. . . Count UP . . .

Daisypath Happy Birthday tickers

Followers

10 August 2012

~ HitaM ManiS ~

hai olls yang berkulit hitam manis. heheh. kita geng. cewah, nak menyedapkan hati tambah lah manis kat belakang kan? hei, ada apa orang cakap yang kulit gelap ni manis dipandang. ada lagu, 
"hitam manis, hai hitam manis, makin dipandang bertambah manis." hakhak.
 first, memang aku admit dulu aku agak lost confident lah jugak kan, sebab kulit aku gelap. kalau dah kulit gelap, orang duk kata tak macammacam, macam mana nak ada confident. aku pernah baca satu artikel, yang kalaupun orang kutuk kita macammacam, and we say that " alah, apa je lah korang nak kata, aku tak kesah " or maybe, "tak berbekas lah apa yang korang kutuk aku tu."

akibatnya, segala kutukan tulah membentuk kita di masa depan. aku dulu pun macam tu jugak. bukan sekali kena kutuk, banyak kali, and then, I become someone yang tak suka jadi perhatian orang. aku tak ada confident nak present kat depan semua orang.aku tak berani nak jadi open terutama dengan lelaki.

sebabnya aku fikir apa yang orang pernah kutuk aku dulu.tapi, sekarang aku cuba untuk jadi yang lebih baik. cuba jadi lebih open, and try to be confident when aku buat presentation. *tapi, setakat ni stiap kali kena pergi depan mesti muka aku pucat, tangan menggigil, kaki ketarketar. dahsyat sungguh.*

back to topik 'hitam manis' ni. aku ada google dan aku jumpa satu artikel kat Iluvislam tajuk dia 'dilema Gadis berkulit Hitam Manis'. girl ni luahkan lah kenapa lelaki kalau nak usha awek mesti yang putih melepak, dan kenapa mesti yang putih aje yang cantik. dia tanya kenapa lelaki anggap wanita kulit putih sahaja yang dikategorikan sebagai calon gurlfren atau isteri?

in fact memang kebanyakan lelaki macam tu, but, aku percaya yang cantik tu adalah subjektif. it depends on someone kan. memang lah asal nampak perempuan tu putih, mesti cantik. tipikalnya macam tu la. but, lain orang lain pendapatnye. *sedapkan aty aku kot*
Allah dah tetapkan jodoh kita sejak di Luh Mahfuz lagi so mesti ada seseorang yang bakal menjadi pemimpin & pembimbing adik nanti, insyaAllah..
ada lah komenkomen kat bawah yang aku rasa agak menarik and true la. setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. bersyukur dengan apa yang kita ada. =)

1.berusaha upgrade diri tak kisahlah luaran ke dalaman..semua2lah kena upgrade utk tujuan kebaikan. *betul3*
2.saya pernah jer jatuh hati dengan perempuan yang berkulit hitam manis. Cair dengan perwatakan yang dicerminkan, cakap lemah lembut, senyum manis, friendly. Orang macam tu memang saya tak usha, tapi saya akan USAHA, tackle sampai dapat. *kekeke, sweet.*
3.Allah jadikan berkulit gelap sesuai dengan bentuk muka kita, bentuk mata kita, bentuk bibir kita..
begitu juga sebaliknya.. memang Allah dah ciptakan sesuai dengan diri kita, dengan persekitaran kita, dan dengan pasangan yang Allah telah tetapkan untuk kita. *yup, terima dengan senang hati*
4.Kerana kurangnya mata lelaki yang memandang, kurangnya lelaki yang datang mengusya, kurangnya lelaki yang membawa kamu ke arah maksiat, kurangnya lelaki yang memimpin tanganmu ke jurang neraka, kurangnya lelaki yang akan mengorbankan maruahmu. *yes, aku setuju*
5.Janganlah kita pandang rendah apa yang Allah dah berikan kepada diri kerana apa yang diciptakan Allah punya hikmah mengapa dijadikan begitu dan begini. Siapalah kita untuk mempersoalkan. *wallahu a'lam*

tu je lah kot. daripada apa yang aku baca yang panjang berjela tu aku rasa, agak okey lah. kadangkadang kita akan jadi stereotaip kerana apa yang orang fikir tentang kita. aku bukan kata kat orang, aku cakap ni jugak based on pengalaman diri. apa-apa pun aku selalu jadi optimis. biarlah apa yang org nak kata janji aku tak buat apa-apa yang menyusahkan orang. im just being myself.

tapi, zaman sekarang bukan lelaki je yang demand, perempuan pun. nak muka macam artis ni la, putih macam ni la, tinggi macam tu la, dsb. jodoh kalau datang, kita terima jugak, macam mana pun rupa dia. janji boleh bimbing kita ke jalan yang benar. ke syurga ALLAH. amin.

okeylah, itu aje post kali ni. aku dah berhenti kerja, so, I will keep on posting before masuk UITM nanti. hehe. bye3. Salam Ramadhan.



hai . thanks sudi baca entry ni !

3 comments:

  1. Nice entry dear ;) yep..wanita yg berkulit hitam manis sedap dipandang.. ;)

    ReplyDelete
  2. tyrah u ada download subtitle dr blog saya.. u kena sama kan tajuk subtitke dengan episodenya..

    contoh: dr jin ep 4
    subt: dr jin ep 4.srt

    ReplyDelete