. . . Count UP . . .

Daisypath Happy Birthday tickers

Followers

3 January 2013

exam TIME !


hai olls. start 3 Jan 2013 - 21 Jan 2013 aku akan sibuk dengan exam final for semester 1. paper cuma 6 , 4 core subject, 2 subjek tambahan. carry mark aku pulak, salu lebih drpd separuh jer. tu pun sikit. cukupcukup makan aje. biase la procrastinator kan. hehe. study week pulak dah start sejak 21 Dis 2012. tapi.. yang aku betulbetul study pun cuma beberapa hari sebelum paper pertama *dalam 3 hari macam tu*

tambahtambah aku balik rumah. memang lah, tinggi probability untuk aku bukak buku kan? *perli diri sendiri*.ya, aku balik ke Kemaman. sangat best. dan aku tak menyesal, amik masa study week untuk balik rumah sebab kawan aku yang stay kat sini pun, tak study sangat. ada lah jugak yang study. jadual exam aku tak padat, dan kami budak farmasi habis paling lambat. bak kata senior, tukang tutup pintu pagar UiTM. HAHA. 

aku beli phone baru... haha. aku hutang dengan mak aku. nanti bila aku dah ada duit, aku bayar balik. semangat aku memujuk. akhirnya, sehari sebelum aku balik semula ke PALAM aku beli fon ni, kat Kuantan Parade. 
disebabkan tiket bas aku kul 9.30 pagi, jadi, my parents decide tidur kat Hotel kat Kuantan semalaman. dan abang aku *belajar kat UMP* yang penyibuk, nak join jugak. mentangmentang nak tido hotel kan. adik aku
yang belajar kat KmPh pun nak mengikut, tapi, tak boleh keluar. dapatlah aku breakfast kat hotel sebelum bertolak balik dengan bas. yum yum. serious sangat sedap. nak tido hotel tu lagi ah.

lepas datang sini, kononnya dah tekad ah, nak study kan. pastu, bila sampai, dah jumpa kawan-kawan, tak ada maknanya nak study. study jugak, tapi, banyak main daripada study. berborak tak abisabis, main-main la, tengok MOVIE la dan jugak download movie. konon stress la kan. stress lah sangat.

guna wireless kat UiTM punye, siap boleh download movie tau. jangan main-main. laju lah jugak wireless kat sini. TAPI.. laju cuma jika tiada budak asasi. tu yang bagusnya kalo budak asasi cuti. tapi, yang tak bagusnya, banyak kedai tutup. mungkin budakbudak asasi ni bawak keuntungan yang lebih besar pada peniaga kot. alah, macam lah budak degree tak makan. 

main gilagila ngan dorang. sepatutnya study !
aku jugak pergi makan dekat Kafe Pendeta time study week jugak. tu lah, hari-hari pergi PSB taknak makan, time study week tulah rajin turun pergi sana. dan aku makan grilled chicken chop. kemain lagi kan. demand, nak makan western. 
hajat nak turun satu rumah, tapi.. tak dapat jugak. =)

yum yum ! sedap.. serius !
 lepas makan tu, kitorang pergi Fakulti pulak. nak pegi jumpa HEP. ada hal sikit. hehe. tunggu punye tunggu, dah siap brape puluh gamba amik, last-last orang tu takde. penat den. dah lah sunyi je bahagian HEP tuh. staff langsung takde.
Tirah, Dee, Alin dan aku.,
 ni, gambar yang aku amik dari tingkat 11 bangunan FF1. sangat cantik kan? sebelum ni pergi takdelah rasa cantik pun. tetiba hari tu rasa kagum pulak. macam main game bina bandar pun ada, HAHA.
ohh, jangan lupa doakan kejayaan kami. insyaAllah, aku akan berusaha belajar. tapi, tu lah. ada je yang menghalang, lagilagi Encik Malas. selalu misscall dengan mesej suruh ikut dia. aish. *eleh. banyaklah kau punya Encik Malas*

dont study last minute, but study till the last minute 

1st Paper tadi - Physico-chemical basis for pharmacy. soalan agak boleh tahan. tak susah, tak senang. TAPI.. masa tu tak cukup. dah lah ada 8 esei, 20 MCQ.. masa yang diberi 2 jam je. mana nak cari masa nak jawab semua tu. oke, mungkin aku yang tak pandai bahagi masa kot. entah. 

apa-apa pun paper tu dah lepas. ada lagi 5 paper. lepas tu, cutii.. yay! aku dah kumpul banyak anime, drama dan jugak running man. nak tengok taim cuti nanti. yes! 

p/s : selamat tahun baru. insyaAllah mari kita sama-sama berusaha menjadi manusia yang lebih baik. macam tak percaya je, diri ni dah 20 tahun. memanglah belum betubetul 20 tahun, but ikut tahun yes. Alhamdulillah, aku masih hidup sampai sekarang. alhamdulillah.... =)

hai . thanks sudi baca entry ni !

No comments:

Post a Comment