. . . Count UP . . .

Daisypath Happy Birthday tickers

Followers

15 March 2014

Entry ke 100


Hai. Anyeong! Dah lama betul tak hupdate belog nih. Its not like aku tak nak update, tapi aku takde cerita nak cerita. Yeah, my life is kind of plain. Keep repeating the same thing everyday. Haha.

First thing first, keep praying for MH370. Banyak artikel aku baca whether in Malaysia or outside from Malaysia yang bagi komen pasal kes ni. Apa-apa pun, harapnya nanti kita dapat dengar berita yang pesawat tu ditemui  =) insyaAllah.

Dah dua minggu start sem 4 ni. Lahai, penatnya tak usah kira lah. Bukan pasal kelas, tapi pasal cuaca dan pasal catuan air. Kat Puncak Alam nih, kat kawasan perumahan kena catu air. Dua hari ada, dua hari tak ada. So, kena prepare lah. Time takde air tu, kenalah guna air yang dah ditadah. Nak basuh baju kena tunggu air ada *bukannya aku basuh selalu pun, hujung minggu je* bila dah ada, kotor pulak airnya.

JEREBU. otw to the class

Cerita pasal cuaca pulak. Rasa macam duduk kat New Zealand je, bukan pasal sejuk tapi pasal banyak asap, jerebu tu boleh tahan tebal. API dah capai 100++. Bayangkan bahayanya,  Jerebu ni boleh bawak banyak penyakit. Tapi aku pegi kelas tak pakai mask pon, tapi dah beli dah. Hehe. Rimas lah. Sekarang Puncak Alam sangat panas. Nak mandi banyak kali pun x boleh sebab nak jimat air. Reda je lah.

another JEREBU 
Ada banyak isu sensitive jadi dalam negara sekarang ni kan. bomoh lah, ape lah. Sampai masalah jerebu ni tak selesai-selesai, dah 2 minggu kat sini, baru sekali pun hujan.  Tak apalah, janji Malaysia aman.


Anyway, harapnya minggu ni aku boleh balik rumah. Sebab aku teringin nak makan nasi dagang. Mana nak cari kat Puncak Alam ni. Kalau ada pun, tak sesedap yang mak buat. Alang-alang ada orang tempeh nasi dagang dengan mak, aku nak join la sekali. Jyeah! Harapnya lecturer marketing tu awalkan kelas dia, so that hari khamis malam tu aku boleh terus balik. Hehe.

saja include kan gambar- gambar ni. ni aku kidnap kat dalam bangunan FF1. baru tahu diaorang letak model UiTM Puncak Alam akan datang ni kat situ. excited bila pergi tengok. T T yang sedihnya, bila UiTM Palam besor cenggitu, gua tak dapat nak merasa ;(
ni sekitar bangunan Fakulti Farmasi. 1) is the student's parking, 2) bangunan yang ada lab, tutorial and bilik-bilik yang berkenaan. 3) FF1. di mana office lecturer, pejabat bendahari dan pejabat PNC pun kat sini. dewan kuliah kat depan bangunan nombor 2. kecik je so, tak nampaklah.

tu katanya ada kolam nanti. nampak tak yang warna biru tu, dengan masjid. wah! 

P/s : Alhamdulillah hari ni hujan. Tengah taip entry ni, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya, membuatkan kain yang aku jemur pagi tadi, kebasahan. Patutnya aku angkat tengah hari tadi.

So this is it. Bye! Azam tahun 2014 ni, at least setiap bulan satu entry. Hehe ;*
Henry Cavill
nak tahu kenapa aku letak gambar dia? haha. no reason, suka-suka je ni. aku tak tahu kenapa aku jadi suka kat dia ni, semenjak tengok Man of Steel. pergh, lakonan dia! lepas Thor (Chris Hemsworth), dia ni la yang aku suka. kalau tanya aku kenapa, sampai tahun depan tak habis. banyak sangat sebab dia. =D Man of Steel tu aku dah ulang tengok 3 kali. 

hai . thanks sudi baca entry ni !

No comments:

Post a Comment