Hai3. Apa korang buat untuk isi hujung minggu korang? Haha. Aku tanya ni sebab aku prihatin dengan korang. Jangan buang masa untuk perkara yang tidak berfaedah. Isilah masa anda dengan perkara yang berfaedah. *ececeh, pandai je aku nasihat orang, diri sndiri pun salu buang masa*
Jadi. Aku nak ceritalah event yang aku buat semasa hujung minggu. Yang pasti, hujung minggu aku sangat produktif. Sabtu, fakulti buat modul Kemahiran Insaniah. Dari pukul 8 sampailah pukul 4.30 kami student part 1 duduk dalam DK dan dengar taklimat. Bosan memang bosan. Tapi, penceramah sangat best. Kelakar, then ada banyaklah input yang kami dapat.
Lepas tu, aku balik bilek, solat asar. Then, siap-siap nak pergi DATC sebab aku join grup usrah pergi dengar ceramah Dr. Zakir Naik. Aku tak pernah dengar nama beliau sebelum ni. Lepas aku buat google baru aku tahu, beliau sangat terkenal dan sangat bagus. Aku suka dengar kata-kata beliau yang penuh dengan fakta dan sangat ilmiah. Beliau ada ilmu yang luas dalam setiap agama yang ada di dunia ni. Bibble, quran, and Veda. *_*
Pukul 6 lebih bas uitm amik kitorang, lepas tu berhenti kat Puncak Perdana kejap, amik student Puncak Perdana, yang smuanya lelaki. Hakhak. Tapi, semua alim-alim, jadi, tundukkan pandangan lah aku. hakhak. Sampai dekat UiTM Shah Alam, dalam pukul 7.45 macam tu. terus solat maghrib. Masa tu, ceramah dah nak start dah.
Lepas tuh, terus pergi cari tempat dalam Dewan Agung Tuanku Canselor. Memang sangat best dewan tu. dewan dah penuh, kat luar pun dah ramai. Macam-macam orang ada. But mostly aku nampak orang kulit hitam but muslim. *based on jubah n tudung dorang pakai*. Masuk dalam DATC pun memang ramai muslim but non-malaysian. Memang aku agak teruja la kan.
Topic yang dibincangkan malam tu adalah mengenai, national brotherhood. Lepas dua jam bercakap, ada Q&A session pulak. tapi, sesi ni lebih diutamakan kepada non-muslim. i dont know why. oh ya, ceramah beliau full English. Jadi aku agak terpinga jugak nak faham. Ditambah lagi beliau orang india, jadi, slang tu agak susah nak tangkap.
Kita tak boleh salahkan takdir ALLAH. Sebab ALLAH bagi kita dua pilihan, satu nak pilih jalan A, satu pilih jalan B.bila dah pilih, ALLAH akan aturkan pulak, pilihan yang lain.
Yang menariknya, ada dua orang ni CHINESE AND INDIAN. Dia ada tanya pada Dr. Zakir Naik. Bila dr. Zakir tanya :
Do you believe that God is one and only. (yes)
Do you believe that Muhammad is the chosen one? (i wish to)
*yg dalam bracket tu jwpan dorang*
Bila dr. Zakir nak ajar si Chinese ni sebut in Arabic (selawat), dia tak nak. Aku tak tahu kenapa but i guess dia tahu yang kalo dia sebut dia akan masuk islam. But, of course Alhamdulillah kalo dia nak masuk islam. Si india tu pulak, dia siap mintak untuk diberi satu nashkah al-quran yang ada terjemahan. Sebab dia nak mendalami. Katanya. Alhamdulillah.
Jadi, aku rasa perbahasan beliau sangat menarik. Kami sampai ke kolej dalam pukul 1. Naik, mandi, terus tidur. Memang letih sangat. Esoknya, ada LDK (latihan dalam kumpulan) pulak. but, still aku manage to tak tidur masa dalam kelas, sebab buat aktiviti. Sebut LDK, of cos ada presentation bagai. I hate that much.
Jadi, sampai situ sajalah, aktiviti hujung minggu aku. minggu ni ada Explorace pulak, dekat Taman Botani Shah Alam. Tak sabar nak berlari-lari. Ahaks. =)
dengan dorang lah aku pergi sana. nak dijadikan cerita. masa kitorang balik dari tandas, otw nak keluar dari dewan, sebab dah bosan duk kat dalam DATC tu, kami nampak ada satu interview dari pihak TV. siap kitorang lalu kat sebelah lagi. hakhak. tak silap dari TV9. huhu.
Dr. zakir naik is a medical dr. by education but he spent his youth along with his studies for the noble cause of islam. He is the world famous muslim orator on comparative religions. He spent 13 years of his life in studying the religions. one most important thing about zakir naik is that he likes to talk about the similarities between religions, he does not like to insult other religions, instead he uses the command of Quran “COME TO COMMON TERMS”. ALLAH swt has commanded us to be polite in attitude while doing da'wah so that our words can leave a mark on the hearts of the listeners.
hai . thanks sudi baca entry ni !
No comments:
Post a Comment