. . . Count UP . . .

Daisypath Happy Birthday tickers

Followers

19 September 2012

I am Now 19


tak percaya pulak diri ni dah masuk 19. hehe. happy birthday to me. hekhek. bila time birthday ramai la yang post kat FB kan. Alhamdulillah. thanks to all my fren yang wish birthday aku. walaupun tak dapat sambut dengan makan kek, at least kawan-kawan aku ni ingat. *walopun, FB yang remind-kan*
19 SEPTEMBER 1993
pagi tadi, masa nak pergi kelas, agak tersentuh dapat mesej daripada ayah aku. beliau ucap birthday. haha. And aku yakin, yang mak ingatkan ayah pasal tu. sebab ayah bukannya nak ingat birthday anak dia ni. walopun diingatkan aku tetap happy.
loving couple =)
next balik kelas aku bukak Fb. sebab aku tahu mak mesti post kat FB punya. ayah aku tak tahu nak ber-fb-fb ni. then, balik mak aku dah wish da. hehe. sedih jugak, tak dapat makan kek. in fact dah dua tahun aku tak makan kek birthday aku. and I think it will be for another years. 

lepas tu my sis ada hantar jugak. tengah hari baru nak hantar, entah apa-apa je budak tu. lepas tu boleh pulak mintak kakak dia ni belanja dia bila dah berjaya nanti. *botak kepala den*
thats my sis n me
then of cos. kawan-kawan aku masa kat sekolah, matrik, dan jugak kat UITM ni. ada yang wish kut FB. ada yang hantar mesej. tak kesah apa cara sekalipun, aku tetap rasa thankful. huhu. Housemate aku baru tahu. so, petang tu baru dorang wish kat aku. hehe. tengs korang smua. tu pun, aku diamkan aje. malas nak bagitau. huhu.

yang dekat bawah ni gambar yang kawan baik aku bagi through FB. *nak jadi first wishers, tapi, terlambat wish, padahal tengah mesej.* tapi die tetap jadi first wisher sebab dia ingat kan aku 2 hari seblum birthday aku.



thats the end of my birthday, tak de apa-apa sambutan, which i dont think, i need that. except, kalo my family buat. teringat pulak masa kat matrik, Hana and Nisa belanja burger. sedapnya. haha. 
okeylah. thats all for today.

updated : last minit, Dee bagi aku kad. nampaknye, dorang dah berkomplot, entah bila masa dorang buat kad ni pun, aku tak tahu la, padahal, aku ada je dalam rumah ni. hurm?? jadi, to all my hausmate, tengs alot. =) walopun kite baru kenal beberapa minggu, and still you did this to me. I appreciate it a lot. kad buat sendiri pulak tuu. nanti aku nak akan update gambar kesemua hausmate aku. buat masa ni, kitorang x dpat bersnap-snap lagi. *hujung minggu dorang ni balek aje, kejenya.*



p/s : hari ni naik satu lif dengan "kembar Fizz Fairuz". haha. excited tetibe. ~_~

hai . thanks sudi baca entry ni !

16 September 2012

kutuk Nabi Muhammad SAW


ni aku copy dri FB. kebetulan masa aku tengok Youtube pagi tadi, aku ternampak pasal video tuh  *Innocence of Muslim - Muhammad Movie*. aku pun tengok la. tapi, tak sangka pulak video tu menyimpang jauh dari Personaliti Nabi Muhammad yang kita semua tahu. aku tak la alim sangat nak bercakap pasal benda ni, but aku sangat sakit hati bile tengok video tu. aku tak jugak faham sangat apa yang dia cakap *dorang cakap in English* but nama-nama yang digunakan dalam video tu memang di salahtafsirkan/dimanipulasikan *tu kot perkataan die, aku tak jumpa perkataan yang aku rase sesuai*. 

nama-nama watak dalam video tu : Bilal, Khadijah, Nabi Muhammad dan jugak para sahabat nabi. aku tak tahu macam mana nak cerita pasal video tu. aku tak pandai nak cerita. tapi, memang melampau la *aku rasa*. 

dan masa aku menaip post ni, aku cuba nak upload video tu, tapi dah di-remove *menyesal pulak tak download awal-awal*. sbb banyak komen buruk pasal video tuh. aku pun tak tahu nak cakap apa lagi. aku cuma nak kongsi pasal cerita ni.. apa yang kita boleh buat cuma pray for the best, for Islam..
 jadikan para sahabat nabi sebagai model, mengkaji kehidupan mereka dan mengikuti mereka kerana mereka mengikuti panduan yang terbaik : Nabi Muhammad yang kita cintai.


hai . thanks sudi baca entry ni !

15 September 2012

First Outing

Habis dah MDS yang memenatkan. Nak tahu cerita tak? Aku, Hanim, Nabilah dengan Tirah bantai tidur tak sedar apa-apa. Sampai housemate kitorang keluar pun tak sedar *actually, aku aje yang tak sedar. Haha* Dahsyat tak dahsyat lah kan. Lepas subuh terus tidur, tu pun bukan nya aku terjaga sendiri, Hanim yang kejutkan. Hakhak. Aku sedar pukul 11 lebih kot. Tengok Nabilah basuh kain, aku malas jadi aku lipat kain yang aku dah basuh. Pukul 1 macam tu kitorang turun makan pulak. ada makanan Free lagi kan *UiTM bg free lagii* dah lah breakfast dah terlepas. 

Hari sabtu, 8 Sept 2012, aku dengan Hanim, Tirah and Nabilah outing ke PKNS, Sunway Piramid dan Plaza Alam Sentral. Wah, banyak kan? Hehe. Ada sebab sebenarnya. Huhu.

First, kitorang pergi breakfast kat Kolej Angsana, makan roti canai. *sedap kuah dia, roti dia pun besar* lepas tu, keluar dari kafe nampak bas U90 dah nak bergerak dah. Kami pun berlari-lari anak lah. Memang rasa macam pakcik tu perli kitorang jer. Malu kot. Nasib baik bila naik tu, ada tempat duduk. 

Sampai dekat PKNS, kitorang turun. Masa tu pukul 9.30 jadi tak de kedai bukak pun. Lepas tu, kitorang pun decide, pergi Sunway, sebab kitorang perlu cari keperluan rumah. Like, sabun pencuci, berus, alas kaki, etc. Jadi kitorang cari bas U80 nak pergi Sunway Piramid. Sampai dalam pukul 10.30 kot, kitorang pun jalan-jalan la. 

Agak rambang mata tengok  barang-barang yang cantik. Tapi, harganya, boleh tahan mahal. Jadi, tengok sambil telan liur jela. Haha. Siap beli barang-barang yang agak banyak kat Aeon kitorang pergi pulak ke Popular. Aku nak beli novel. Hehe.. kitorang cari Giant, nampak signboard je, kat mana dia menyorok tak tahu lah. Maklum first time.
novel yang aku beli.
Ingat nak tengok wayang, tapi, tak de cerita yang best pun. Sudahnya jalan-jalan ajela. Lepas jalan-jalan kami pergi Mc Donald, untuk makan tengah hari. Aku pun bantai makan Double Mcchicken tuh. Mula-mula nak amik BigMac, tapi takut tak habis pulak. haha. Ramai kot orang beratur masa tuh. 




Lepas makan kitorang terus keluar cari bas U80, nak balik semula ke PKNS, sebab nak solat Zuhur. Lepas solat Zuhur tu aku pergi PC Fair kat situ *kebetulan ada PC Fair*. Kecik je, Fair tu. haha. Aku beli pendrife dengan headphone. Tercapai gak cita-cita aku nak beli benda alah tu. headphone tu kat Kemaman RM39 kot, kat sini RM25 je, pendrife 8 GB pulak cuma RM20. Tak tahu lah kalau ada tempat yang lebih murah, tapi, ni dah murah sangat dah ni. Tak ke?

Plaza Alam Sentral @ PAS tu kitorang pergi sebab si Tirah nak beli IPhone. Haha. Koya (perasan) sungguh. Iphone @ Nokia yang harga RM70 tu. haha. Duk bangga lah dia beli Iphone. Huhu. Kat situ aku jumpa phone Indon yang sangat cantik. Jenama I-Cherry. Memang sangat cute lah. Jatuh cinta sekejap. Harga dia RM180 je kot. 

Lepas tu kitorang pergi Klang Sentral pulak, sebab si Nabilah nak beli tiket nak balik cuti Hari Malaysia. Kalau ikutkan aku pun beli, tapi mak aku tak kasi, sebab dia bimbang aku balik sorang-sorang. Tak pe lah tak boleh balik. Aku boleh teman Tirah dengan Hanim yang tak balik. Hehe.

kat Klang Sentral. tengah tunggu bas.
Next, masa yang menyakitkan hati.. dari pukul 7 sampai lah pukul 9.30 malam kitorang tunggu bas rapid, tak sampai-sampai. Last-last, kitorang sakit hati, pergi panggil teksi. 5 minit lepas tu, aku Nampak bas Rapid sampai. Nampak tak betapa sakitnya hati? Dah lah perut lapar giler, bas pulak buat hal. Sampai kat kolej dalam pukul 10 kot, terus pergi kafe cari makanan, but, makanan semua dah habis. Jadi, kami makan magi secara berjemaah. Haha. Memang syok habis lah. Cerita tamat di sini. Sebab lepas tu semua kepenatan, tidur lepas solat isyak. 

yg kelakarnya, masa ambik gambar ni, kitorang tengah tunggu lif kat Sunway Piramid, dah lama sangat kan, sempat la amik gambar tu. tapi lepas tu lif terbukak. memang kelakar gila lah kan, dah la masing-masing tengah posing, dengan peacenya, senyum lebar.. tetiba pintu lif terbukak. dengan muka malu nya, kitorang masuk jugak dalam lif tuh. nasib baik ada makcik-makcik je kat dalam tu. kalo lah ada anyone yang sebaya memang malu tahap gaban la. haha. 
moral of the story jangan nak snap gambar sangatlah kat depan lif tuh. HAHA.

kitorang keluar berempat sebab cuma tinggal kitorang aje. Housemates aku yang lain semuanya balik rumah. maklumlah, orang sini je kan. kite jugak yang tercampak jauh. tapi, tak de lah jauh sangat sebenarnya.
okeylah, babai.. jumpa lagi.. =)

hai . thanks sudi baca entry ni !

9 September 2012

MDS at UiTM Puncak Alam

1st day 
Aku sampai ke Uitm Palam ni. Pemandangan kat dalam ni, nampak cantik, kecuali tangga kejayaan dia tu. masa mula-mula masuk, terkejut jugak, sebab tak ada sesiapa pun. Masuk punya masuk, pusing punya pusing, sampai kat kawasan parking baru nampak banyak kereta. "ohh, rupanya orang dah sampai lama dah. haha."

Tapi, yang peliknya tak ramai pun. Aku expect jammed lah kat dalam ni, tapi, tak jammed langsung. Sebaliknya, lancar je. Tak de jammed, tak susah cari parking. Okey, lepas tu aku terus pergi kaunter pendaftaran kat Kolej Angsana. Masa dapat kertas A2.. aku pelik, bukan ke Angsana untuk student lelaki? Tapi, tak pe lah, mungkin daftar aje kat situ.

Aku dapat bilik A1205. Lepas tu, aku masuk bilek. Masuk bilek, aku jumpa roommate aku. orang Kelantan, Hanim namanya. Okey. Lepas tu aku keluar ikut family aku ke Tesco kat mane entah. Kul 3.30 baru sampai sini. Sampai jer, terus simpan barang, lepas tu dalam pukul 4 MDS pun start. Oh ya MDS tu short name untuk Minggu Destini Siswa @ Orientasi. 

Aku kenal pulak dengan Tirah dan Nabilah. Haha. Tirah tu nama sama dengan aku. terkejut jugak aku. sebab kan dia tak de name lain, panggil je la dia Tirah. Rasa pelik pulak panggil nama sendiri. Huhu.
Majlis habis kat kul 11.30mlm tapi, pukul 1 pun aku tak boleh tido lagi. kat dalam rumah aku ni baru ada 7 orang, tak sempat nak kenal lagi. huhu. so, aku close dengan dorang ni la... semua orang Kelantan. 

Fact :
1. Masa berkumpul kat RSU (ruang Solat utama) tadi cuma ada 100+ lelaki, dan perempuan ada 500+. Nampak perbezaan tak? 1:5 kot. Ish, ish, ish.
2. Air tak ada. Kul 12 baru ada air, jadi pukul 12 baru aku mandi. Memang tak selesa habis lah, tapi, nak buat macam mana kan. Terima je la. *busuk bukan isunya disini. haha*

2nd day
Hari ni agak seronok eventhough banyak ceramah / taklimat tapi, diselang-seli dengan game. So, quite fun and tak mengantuk la. Sebab kan tidur lewat, lepas tu kena bangun awal pulak. biasa lah orientasi kan.. kat sini aku kenal nak main game : break, joget si tomi, dll. Dan aku dah mula rasa fun. Dulu masa kat matrik, berapa hari baru boleh selesakan diri, kat sini, baru hari kedua, aku rasa dah selesa. cuma ada some part yang tak boleh selesa lagi. =)

Kami dipecahkan kepada fakulti. Kat PALAM ni cuma ada 3 fakulti. Fakulti Farmasi, Sains Kesihatan dan Pengurusan perniagaan. Aku ada jumpa kawan senegeri, Amirah nama dia. comel orangnya. Hehe. Aku baru tahu, ramai jugak yang amik farmasi, tapi tak seramai fakulti lain. Sebab dorang gabung kos, farmasi cuma ada satu kos je. Ada lam 180± student kot. *tak termasuk penerapan diploma* 
Lepas tu ada sukaneka pulak kat Padang Kawad. Grup aku dapat main bawak bola pingpong dalam sudu. memang Game yang sangat bosan lah kan? Habis, game yang bosan tu, kami naik bilik, siap-siap nak pi solat maghrib pulak. naik je, ingatkan nak basuh muka, amik air sembahyang, tapi..
Yes, air tak ada. Terpaksa amik kat toilet bawah. =(

3rd day
Hari yang sangat meletihkan dan me-ngantuk-kan. *eh ada ke?* sebab, kitorang kena daftar fakulti. Dan fakulti farmasi yang paling jauh, dah lah jauh, kena turun tangga banyak. Entah akak PM (pemimpin Mahasiswa) bawak ikut celah mana, aku dah lupa dah. Haha. Lepas daftar tu kena panjat tangga 200++ tu. bayangkan letih nya tu. +_+
yg bulat tuh, Fakulti Farmasi. memang hujung ar, tapi, paling besar.

tangga kejayaan
Yang bestnya, abang PM tu siap tawar air lagi. sebab nampak muka kitorang yang sangat penat. Yang specialnya, budak-budak farmasi, terus daftar kelas dan dapat jadual kelas. Kos lain kena online laman web UiTM kemudian daftar sendiri and also print out jadual sendiri.. special kan? *__*

Okey, lepas tu kena solat. Lepas solat ada program Halaqah pulak. halaqah ni tujuannya nak uji student pasal solat. Banyak jugak yang aku salah. Entah apa-apa je aku jawab. Ustaz yang jadi faci kitorang tu, memang dah selalu jumpa sebab dia lah yang selalu bagi ceramah subuh and maghrib. At first aku taknak ustaz tu *Nabilah pun taknak. Haha.*, tapi, masin mulut, dapat. Tapi, ustaz tu best. Setakat ni aku tak pernah tido kuliah dia.*tersengguk pernah la. Hee.*Dia cakap dia kawan Ustaz Don aku pun tak tahu lah betul ke tak. Haha.
Hari ni boleh balik awal, sebab PM-PM bagi balik awal. Mungkin faham yang kami penat. ^_^

4th day
Hari ni sangat tak best. Tapi, aku cerita yang best dulu. That is, lawat fakulti. Kami student Farmasi dibawa ke fakulti. And of course, melalui tangga kejayaan tu. akak tu terang lah yang ni DK, ni Bilik tutor, ni.. bla.. bla.. bla. DK FF (Fakulti Farmasi) sangat cantik. Aku suka.

Yang tak bestnya, kena marah. Sebabnya banyak, salah satunya kurang ajar, tak ikut arahan, dll. Aku ada dengar yang akak PM terasa dengan satu post kat twitter. *ada jugak kes macam ni kat sini*. Aku tak tahu citer panjang, so, aku tak nak cerita. But then, aku admit, memang salah kitorang. Ada ramai yang nanges-nanges, lepas tu pergi mintak maaf dengan Kak PM. =’( ada abang EC (executive caretaker) sampai mengamuk. Aku takut gila kat abang tu. tapi, tak tau lah kalo akak-akak dengan abang-abang PM tu saje nak buat gimik. HAHA.

5th day
Ada banyak sangat taklimat. Sebabkan semalam tidur sangat lewat, kul 2 lebih, jadi, taklimat memang menjadi penaja kepada Encik Sleepy. Haha. Walopun penceramah tu kelakar, tapi, tetap mengantuk. “_”
Petang tu ada aerobic. Best. Yang kelakarnya, budak asasi yang tinggal kat dalam bilik kat atas siap ikut sekali. Mentang-mentanglah bilik menghadap padang Kawad. Entah macam mana dorang nampak pun aku tak tahu. Yang pasal PM-PM merajuk tu, dorang suruh lupakan. But still kitorang kena handle diri sendiri. Dorang dah tak nak jaga kitorang. =( tapi, ada je, beberapa akak PM, cuma tak ramai macam biasa.

6th day. 
Hari terakhir. Ada majlis perasmian MDS kat DATC. Ape entah nama dia aku lupe. Huhu. Semua UiTM seluruh Malaysia akan dapat telecast daripada sana sebab nak dengar kata-kata Naib Canselor. Kelakar kot, sebab masa beliau sebut nama-nama negeri yang ada UiTM tu, beliau terlupa kat PALAM. Kitorang rasa sedih kot. “alah, Puncak Alam tak sebut.” Ada laa suara-suara berbunyi belakang aku. Lepas tu ada orang kat sana ingatkan beliau, beliau pun kata “ohh, tak lupa Puncak Alam.” Kitorang terus bersorak dan tepuk tangan. excited punya pasal. Haha.

ni pakaian yang kena pakai masa majlis perasmian tu. WAJIB. tak kisah putih ada apa-apa corak, but actually yang betul-betul perfect adalah baju sekolah punye. jadi, yang dah buang tu, sila menyesal sekarang. haha. aku semangat beli kain putih, dan pi tempah tau. sebabnya baju sekolah aku dah buang. ramai je yang pakai baju kurung sekolah. jadi, no worry, anda tidak keseorangan. 
ikut bilik. kanan bilik C, yg kiri bilik B
matching kan kami? tapi, tudung tu tak menjadi, sebab tulah aku pakai anak tdg syria.
Puncak Alam merupakan Kampus Satelit bagi UiTM sebab nanti Puncak Alam akan jadi Kampus Induk, *masih dalam proses pembinaan, yang entah bila siap.* kitorang dah tengok model Puncak Alam akan datang. Memang besar gila ah. Serious, sape yang masuk sini 10-20 tahun nanti InsyaALLAH merasa duduk dalam Universiti yang besar.
model Uitm Palam akan datang... besar kan?
keseluruhan bangunan secara 3D. tapi tak sure yang fasa berapa.
Besides, fasiliti kat sini, baru sangat, dan canggih. Sampai nak kena diajar, macam mana nak guna. Hah. U yang ternama kat Malaysia pun takde peralatan yang canggih tau. Kat sini je. Sila jeles. =_= Hakhak.

Malam tu ada malam kebudayaan. Persembahan ikut fakulti dan abang-abang dan kakak-kakak PM pun buat persembahan. Memang kelakar giler ah. Serius enjoy giler malam tuh. Lepas tu, kitorang (siswi) bersalaman dengan akak-akak PM. Mintak maaf semua. Terima kasih akak-akak dan abang-abang PM! We love you. <3 dorang semua nya baik dan sporting. Sangat enjoy la.

P/S: UiTM bukan sebarang u tau. Mulanya memang aku fikir, UiTM ni low. Tapi, sekarang, siapa yang kutuk UiTM aku akan bidas balik. UiTM di Hatiku tau. Hakhak. Siapa yang masuk UiTM tahu lah apa yang aku rasa ni. Don’t judge a book by its cover tau.
P/S: Disebabkan dah tak ada blok untuk mahasiswi. Kami ditempatkan di kawasan lelaki. Bayangkan, depan belakang, hostel lelaki. Pemandangan yang tak cantik. =)
P/S : oh ya, makanan kat sini diberi free sepanjang MDS., untung tak untunglah kan. jadi, moh sama-sama kita masuk UiTM. haha. nak cari kat U mana yang macam ni? hehe.

peta Kolej Angsana. nak tunjuk jer. HAHA.



hai . thanks sudi baca entry ni !