. . . Count UP . . .

Daisypath Happy Birthday tickers

Followers

23 October 2012

kenapa GIRLS senang menangis ?


hai ollss. kenapa girls senang sangat nak menangis? atau pun kita boleh panggil as cengeng. menangis doesnt mean that girls are not strong. 
sometimes, girls akan rasa macam nak menangis tetibe jer, tak de sebab, tak de ape-ape yang berlaku, but they *we* did feel like crying. aku pun tak faham sebenarnya, kenapa girls ni mudah sangat menangis? kalo sedih tu laen lah kan, ni, tanpa sebab, tanpa alasan, tetiba kita rasa sedih. hati rasa sakit. air mata pun macam nak turun aje. *cewaaah*


see? kajian jugak menunjukkan yang girls banyak menangis tanpa sebab. lelaki pulak, mesti fikir yang perempuan ni manja, mengada-ngada etc. but, they doesnt and never understand us. right? 

jadi, kenapakah aku tetibe terasa nak buat entry pasal ni? jeng jeng jeng. hakhak. aku terbaca satu artikel dekat satu blog bout this. dan aku rasa tertarik untuk kongsi pasal hal ni. mungkin, korang dah pernah baca, or maybe dah tahu, i dont even bother. aku just nak berkongsi.
__________________________________________________________
ALKISAHNYA...

Seorang anak lelaki kecil bertanya kepada ibunya “Mengapa ibu menangis?”

“Kerana ibu seorang wanita”, kata sang ibu kepadanya.

“Adik tak faham”, kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, “Dan adik tak akan pernah memahaminya”.

Kemudian anak lelaki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?”

“Semua wanita menangis tanpa alasan”, hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Akhirnya dia bertanya kepada seorang tetamu ALLAH dirumahNYA “ mengapa wanita begitu mudah menangis?”

Tetamu itu menjawab :
ALLAH berkata, ketika AKU menciptakan seorang wanita, dia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk
memberikan kenyamanan 

Aku memberikannya KEKUATAN dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak- anaknya 

Aku memberinya KEKERASAN untuk membuatnya tetap tabah ketika orang-orang lain mengalah, dan menjaga keluarganya dengan penderitaan dan keletihan tanpa mengeluh 

Aku memberinya KEPEKAAN untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya 

Aku memberinya KEPERKASAAN untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya 

Aku memberinya KEBIJAKSANAAN untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan KETETAPAN hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu

“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila-bila masa yang dia perlukan.”

Lalu tetamu itu menambah lagi :
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang di tampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana di situ tempat di mana CINTA berada.
jadi, moral of the story, janganlah memandang rendah pada insan bernama wanita. hehe. love your mom just the way they are. ibu bapa kita terima kita apa adanya, kenapa tidak kita? kan kan kan? 

bye , semoga bertemu lagii.. =)

p/s : tak sabar nak balik rumah, nak sambut raya haji. HAHA. cuti sem selama seminggu, wish it will be longer. ^_^


hai . thanks sudi baca entry ni !

No comments:

Post a Comment