. . . Count UP . . .

Daisypath Happy Birthday tickers

Followers

29 January 2013

Contest blog bertuah 2013


hai. okey. sekarang jom join contest ni pulak. senang aje pon. hehe. nanti aku cakap kenapa aku join contest ni. kalo korang nak join, klik banner kat bawah ni ya?


tamat : 31 Januari 2013 jam 12 malam.
contest ni sangat simple. cuma kena folow blog and like fanpage empunya contest. jadi, cara nak sertai contest ni :

1. letak banner contest. 
DONE!

2. 3 sebab kenapa blog ni wajib terpilih untuk BLOG BERTUAH 2013 :
- aku join sebab nak cukupkan penyertaan. HEHE. *aci lah kan?* contest ni akan terbatal kalo tak cukup 50. so, i am helping all the blogger yang join. haha. *cover line sebenarnya, tak tau nak cilok sebab blog patut terpilih*

-blog aku ni patut terpilih sebagai blog terbaik 2013 sebab... aku nak tengok lah, bertuah ke tak si Daisy Diary ni. haha. kot macam tuan dia yang tak pernah bertuah dalam apa-apa contest sekalipun. ahaks.

-yang terakhir, belog ni dah dua tahun lebih kurang, so, ni pest taim join contest. hopefully, kalo menang, aku akan join contest lagi, dan jugak... MAYBE, akan buat contest sendiri nanti. InsyaAllah. =)

thats all. so, bloggers, lets help each other. mari bercontest dengan sihat. HAHA. 

hai . thanks sudi baca entry ni !

28 January 2013

Segmen Review blog by DJH

hai.. aku join segmen lagii. haha. seronok jugak join segmen ni sebenarnya. hehe. hurm, segmen macam ni, segmen paling senang dalam dunia. haha. jadi, jom join segmen ni. hanya 20 orang pertama akan direview blognya. cepat!
 tarikh tutup 31 Januari 2013. 
klik gambar ni kalo nak join ya? 
anyway.. this is my review untuk DJH punye belog :
1.ramainya folower dia. 
2.header yang cantik. HAHA. simple jer. and quite cute. ^_^
3. tak berani nak komen lebih-lebih. otai kot. heee.
thats all. =)

hai . thanks sudi baca entry ni !

27 January 2013

segmen BLOGWALKING by Nabila Biela

hai.. jom join segmen ni! MUNGKIN boleh tambah folower ngan traffic. hehe. tetiba rasa cam nak join segmen pulak. maklum, tengah cuti sem kan. in fact segmen ni senang jer. like sana sini, pastu follow sponsor punye blog. and folow blog peserta. dah! tunggu menang je. HAHA. *gurau!*

klik banner untuk join. 

jangan lupa join tau! senang jer pon. =)
bye bye bye.


hai . thanks sudi baca entry ni !

23 January 2013

The End - Semester 1

hai.. dah lama tak update belog nih. HAHA. kalo perasan lah, belog ni dah bertukar wajah lagii. mungkin ni kali terakhir aku tukar template belog. dah penat lah. bila tukar template semua nak kena tukar lagi. tambah gadget tu, tambah gadjet ni. hurm. penat den.

ececeh, beria je aku update belog, buat tajuk lak, The End - Semester 1. haha. baru sem 1 kot. anyway, lega gila bila dah habis sem 1 ni. stress jugak walopun baru sem 1. stress nya dengan exam aje. belajar sikit, tapi, keluar soklannya banyaak. dah lah banyak, tak tahu apa pulak tu. HAHA. serius, bila keluar DP (dewan peperiksaan) terus gamat. ada tak puas hati, ada yang suka, ada jugak yang tak tahu apaapa *aku lah tu*

awal minggu exam semangat gila. siap buat past year bagai. tapi, makin ke akhir, makin tak sempat. sibuk revise jer. err, bukan revise, study ! paper pertama dah rasa teruk. sebab tak sempat jawab. paper terakhir lagii teruk, aku belajar dalam keadaan semangat yang tinggal 50%. sebabnya, nak balik dan jugak tak ada orang kat rumah. dalam rumah aku cuma ada 3 orang. semua budak farmasi. hausmate aku yang lain dah balik awal lagii. kitorang tinggal 4 paper lagi, dorang dah enjoy dah. aku ni tak sedar diri, enjoy jugak. HAHA.
 
aku pergi Seoul Garden time exam week. rasanya aku pergi ary jumaat and next paper ary isnin. konon enjoy kejap laa. serius sangat sedap Seoul Garden ni. walopun agak mahal, tapi berbaloibaloi.


banyak yang aku dah alami pahit manis sepanjang sem 1 ni.  yang atas ni, platun tiga kesatria negara 2012. as student degree, kami perlu amik kokurikulum selama 3 sem. memang best masuk kesatria ni. serius, tak rugi. kalo ada peluang masuklah kesatria ya? hehe. gambar ni diambil masa last perjumpaan kesatria, which is ada kuiz masa tu. and kalo korang perasan takde lelaki pun dalam gambar ni, i mean student, lelaki yang tengah tu adalah cikgu yang mengajar kami berkawad. cikgu ni sangat BEST! 

walopun bebelism beliau sangat high pitch. bebelism = kuat membebel. tapi, beliau membebel benda yang sangat penting. naikkan semangat kami. suruh kami belajar rajin-rajin. 


 kuliah F7 memang tempat degree farmasi part 1: kami dapat dewan kuliah ni, menurut kata senior, setiap part ada DK masingmasing. jadi, sampai habis lah kami akan belajar dalam DK ni. opss, nampak sangat aku tak fokus masa dalam kuliah kan? haha. yup. kalo aku mengantuk, inilah keje aku. amik gambar la, online laa, sesuka hati je. aku memang salu duk kat belakang. memang lecturer nampak jelas. pintu keluar pulak kat belakang aku. kalo nak gi tandas takdelah segan sangat. sebab dalam DK sangat sejuk. tapi, yang aku perasan, lecturer tak amik kisah sangat orang yang duk kat belakang.

anyway, kat bawah ni adalah gambar pintu depan rumah kat Kolej. dipanggil rumah sebab macam rumah. ada ruang tamu, ada 4 bilik, ada satu tandas. ohh, lupa nak amik gambar tandas. HAHA. maklumlah, lepas ni aku dah tak duduk hostel lagii. aku duduk luar. kat PALAM tak banyak peluang nak duduk hostel sebab ramai budak asasi and student diploma yang isi ruang hostel. jadi, student degree terpaksa merempat di luar. *merempat lah sangat*



inilah HAUSMATE aku yang baik-baik dan gila-gila semuanya. memang rumah selalu bising kalo kami berkumpul kat ruang tamu. memang banyak beza, ada orang dengan takde orang. macam-macam benda kami buat samasama. seriously, i am having fun with them
time study ni, sangat takut! killer subject to me. 
ni salah satu bilek, yang penghuninya, duadua dah balik. jadi kami jadikan bilek ni sebagai dapur. HAHA. nampak laptop atas meja tu? kami kalo makan selalunya sambil tengok cerita. apaapa cerita pun boleh.


rak kasut. gambar ni amik bila dah separuh orang balik. jadi tinggal 4 orang, banyak tu je kasut. kalo tak penuh satu rak ! maklum sorang dua tiga pasang kasut. UiTM patut tambah rak kat kolej siswi. HAHA.
my meja study. agak messy, yes i know it. in fact aku memang pemalas
nak kemas meja. 

bila semua budak fak. sains kesihatan balik, tinggal 4 orang je kat rumah. konon takut tido lam bilek sorang-sorang, kami tido ramai-ramai kat luar.

ni barang hausmate aku. banyak gila barangnya. sedih sangat masa hantar dorang. hantar dorang kat lobi jer pon. memang sangat sedih. rasa sekejap je dapat jumpa dorang.

dalam rumah ada gelaran masingmasing. aku dorang TYRA (Taira sebutannya) sebab ada sorang hausmate aku nama Nur Athirah jugak. jadi, nak bezakan panggilan dorang panggil aku macam tu. nabila jadi nabil, shakela jadi Akil, Hanim jadi Hananim.. sesuka hati jer nak panggil apapun.

saling memerli satu sama lain. gemuklah, gundut lah, gomoklah, gediklah.. macammacam. tapi, kami tak terasa lah. alah, guraugurau jer kan.. *agaknya lah, sebab aku langsung tak pernah terasa* turun beli makanan samasama. pergi konsert, pergi jalanjalan.
gambar masa kebosanan. 

terkilan jugak sebab kami tak pernah outing berlapan. mesti ada sorang yang takde. =(

to my hausmate : thanks sebab bagi aku kenangan yang manis dan pahit ngan korang. maafkan aku, kalo aku ada buat korang terasa. seriusly aku tak pernah berniat nak sakitkan hati korang. aku memang jenis yang cakap lepas dan kadang-kadang macam emo. hehe. maafkan aku ya? *buat muka comel walopun tak berapa comel* 
next is my classmate. kenalkan...

with our Economics' tutor
dalam gambar kat atas ni, tak semua ada. ada beberapa yang tak masuk dalam gambar. dalam kelas aku ada 27 orang. 4 lelaki dan 23 perempuan. walopun agak awkward dengan dorang mulamula. tapi, lamalama dorang ni okey jugak. kelas agak bisinglah. campur dengan ketua kelas aku yang... entah nak cakap apa. HAHA. *ada aku kena sound kalo dia baca ni, jadi baik aku gantungkan*. usikusik antara kami. sangat seronok. aku ni memang jenis layan kalo orang gurau. gurau lah pape pun, aku layan jer. HAHA.

teringat hari tu dapat lecturer BEL yang sangat.. err, malas cakap lah perkataan tu. masa tu aku rasa kami semua ni macam agak rapat. yelah, bantu sama lain. luahkan rasa geram tu. HAHA. maaf ya MDM ***.  

walopun kami takdelah luangkan masa samasama sangat. but, we can do that in the next sem. tupun kalo kami masih satu kelas. gurauan dalam kelas memang aku anggap gurauan. no serious and take-to-heart thing. *faham tak? tak faham buat-buat faham*

dalam makmal

dekat bilik tutorial
seminggu sebelum tamat minggu kuliah, spek aku patah. jadi dalam kelas, aku tak nampak apaapa. 
duduk belakang + tak nampak = tak masuk apa-apa
HAHA.
apa-apa pun sem 1 dah habis. result untuk sem 1 buat aku sangat neves, but, aku akan terima apa saja keputusannya. Allah balas kejayaan hambaNya berdasarkan usaha. jadi, kalo usaha aku sikit, takkan aku nak harapkan benda yang besar kan? insyaAllah aku akan reda dengan result aku nanti. 

tak sabar nak mulakan sem 2. tapi, takut sangat. sebab ada calculus. I HATE MATH the MOST. so, tak tahulah apa nasib aku nanti. 

thats all for today. hehe. i am in holiday mood. so, no disturb. HAHA.

hai . thanks sudi baca entry ni !

3 January 2013

exam TIME !


hai olls. start 3 Jan 2013 - 21 Jan 2013 aku akan sibuk dengan exam final for semester 1. paper cuma 6 , 4 core subject, 2 subjek tambahan. carry mark aku pulak, salu lebih drpd separuh jer. tu pun sikit. cukupcukup makan aje. biase la procrastinator kan. hehe. study week pulak dah start sejak 21 Dis 2012. tapi.. yang aku betulbetul study pun cuma beberapa hari sebelum paper pertama *dalam 3 hari macam tu*

tambahtambah aku balik rumah. memang lah, tinggi probability untuk aku bukak buku kan? *perli diri sendiri*.ya, aku balik ke Kemaman. sangat best. dan aku tak menyesal, amik masa study week untuk balik rumah sebab kawan aku yang stay kat sini pun, tak study sangat. ada lah jugak yang study. jadual exam aku tak padat, dan kami budak farmasi habis paling lambat. bak kata senior, tukang tutup pintu pagar UiTM. HAHA. 

aku beli phone baru... haha. aku hutang dengan mak aku. nanti bila aku dah ada duit, aku bayar balik. semangat aku memujuk. akhirnya, sehari sebelum aku balik semula ke PALAM aku beli fon ni, kat Kuantan Parade. 
disebabkan tiket bas aku kul 9.30 pagi, jadi, my parents decide tidur kat Hotel kat Kuantan semalaman. dan abang aku *belajar kat UMP* yang penyibuk, nak join jugak. mentangmentang nak tido hotel kan. adik aku
yang belajar kat KmPh pun nak mengikut, tapi, tak boleh keluar. dapatlah aku breakfast kat hotel sebelum bertolak balik dengan bas. yum yum. serious sangat sedap. nak tido hotel tu lagi ah.

lepas datang sini, kononnya dah tekad ah, nak study kan. pastu, bila sampai, dah jumpa kawan-kawan, tak ada maknanya nak study. study jugak, tapi, banyak main daripada study. berborak tak abisabis, main-main la, tengok MOVIE la dan jugak download movie. konon stress la kan. stress lah sangat.

guna wireless kat UiTM punye, siap boleh download movie tau. jangan main-main. laju lah jugak wireless kat sini. TAPI.. laju cuma jika tiada budak asasi. tu yang bagusnya kalo budak asasi cuti. tapi, yang tak bagusnya, banyak kedai tutup. mungkin budakbudak asasi ni bawak keuntungan yang lebih besar pada peniaga kot. alah, macam lah budak degree tak makan. 

main gilagila ngan dorang. sepatutnya study !
aku jugak pergi makan dekat Kafe Pendeta time study week jugak. tu lah, hari-hari pergi PSB taknak makan, time study week tulah rajin turun pergi sana. dan aku makan grilled chicken chop. kemain lagi kan. demand, nak makan western. 
hajat nak turun satu rumah, tapi.. tak dapat jugak. =)

yum yum ! sedap.. serius !
 lepas makan tu, kitorang pergi Fakulti pulak. nak pegi jumpa HEP. ada hal sikit. hehe. tunggu punye tunggu, dah siap brape puluh gamba amik, last-last orang tu takde. penat den. dah lah sunyi je bahagian HEP tuh. staff langsung takde.
Tirah, Dee, Alin dan aku.,
 ni, gambar yang aku amik dari tingkat 11 bangunan FF1. sangat cantik kan? sebelum ni pergi takdelah rasa cantik pun. tetiba hari tu rasa kagum pulak. macam main game bina bandar pun ada, HAHA.
ohh, jangan lupa doakan kejayaan kami. insyaAllah, aku akan berusaha belajar. tapi, tu lah. ada je yang menghalang, lagilagi Encik Malas. selalu misscall dengan mesej suruh ikut dia. aish. *eleh. banyaklah kau punya Encik Malas*

dont study last minute, but study till the last minute 

1st Paper tadi - Physico-chemical basis for pharmacy. soalan agak boleh tahan. tak susah, tak senang. TAPI.. masa tu tak cukup. dah lah ada 8 esei, 20 MCQ.. masa yang diberi 2 jam je. mana nak cari masa nak jawab semua tu. oke, mungkin aku yang tak pandai bahagi masa kot. entah. 

apa-apa pun paper tu dah lepas. ada lagi 5 paper. lepas tu, cutii.. yay! aku dah kumpul banyak anime, drama dan jugak running man. nak tengok taim cuti nanti. yes! 

p/s : selamat tahun baru. insyaAllah mari kita sama-sama berusaha menjadi manusia yang lebih baik. macam tak percaya je, diri ni dah 20 tahun. memanglah belum betubetul 20 tahun, but ikut tahun yes. Alhamdulillah, aku masih hidup sampai sekarang. alhamdulillah.... =)

hai . thanks sudi baca entry ni !