Hai, anyeong, zaoshang hao, wanshang hao, ohaiyo gozaimasu etc etc.
*entri ni ditaip minggu lepas (khamis), tapi minggu ni baru nak update. well I AM BUSY. no offense ;)*
Okeh, so malam ni aku kuatkan tangan dan otak untuk menaip
dan mengerah otak untuk entry ni. Eventhough aku rasa sangat malas nak
menaip, dan sangat malas nak berfikir apa-apa sebab otak dah tepu dengan
nama-nama antibiotic yang aku perlu hafal untuk test sepanjang dua hari berturutturut.
But anyway, secara rasminya, cuti mid sem dah start. Last class habis kul 5 ptg
tadi (last thursday).
Happy study rest week people! Anyway, Ive got an assignment
to do. So tak lah rasa cuti sangat kan.. haha.
Sebenarnya aku nak cerita pengalaman aku pergi Teratak
Riverview. Buat apa aku pergi sana? Well, fyi, aku pergi sana join Jabatan
Pertahanan Awam (JPAM) Puncak Alam untuk camping dorang namakan program tu Detik Debar. first time dibuat pun. And the fact is, sepanjang 20 tahun aku hidup ni, ni kali pertama aku camping. Haha. Yup. I am dead serious
here. tak tahu lah apa aku buat masa sekolah dulu sampaikan program khemah
sekali pun aku tak ikut.
Anyway, pergi camping ni sangat best. Ive got
new friends (students UniKL MIAT pun join, beside Palam's students), new experience, and becomes lebih berani.. lebih-lebih lagi kepada
Cik HanHan *if you know what I mean*. Serius, cerita hantu pun aku tak berani
tengok, unless ada orang temankan and aku duduk kat rumah masa tu (rumah kat Terengganu, bukan Palam). tempat
selain rumahku syurgaku, jangan harap. Sahkan tengok, dengar pun taknak. now, sama je. Cuma berani sikit lah. Sikit.... Erm! whatever..
Jadi, macam mana aku boleh join program ni? My classmate
lahh duk cakap-cakap pasal ni. Aku pun lepas fikir-fikir, join je lah. Bayar RM
75 je punn.. okeh bila dah bayar, tak boleh berundur dah. So join je lahh. Makin
dekat nak pergi makin takut, sebab ada night walk. Aku sangat takut berjalan
malam-malam. Tapi anehnya aku suka duduk dalam gelap. Dah lah tengah ehem ehem. Memang tak selesa habislah…
the baju, tudung, stokin, lampu suluh, barangbarang kebersihan diri etc. -> into a plastic beg before masuk dalam beg |
Pergi ke Kolej Angsana (naik bas kat sana).. pukul 7.15 pg
macam tulah.. kul 8.30pg bas bertolak dari UiTM Puncak Alam ke Tanjung
Malim/ Ulu Bernam *not sure which one, but I think both*. Sampai tu dalam pukul
10pg. turun je bas, urusetia cakap kena naik lori. Terkejut kot gua tengok lori
tuh. But best... Mana kau nak cari naik lori macam tu kan.. sebab tempat tu jauh
ke dalam.
the LORRY 0_0 |
the VIEW |
Sampai-sampai je aku memang dah terpesona dengan sungai yang sangat menggoda.
Haha. Macam tak sabar je nak mandi sungai tu, walaupun takut juga kalau kena
Leptospirosis. Lepas bagi kata alu-aluan macam tu, kitorang pun bergerak ke kawasan
perkhemahan tu and cop khemah masing-masing. First timer set up khemah.. nasib
baik tak patah. Well, tu pun sebab D, Pika and Nisa (campmates), semua pernah pergi
camping.
kitorang punya warna kuning. the one and only, yang lain semua warna biru. |
CAMPMATES belakang dari kanan : D, Nisa and Pika |
Dalam pukul 11 ada ice breaking. Fyi, aku memang tak suka
bab kenalkan diri ni. Aku tak suka diperhatikan.. yelah masa kita tengah
perkenalkan diri mesti semua tengok kita kan? Hah, part tu lah aku tak suka.
But yeah.. buat je lah. Nasib baik dorang semua sporting. Dorang memang
happening actually. Untuk ice breaking kitorang dibahagikan into 6 groups. 5
person per group. Kitorang punya grup nama TOKMO. Tak ke menganjing tu. haha.
Tu idea si leader la tu.
ice breaking |
Lepas ice breaking, main games radio rosak (gambar atas). Memang rosak lah
kan, sebab maklumat memang tak sampai langsung.
Lepas lunch, solat zohor, ada
rentas halangan pulak. Ada beberapa games yang kitorang main
1. Main bola sambil tutup mata. me? Tak kena bola
pun. pui betul! Nampak betulla kaki bangku. then main tali skipping yang talinya berat macam apa.
sepak bola sambil tutup mata ATAS : tengah fikir strategi. BAWAH : kacau grup lain main =) |
tali skipping. TALI tu berat gilaa |
2. Bawak bola pingpong dalam sudu, sambil terikat
dengan grup members yang lain. Nasib baik tak jatuh bola tu you alls. Walopun
aku rasa macam nak tergelak je masa tu.
ATAS ; bawak bola ping pong.
BAWAH : bawak air sambil meniti atas kayu
3. Lalu atas kayu, sambil bawak air, pass pada
kawan yang lain, then lempar masuk dalam bakul. Our leader sangat tepat. Hampir
semua masuk. Daebak.
4. Ni lah part yang paling ditunggu-tunggu *tangan
atas bahu, mata pandang atas* MAIN LUMPUR. Aku memang dah agak ada benda alah
lumpur ni. Anyway, layan je lah. Siap tertelan air lumpur tu. reda je lahhh.
Hadiah mandi lumpur is… yes,, masa yang ditunggu-tunggu that
is mandi sungai. Dah berlumpur-lumpur tu kan, masuk dalam sungai, sangat lah
menyeronokkan. HOWEVER, it’s the cuaca yang tak menyebelahi kitorang. Tengah
seronok berendam, hujann pulakk. Lebat pulak tu. tak boleh mandi sungai dah
sebab arus deras. Naik je, mandi hujan la pulak kann. Bila dah hujan, lebat
pulak.. here comes new problem.. khemah bocor! Bersungguh la kitorang angkat
khemah pergi ke tempat yg ada atap.
Lepas dah mandi-mandi dan siap kemaskan barang yang hampir
basah. Oh ya, aku memang dah bersedia dengan kemungkinan hujan, awal-awal lagi
aku dah masukkan baju dalam beg plastic sebelum masukkan dalam beg. Jadi, baju
aku selamat. None yang basah. Malamnya ada BBQ. My favourite part. MAKAN!!
Burung hantu |
Lepas burung hantu, ada Night Walk. Sambil-sambil jalan
dorang pasang mercun. I don’t know why. But seriously, sakit jantung.
Sekejap-sekejap bunyi. Haish. Pulak tu, jalan gelap. kiri kanan memang tak
pandang dah. Tengok depan je. Balik night walk kul 2 pagi.. terus basuh muka
then tido. Let me tell you, sejuk gila sepanjang tido. Aku pakai sampai dua
helai baju pun tak hilang sejuk tu. belum sentuh air lagi. nak gosok gigi pagi
tu pun takut.
Then,after breakfast kitorang buat senam robik sikit,*Lupa nak bagitahu, makanan memang di sediakan kat sini. Dah masuk sekali dengan bayaran*
then ada aktiviti Flying Fox . Flying fox pun
first time buat. Best. Tapi cukup lah sekali naik ^^. Satu je aktivti aku tak
buat, Abseilling. Sebab dia kena turun bangunan. Aku takut. So, tak pe la…
buatnya aku jatuh bedebuk. Dah la berat kan. ;P
fakta menarik : sungai yang ada dalam gambar kat atas punya atas tu.. ada sungai bernam. sungai yang memisahkan negeri Perak dan Negeri Selangor. so, officially, siapa yang naik flying fox tu dah berjaya merentas dua negeri. how nice! haha.
menunggu untuk Abseiling |
Lepas mandi, solat zuhur semua, kitorang berkumpul kat dewan
makan. Ada majlis penutupan. Kitorang dapat nombor tiga. Cool!
all peserta Detik Debar |
geng-geng Farmasi. \kecuali dua orang lelaki dari kanan kat belakang tuh |
Apa-apa pun kalau korang berkesempatan pergilah ke Teratak
Riverview nih. Yang anehnya kan.. pak cik tu , dia punya cara tak bagi orang mandi
lama-lama kat sungai is dengan letupkan mercun. Takutt betul kitorang. Tapi, pak
cik tu tak buat kat kitorang laa. Kitorang boleh main banyak mana pun.
Okay, itu jelah journey aku. my first camping experience.
Cool huh? Hee. Anyway kalau diorang buat program lagi (Detik Debar 2.0). aku akan join. Kalau aku
ada masa laaa. Hehe
Selfie banyakbanyak ;D |
Rasulullah bersabda bermaksud: "Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya,dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya." Hadis riwayat al-hakim