. . . Count UP . . .

Daisypath Happy Birthday tickers

Followers

22 October 2012

Devotees & Fiesta Nostalgia


hai hai hai.. hampir beberapa minggu jugak aku tak hupdate belog aku nih. busy? erm, tak de lah busy sangat, but aku tak cukup masa nak update. kalo setakat satu jam, tak cukup untuk aku update. *amboi, lame beno mase kau amik nak update satu entry*. I mean untuk edit-edit gambar, bla bla bla. 




Lets jump to the main point. minggu ni ade aktiviti yang sangat best. banyak aktiviti yang menarik, tapi, yang aku terlibat sikit aje. maklumlah, orang sibuk. haha. *malas sebenarnya*. ada jualan buku kat fakulti siap ada diskaun 15% lagii. tapi, aku tak beli pape pun, since aku tak de duit. maklum, duit JPA tak masuk-masuk lagii.

yang paling femes punye event : that is,KONSERT DEVOTEES DI PUNCAK ALAM.. haha. teruja tak? tak? kalo korang tak kenal siapa Devotees ni, dan teruja? kalo korang memang sangat suka dengan dorang. as for me, aku rase biasa aje, sebab aku memang tak kenal dengan Devotees nii. hehe. tapi, seminggu sebelum tu, rumah kitorang ni diisi dengan lagu MAHAR CINTA. tapi, aku rase lagu tu biasa jer, sebelum tengok dorang perform live. sekarang, aku dah jatuh cinta dengan dorang. terutama sekali Abang Halim Ahmad. haha. *uih, ade abang lagii tuu*
the ticket, RM 5
ketika mereka bernyanyi. =)
balik rumah, semua (hausmate aku) duk sibuk bercerita macam-macam. berebut kan Adi dengan Halim. lawak betullah diaorang ni. kononnya, dah bagi signal kat abang-abang Devotees la. ^_^ macammacam lah dorang ni. lepas ade nyanyi-nyanyi, dorang buat sesi autografi pulak. tapi, aku tak larat lah nak beratur, terus balik je lepas snap beberapa pic dorang secara dekat. memang Adi Akmal ni handsome la. =)
sesi autografi 
tapi, percaya tak, dalam masa tak sampai 24 jam pergi konsert dorang, aku dah download banyak lagu dorang. Kekasih, Alpha, Tika Dinihari dan jugak video kekasih yang cute tuu and so on. aku dah memang jatuh cinta dengan dorang terutama dengan suara Adi Akmal yang sangat hensem tu. tapi, aku lagi suka dengan Halim Ahmad. plus, anggota devotees ni semuanya berpelajaran. big advantage for them of course.

dorang dijemput khas ke Palam sempena fiesta Mahabbah Fil Islam (MAFIS). besides, Hilal Asyraf dan jugak Fatimah Syarha ade buat talk, but aku tak pergi. dan jugak sorang prof dari UIA datang bagi talk pasal 'pharmacy practice in islam'. semua talk ni aku tak pergi sebabnya, malas. haha. walopun talk yang pharmacy practice ni wajib, aku buat dek jer. shh, jangan bagitahu senior ya? student sem 1 dah berani ponteng, ape lagi bila dah sem atasatas? hurm....

next day (Ahad), ade Fiesta Nostalgia pulak. kalo korang nak tahu, fiesta ni diadakan under fakulti, which semua student farmasi (Palam) involve.
sesi perbarisan, pembukaan fiesta nostalgia.. =) lawak lah dorang.
macam budakbudak, but cute. =)
banyak lah acara-acara yang diadakan. semuanya based on traditional punye permainan. susun tin, galah panjang, getah atas para, ayam dengan musang, bowling kelapa etc. dan aku masuk Kembara Warisan (explorace) but kitorang tak menang pon, sebabnye, kitorang banyak tak tahu tempat-tempat yang ada dalam Palam ni. maklumlah baru part 1. besides, dia punye klu based on Pantun. maknanya, memang kena teka lah. dahlah banyak tak tahu tempat, kena teka pulak tu, hurm...
markah..
kemenangan semua pelajar base on games. haha.
dekat checkpoint tu kan, ade yang kitorang kene berlakon cerita klasik *kitorang dapat, cerita batu belah batu bertangkup*, kene main batu seremban, teng-teng, lempar belon, ambik klu dalam tepung, minum air kopi (penalti) sebab tak dapat teka peribahasa yang aku gayakan, dan macam-macam lagii. sangat penat. kitorang lalu checkpoint yang sama sebanyak 3-4 kali. dah lah berlari-lari di tgh panas terik, di tengah-tengah orang ramai pulak tuu. nasib baek smua sibuk dengan urusan masing-masing.
mencanting batik. =)
malamnye, ade malam kebudayaan, student part 1, part 3 dan jugak part 5 bertanding berlakon dan persembahan gaya bebas. memang sangat enjoy, walopun keseluruhannya part 3 yang menang. but, it is really an interesting experience. and the fact is, budak farmasi ni sangat berbakat, bukan saja pandai belajar, tapi pandai dalam segala hal. hakhak. nampak tak permainan die?
Zizah, aku, Ainil, Kela
dan kesannya adalah, hari ni, aku sakit kakiii.. dah macam orang mengandung dah, aku berjalan. dengan sakit otot perut lagii. memang menyakitkan hati lah kan.. sebabnya aku tak boleh gelak kuat-kuat like I always do. aku kan seorang yang sangat suka gelak. hakhak.
Jangan melayan seseorang perempuan itu lebih dari seorang kawan,kerana hati perempuan itu sesungguhnya mudah terusik dan mudah jatuh hati.
bye bye bye.. =)

hai . thanks sudi baca entry ni !

No comments:

Post a Comment