah tak pandai nak beza kan. aku ade bagitahu kawan aku, yang aku nampak boyfie dia dengan perempuan lain, boleh dia cakap aku salah tengok? aku tau lah aku ni rabun sikit, tapi, takkanlah die lalu depan aku, aku salah tengok? 

aish.. inilah salah satu sebab kenapa perempuan ni senang dipermainkan. MUDAH SANGAT PERCAYA. aku tak nak lah emo sangat cakap pasal ni, sebab aku takde experience mencintai dan dicintai *ayat takleh blah* tapi, ikut common sense lah.
 
kau tak faham apa aku rasa, sebab kau tak pernah alami.
kalo ayat ni diberi pada aku, aku cuma cakap, tak pernah alami tak semestinya tak tahu. yang pernah alami pun, tak mungkin takkan ulang benda yang sama. jadi apa beza dia? 

2. permainkan.
aktiviti ni memang aku tak setuju. bodoh lah sape yang setuju tu kan? dah ramai kawan aku yang playgirl and playboy *ceit, takdelah ramai sangat. poyo jer* yang playgirl tu aku tak berapa setuju la, sebab dia bukannya boleh kahwin ramai pun, nak buat apa cari banyak-banyak. sorang cukuplah. betul tak? agaknya dia nak buat koleksi macam baju dia kot. penuh satu almari. dah bosan buang, cari yang baru. wah, bahagianya hidup!
yang playboy pulak, aku tak setuju jugak. tahu tak, hati perempuan ni rapuh? janganlah mainkan hati anak dara orang. tak elok! nanti dapat balasan yang sama. mungkin girlfren tak buat camtu, tapi mungkin isteri? hah, bila sampai masa tu, nak buat apa? 

nasihat aku *macam doktor cinta pulak. gedik ah* jangan percaya pada hubungan "couple" sebab masa bercinta semua menipu. tak ada yang betul. bila dah kahwin, barulah nampak perangai sebenar. masa tu hilang dah romantik. kalo dulu masa couple : pergi taman bunga la, bagi coklat la, call setiap malam la, lepas kahwin : you buatkan air!, eh birthday you ke hari ni? HEHE. aku melawak aje. jangan ambik serious tau.  
masa aku pergi ceramah remaja dan seksualiti, penceramah tu bagi tips nak cari suami dengan cara yang betul iaitu guna orang ketiga. kadang-kadang perantaraan adalah cara yang terbaik. melalui perantaraan kita dapat kenal dia. dia takkan berlakon dengan orang ketiga, tapi, dengan kita dia akan berlakon. berlakon alim dan gentleman. HEHE.
That awkward moment when you’re staring at nothing in particular, and then realize you’re staring right at someone. - from twitter.*pernah jadi tak? me, pernah*
jadi, jangan amik hati dengan apa yang aku taip dekat atas tu, tu cuma luahan hati aku *ececeh* yang tak faham dengan trend zaman sekarang. kalo zaman dulu, nak ngorat anak dara orang, ngorat keluarga dulu, lepas tu masuk meminang. kan sweet tu? ahaks. 
sweet kan? =)
jadi mana satu pilihan korang? permainkan atau dipermainkan? yang mana lebih sakit? yang mana lebih baik?   ade ke istilah lebih baik? entah. 

key lah, bubye!

hai . thanks sudi baca entry ni !

12 December 2012

PERKOM 2012

JGN SALAH BACA. ITS : FARMASI NO 1 =)
kan entry sebelum ni aku ade cakap yang aku akan cerita pasal perkom ni, kalo aku menang. jadi, entry kali ni, bertajuk perkom 2012 maknanya? HAHA. alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kami kompeni PH berjaya mendapat tempat yang pertama dalam pertandingan kawad kaki beruniform. *macam bagi kata aluan nak pidato pulak. HAKHAK.* oh ya. pertandingan ni hanya ada 5 platun yang terlibat. 3 dari Puncak Alam, dan 2 dari Puncak Perdana.
pada masa perasmian. yang merah menyala aka merah mak ngah tu, Kompeni PH. menyerlah kan? HAHA. kami jer yang berbeza. 
our baju. FREE GAZA tu yang penting.
sampai komander panggil kitorang kompeni GAza.  like it. <3
berkat usaha komander yang tekun melatih, dan kami jugak yang hampir setiap hari turun berlatih, akhirnya, usaha yang kami buat selama ni, membuahkan kejayaan. komander yang lead kami setiap hari tu, selalu cakap yang Allah akan bagi kita kejayaan sesuai dengan usaha kita. jadi, kalo kita usaha untuk Juara, Juara lah kita dapat. 
the komanders. =)
bayangkan kitorang berlatih selama 10 malam (kot), dari pukul 8 sampai pukul 10. mula-mula kawad entah apa-apa, dengan tak sama nya, ditambah dengan tak sharp. akhirnya, kami dah pandai berkawad. seriously, aku tak pernah expect aku akan suka pada kawad. but now, aku dah minat dengan kawad ni. tapi, minat je la. dah tak nak buat dah. penat kot. campur dengan panas lagi. muka aku dah berbelang balik. =(
masa majlis pembukaan tuh, tangan aku sangat kebas. tapi kami tak boleh bergerak walau sedikit. boleh gerakkan ibu jari kaki jer. lepas majlis pembukaan tuh, kami kene turun bawah balik. pertandingan dah nak start dah, dan kami yang ke-4. lega jugak la, tapi, tahan debar tu.. hanya TUHAN yang tahu. memang aku sangat neves. tapi, Alhamdulillah aku tak lupa step dan kami jugak dapat buat dengan harmoninya. cewah... cuma.... 
KAMI. excited sebab dapat glove. 
kalo nak tau cerita lah kan.. sebenarnya, pada hari kejadian, ada sesuatu yang berlaku. yang buat aku rasa sangat malu. sangat-sangat malu. aku tau benda dah nak jadi, and aku pun rase aku tak patut ingat, tapi, aku tak kan boleh lupa. iaitu...
lunch time. 

Rx team... boleh!
KASUT AKU TERCABUT. dah tu pulak, boleh aku selamba, keluar baris, pakai dan masuk balik. HAHA. aku rasa nak tergelak dalam malu tau tak *tergelak dalam malu? err...*  ade ke orang keluar baris macam tu? lantak! sebab secara spontan aku keluar dan masuk macam tak de pape. nasib baik belum start lagi. tapi, serious aku rasa nak nangis je, masa tengah berkawad tu. aku rasa bersalah dengan kawan-kawan aku tuh. oh ya, kasut aku tercabut, sebab dipijak orang belakang aku. aku tak salahkan die, tak terdetik pon, perasaan salahkan die, sebab aku tau tu salah aku jugak. sape suruh tak ikat kasut betul-betul.
haus, lepas turun dari padang kawad, semua cari air. HAUS gila.
tapi, aku memang rasa sangat tersentuh dengan dorang. lepas je habis kawad, some of them, datang kat aku. cakap tak ape.. dan macam-macam lagi. dorang pujuk aku. dan aku jugak sangat tersentuh dengan hausmate aku Dee and Kela, yang ade di sebelah aku masa tu. dorang tak cakap apa-apa sebab dorang tau aku tak suka dipujuk kalo tengah sedih, sebab aku akan jadi bertambah sedih. aku takkan lupa. malu kot kat budak lelaki, dengan mata merah menyala. ish3.
my class mates : Aidil, aku, Sheera, Azura, dan Kamal.
bukti kemenangan. huhu.
kami memang tak expect tuk menang, sebab kami dengar orang cerita yang kompeni O (nursing) punya kawad cantik. dah lah turn kami ni lepas nursing. tapi, masa nak naik ke padang kawad tuh, dengar komander farmasi cakap, yang kami ade peluang nak menang. kami cuba buat yang terbaik jugak.
 masa keputusan diumumkan.. pengerusi majlis bagitau tempat ketiga: kompeni L (fakulti Pengurusan Perniagaan), dan kedua : kompeni O. kami berbisik-bisik dalam baris. dah tak de peluang nak menang. sebab dorang kata Kompeni O buat cantik kan ditambah lagi, kami memang diberitahu, selama ni, memang platun dari Puncak Perdana yang menang, jadi bila dua Tempat Puncak Alam pegang, mesti yang pertama tu Puncak Perdana... tapi... bile pengerusi cakap Kompeni PH. 
berlatih buat kali terakhir. sangat takut, sampai salah buat.
nasib baik latihan jer.
nak tau reaksi kitorang?
- aku excited, tapi kena cover. jadi, aku cakap  huh? biar betul.. jer.
- ade yang buat posisi sedia, tanpa dengar arahan komander.
- ade yang nangis teresak-esak dalam baris. ade beberapa. aku nak nangis jugak, tapi, aku tahan jer.. =D
- ade yang hampir terduduk.
apa-apa pun memang kami rasa sangat bersyukur. ternyata usaha kami selama ni, berbaloi. IC platun kitorang jugak menang anugerah IC platun terbaik. juara keseluruhan mestylah dipegang oleh kompeni PH. huhu. 
penyokong kompeni PH. thanks guys. rasa nye, penyokong farmasi je turun. HAHA.

the boys. ni jer wakil student lelaki farmasi. huhu.

kiri kanan kiri... =)

lepas je habis majlis penutup, kami turun ke bawah semula. memang sangat happy. ade jugak yang datang kat aku, cakap, kan dah cakap jangan risau. HAHA. aku cuma mampu tersenyum jer. lepas tu ade komander datang dan ucap tahniah. semua komander, dah tau sape yang menang, dan dah sediakan hadiah pon. kami dapat hadiah coklat cadbury yang besar tu. dapat dua pulak tu. tapi kongsi ramai-ramai la. tapi, aku makan satu bar jer. komander bagi yang raisin, aku tak makan raisin. hee. demand lah pulak.
dengan komander Faiz. selepas kemenangan. siap dengan medal tuh.
taim ni, cuaca mendung, tu yang gambar macam tu.
lepas tu ade penggambaran. then balik. masing-masing memang muka puas lah. penat kami selama dua minggu ni, hilang macam tu je, bila diumumkan sebagai juara. hehe. syukur sangat. tapi, lepas tu, ade dengar cerita ada yang tak puas hati dengan kami. kami menang sebab kami ada glove. mengarut. komander cakap markah pakaian kami adalah antara terendah. aku pun memang tergelak dengar ayat tuh. ada ke patut sebab glove? HAHA.
gambar keluarga. =)
moral yang aku belajar daripada kawad nih : bekerjasama, cara nak jadi kuat, berusaha bersungguh-sungguh kalo kita nakkan sesuatu, dan jugak belajar untuk terima marah atau kutukan sebagai satu semangat untuk membangun. hehe. itu aje lah entry kali. final dah dekat. and next week aku balik rumah. ambik restu nak final. HAHA. inshaa Allah aku cuba buat yg terbaek, eventhough aku tak start lagi belajar untuk final. takut tapi... as usual la kan. =) bye!

hai . thanks sudi baca entry ni !