. . . Count UP . . .

Daisypath Happy Birthday tickers

Followers

20 May 2012

Hari Istimewa Minggu Lepas.

ASSALAMUALAIKUM..
p/s : entry ni mungkin membosankan sebab no pic. sebabnya? line tenet sangat slow. kalah siput tuttt. heh.

dah lama sangat aku tak update belog aku nih. dah bersawang nampaknya. aku bukannya tak nak update, tapi kan, aku rasa malas ditambah lagi dengan kosong (kosong, kosong) idea pulak tu. aku tak tahu nak menulis pasal apa. kalau nak diceritakan rutin harian aku, bosan. yes, walopun aku buat rutin yang sama aje, tapi aku tak adalah bosan. aku masih have fun dengan cuti aku ni. hehe

seperti yang anda-anda semua tahu, minggu lepas ada 2 hari yang istimewa. pertama, Hari Ibu, dan yang kedua, Hari Guru. tapi, ada pulak, post kat Facebook mengatakan, yang hari ibu ni haram disambut. oke, seriously, first time aku dengar benda alah ni. dikatakan hari ibu ni hari kelahiran (kot) ibu Jesus. betul ke? I dont know. and dont bother to know. the fact is, aku tak pernah sambut hari ibu sebab birthday mak aku, bulan Mei jugak. HEHE.

HARI GURU

di kesempatan ini saya mahu mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru yang pernah mengajar saya. saya ni memang seorang pelajar yang humble. (ehem). dari Tadika Perwaja, SK Seri Geliga, SMK Bukit Mentok, SMK Chukai, and lastly Kmpp. cikgu yang paling saya ingat sampai sekarang dan akan saya adore beliau sampai bila-bila ialah cikgu yang mengajar saya Biology. saya sangat takut kepada cikgu ini. tapi, beliau ajar saya cara untuk belajar Biology. walopun result SPM untuk Biology bukanlah A tapi, saya dapat paling elok bandingkan dengan Fizik and Kimia. ^__^

cikgu yang pernah saya bagi hadiah pun cuma seorang, cikgu kelas masa darjah 6. saya suka cikgu BM tu sebab beliau sangat kelakar, dan kelas beliau sangat menyeronokkan. dan masa darjah 6 jugak saya dapat cikgu MATH yang sangat garang. beliau memang tersangat garang. sejak sekolah rendah math saya memang rendah, dapat pulak, cikgu math yang garang macam tu, mana nak masuk. haha.

HARI LAHIR MY MOM

pada tanggal 17 Mei merupakan hari lahir my mom yang ke 45. hehe. nanti lah aku upload gambar kek yang aku dengan adik-adik buat. walaupun tak cantik dan tak sedap macam yang dekat kedai, tapi, kami buat dengan penuh kasih sayang. cewah. kami jugak ada buat kad hari lahir buat my mom. siap ayah aku cakap, "beday mok, bukan main lagi. beday ayoh mu dok ingat pon." (faham kan? bahasa ganu yang mudah aje tu. hehe).

apa-apa pun, aku rasa sangat puas dan bangga dengan pencapaian aku ni. hehe. bukan senang nak buat kek tau. aku ni pun, bukannya suka sangat memasak. (nanti kena cari suami chef. hehe)

sekian sajalah. aku dah tak tahu nak melalut apa lagi. bye!
hai . thanks sudi baca entry ni !

2 comments: