. . . Count UP . . .

Daisypath Happy Birthday tickers

Followers

25 November 2012

Karnival Sukan Kolej Angsana 1

hai hai hai. baeklah, hari ni akak nak cerita pasal sukan blok A1 yang dijalankan pada tengah hari tadi. memang sangat penat. sebab sejak dua malam yang lalu aku sibuk *x de la sibuk sangat* dengan latihan kawad untuk PERKOM. nanti-nantilah kalo aku menang aku cerita pasal PERKOM. kalo x menang, tak dapat lah tahu pasal tu. HAHA. gurau.

tadi, my family datang hantar pukul 10, sebab aku punya games start kul 10. so, aku turun padang kawad tu, lewat la. penat, sebab daripada semalam ulang alik dari homestay ke hostel. ye lah, malam ade latihan, nak tak nak kena pergi. and, gratefully my parents tak kisah nak hantar aku datang sini, dan amik aku lepas habis latihan kawad.

tapi, bukan pasal tu aku nak cerita. aku nak cerita pasal sukan yang ade pada hari ni. ade tiga games je pun. bola jaring, explorace dengan sukaneka. si Fitrah yang ajak satu rumah maen sukaneka, dan tambah tiga ahli daripada rumah laen. sebab tak cukup ahli. tapi, disebabkan aku tak daftar, AJK rombak group kitorang, dan tambah ahli laen. 

tapi. ALHAMDULILLAH kitorang dapat number 5 daripada 8 group yang bertanding. penat sangat kot. instead, sampai sekarang kaki aku sakit. malam ni nak kawad lagi. HAHA. aku tak pernah aktif macam ni. seriously. 

tapi, si Kela, Alin dengan Hanim menang bola jaring tempat kedua. ade 3 grup yang bertanding bola jaring. kelas tak? HAHA. aku datang je pagi tadi, dorang tengah berlawan. aku pulak memang tak pandai main bola jaring, jadi kirim salam la nak main benda alah tu. 
Alin dan Kela
dalam sukaneka ada 4 games. 1- titian kasih (rasanya) , 2-cari getah dalam tepung, 3-isi botol, 4-baling belon. 

titian kasih ni, kita kena sambung apa saja yang kita ade, kitorang guna tali kasut, kunci rumah, tapak kasut, kasut, stokin, botol air, fon, earfon (pon ade) dan macam-macam lagi. semua yang boleh diguna termasuk orangnya. kami semua sepuluh orang terbaring atas jalan tar yang sangat panas, semata-mata nak panjangkan titian tuh. memang dahsyat la. aku tak pernah nak terbaring atas jalan tengah panas macam tu.

game kedua, cari getah dalam tepung. yes, aku memang suka main dengan tepung ni. sangatt suke. kalo game sukaneka salu ade main tepung kan? bosan kan? 



Alin si baju pink x maen pon, tapi kena tepung jugak. sebab si budak yang kat belakang sekali tu sapu kan. Nakal  budak tu. aku pun kena sekali.


lepas tu isi botol dengan air pulak. alah, permainan budak - budak dulu. HAHA
lepas tu lagi, ade games buang belon. sekali pecah terus kalah. mula-mula grup depan yang pecah, lepas tu, bila belon tu sampai pada Kela, pufff pecah. HAHA. kitorang *err, aku je kot* melompat-lompat. sebab sikit je lagi. haha. tapi, enjoy tu yg penting. baju Kela je yang basah. sebab sambut pakai baju. yang pelik nye, bila bola jatuh atas jalan x pecah, bila sampai kat Kela je pecah. HAHA. gurau saje.




aku, Kela dan Dee.




dari kiri - Kela, Hanim, Alin, Fitrah, Aku, Dee, dan Nabila
 yang atas adalah rakan serumah aku. sebenarnya, rumah aku ade 8 orang. tapi, sorang tak dapat join. jadi tinggal tujuh orang je la. si Tirah, pergi rumah mak saudara die. kat KL. kitorang amik gambar ni, sebab nak buat dia jeles. dan aku sengaja tag nama dia (dalam FB) kat langit. HAHA.


Tirah
jadi, sekian saja untuk hari ni. aku nak sembahyang maghrib ni, Lagha sudah. =) apa-apa pun enjoy tu penting dalam games, tak semestinya nak menang aje. tapi, niat nak menang kena ade, baru kita berusaha untuk menang betul tak? doakan platun Pharmacy menang dalam PERKOM nanti. thanks. =)

hai . thanks sudi baca entry ni !

19 November 2012

Rookies KPOP .

anyeong. entry hari ni, I nak story sikit pasal grup and soloist *betul ke ni?* yang aku baru discover dalam dunia KPOP. dorang dah debut lama jugak, but just notice they are also awesome. serius, I dah jatuh cinta dengan dorang ni. tak tahu la nak pilih yang mana. haha. macam la perlu pilih? actually aku dah lama tak aktif mendownload lagu kpop, tapi, dah jadi aktif balik sekarang. sebab, si housemate aku Dee duk promote dorang pada aku. in the end, aku dah tak dengar lagu lain dah. 

jadi siapakah dorang yang berjaya curi hati aku ni? haha.
 
A-JAX
sebelum ni, aku dah pernah tengok video ngan lagu dorang. seriously, tak berapa nak best sangat lah. tak femes sangat pon. tapi, sekarang, dah bertukar. ohh, mereka sangat bergaya dan charming. lagi-lagi Hyeongkon. leader A-JAX. yg mne dlam gambar kat atas aku tak sure pulak. korang google la ye. hausmate aku cakap muka die macam Kai (Exo-k) ngan Jaejoong tapi, aku nampak cam KimBum (BOF). maybe smua skali kot. =D
from Hyeongkon punye tumblr. =)

Hyeongkon. =) comel...

yang ni pulak Jaehyung. muke macam Kim Hyun joong kan?
lagu baru dorang 2MYX. memang sangat best. serious tak rugi tengok. orang kata lagu ni sekuel kepada Run Devil Run from SNSD. ^_^


Exo-k

aku dah kenal dorang and minat dorang dari mula lagi sebab dorang junior kepada SUJU. lagu dorang pon, best. dorang tak de lagu baru setakat ni, selain daripada MAMA dengan beberapa lagu dorang. dorang agak best, sebab muda-muda lagi. in fact dorang punye tarian, wow.. hehe.

dua orang anggota Kai dengan sape entah, masuk grup YOUNIQUE, which ade Eunhyuk, Henry, Taemin. lagu Maxstep, erm.. agak best. sangat rancak. aku siap buat ringtone untuk alarm. tapi, tetap tak terjaga. alih-alih rumet jugak yang kejutkan. *eh, maaf, kluar topik pulak*

YOUNIQUE.

Kai. or nickname dia Kaora. kalo tak silap. =)

Baek Seung Heon
dia ni diproduce oleh Jaejoong. sangat pandai menari, dan sangat tinggi. *tengok dalam MV la* masa menyanyi dia senyum je. memang sangat comel la, tambah lagi dengan dimple yang die ade. ohh, sangat jealous. perasan tak dia ade iras Lee Jang Woo and a bit Yong Hwa. masa tengok MV dia "Till the Sun Rise" asyik tersenyum jer. huhu.
tengah2 mencari Baek Seung Heon, kluar dia pulak. tak de kaitan. ya aku tahu.
tapi aku nak masukkan sekali. HAHA.

Noh Ji Hoon

die ni agak oke la. dengan muka iras-iras K.Will dan suara yang agak sedap. sebenarnya aku nampak die dengan Baek Seung Hoon, tu, tak ada beza pon. kalo tengok dorang menari pon, macam sama je. tapi, dorang dari company yang berbeza, plus, ade keistimewaan masing-masing. no doubt bout that. =) Noh Ji Hoon ni pulak, junior kepada beast. lagu die Punishment. best jugak. 


Natthew

now, next Thai prince, ke dunia kpop. dia ni artis Thailand. but aku tak sure lak company mane. he looks like someone, Taiwanese actor kot. entah. aku rase macam pernah tengok je muka macam dia ni. aku tengok MV die, quite oke lah die ni. worth it la. tajuk die, She's Bad. korang google sendiri lah ye. =)

S4

ini pulak grup from indonesia. dorang quite okey la. yet, dorang amik ciri kpop dalam muzik dorang. dengan tarian , muzik dan jugak, dorang siap feat dengan Hyuna kot. kelas tak kelas lah kan. huhu. korang boleh try google "She is my girl". at first aku dengar macam dorang nyanyi in Hangul, lepas tu dengar betul-betul, tak. gaya pakaian dengan background MV memang macam korea la. but, its nice. dorang pon, dapat komen positive. 

~She is my girl, dont touch touch.~ huhu

tu je lah yang aku nak citerkan. mentang-mentang kelas cancel, dan tadi, bila aku tengok someone tu, terus aku terfikir nak update blog pasal ni la. huhu. korang pun patut, tengok skali. lets share the craziness together. HAKHAK. craziness lah sangat. 

anyway, dont forget our relatives in Gaza. lets help them with Doa. in shaa Allah, they will soon free. aminn.  
seramnye tengok kat Facebook, gambar bayi, perempuan yang dibedil. masya-Allah. betapa bertuahnya kita berada di bumi Malaysia. 

yet, people are still unaware. masih ade yang sanggup beratur panjang nak dapatkan burger free dari Mcd. aku ni walopun, rasa teruja dengan tawaran daripada Mcd ni, tapi.. tak sanggup rasanya nak pergi.
p/s : tadi dalam kelas economics, pun lecturer dah pesan jangan makan McD.  

nanti kat akhirat kalo kita ditanya apa yang kita buat apabila sedara seislam kita dikejami *ade ke ayat ni? lantaklah*. at least we have the answer. in shaa allah doa kita yang jujur mampu menyelamatkan mereka. 
#pesanan penaja#

k, bye. =)


hai . thanks sudi baca entry ni !

15 November 2012

STRESS!

Seperti tajuk. tiada hal lain yang saya nak cakap. saya tengah stress. yang buatkan saya stress adalah, sebab... semua yang ada kat sini. hidup kat sini. di Puncak alam. mungkin benda tu kecik. bukan assignment yang buat saya stress, sebab saya tak de assignment pon. bukan jugak kawan-kawan, sebab kawan-kawan kat sini sangatlah happening, terutama hausmate saya. dorang sangat best, classmates pon best. dan bukan jugak sebab ubat yang tak sempat siap. =(
baru seminggu lebih, balik sini, lepas cuti midsem, tapi, dah rasa macam sebulan. seriusly *campur skali bm ngan bi, lantaklah*. serius rasa stress. sebab result test yang tak oke. tapi, dah boleh cope. test anatomy minggu lepas. yang ni, salah sendiri sebab study last minit. jadi untuk menghilangkan stress:
1. akak usrah saya cakap kalo kite stress jangan citer kat orang lain dulu, tapi, mulakan dengan ALLAH. luah pada Allah dulu. kadang-kadang, manusia tak faham apa yang kita rasa. ALLAH jualah yang paham kita lebih kita paham diri kite sendiri. tapi, bukan masalah saja yang boleh kite citer pada ALLAH, tapi, semua perkara. *insya-ALLAH*
2. tidur. kebanyakan ubat kepada penyakit, adalah tidur. sakit hati, marah, pening kepala, sakit perut, tak perlu apa-apa ubat yang spesifik, tidur pon boleh ubatkan. dah jadi kebiasaan pada saya untuk tidur kalo saya rasa stress. tidur petang semestinye. tapi, kalo tak stress pon, tidur jugak. haha. pernah saya rasa sangat kecewa dengan apa yang saya lalui, saya tidur. bila bangun, bukannye saya tak rasa kecewa dah, tapi, saya jadi redha. 
saya cuba untuk salu jadi optimis. dalam segala hal. *insya-ALLAH* sebab tu kadang-kadang, kalo saya dapat markah rendah ke, dikutuk, diperli, saya hadapi dengan senyuman. tapi, benda tu jadi kudis dalam hati. =') 
3. dengar lagu. macam saya, saya perlukan lagu yang rancak. jadi lagu hero saya Gdragon - Crayon. jadi pilihan. saya memang tak boleh dengar lagu yang slow, makin stress rasenye. lagi, rancak lagu tu, lagilah saya suke. and fortunately, lagu korea memang banyak yang rancak. lagu melayu pun ada yang rancak, but few.
4. family. kalo saya stress saya nak sangat family ada dengan saya. bukan untuk saya citer apa yang buat saya stress tapi, untuk menjadi tempat saya menghilangkan beban di bahu. *cewaah, beban di bahu kot* dan minggu depan family nak datang sini sebab ade saudara kahwin kat sini. tapi, saya tak tahu dapat jumpa dorang atau tak, sebab saya kena sertai program Kesatria. saya pun tak pahamlah apa yang komander nak buat dengan kami, platun 3 ni. tak paham sebab kami tak diberitahu apa-apa.
kalo telefon family je pun, pon kadang-kadang rasa oke. walopun, tak de kata-kata semangat, tapi, saya tahu, mak dan ayah salu doakan saya. grateful for that. tapi, manusia tak pernah cukup kan. dah seminggu lebih, rasa nak jumpa mak, ayah dengan adik-adik. rasa jeles dengan kawan-kawana yang boleh balik tiap minggu sebab dekat. tak aci. tapi, ini cabaran. and i have to face this.
sebenarnya, saya stress+geram sebab saya tak dapat jumpa mak ayah saya nanti bila mereka datang sini. and if i cant see them, i will buy a ticket, and saya akan balik rumah. even hanya untuk sehari. saya nak BALIK. saya tak kira. dan kalo ayah saya tak kasi saya balik, saya nak merajuk. then, of course nangis. HAHA. membayangkan je pon, dah cukup, dah rasa macam nak nangis dah. seriusly. sebab kalo saya tak jumpa dorang minggu depan,and if kalo saya tak balik rumah minggu depan, saya takkan jumpa dorang sampai final sem 1. which means bulan 1 2013.

5. keluar. masa duduk kat matrik, saya akan outing bila saya rasa stress, dan banyak kali jugak saya outing. ke mana saja, asalkan outing. saya memang jenis yang suke berjalan. tak semestinye shopping, shopping window pon jadi *terbalikkan sendiri ya? dah malas nak delete balik. hehe* dan Ahad ini saya mahu ke KL. dengan hausmate. InsyaALLAH. 
esok ade kelas lagi. kelas ekonomi, dan ctu je. tak stress sangat. tapi, ade kuiz, dan saya belum study. yesss.  petang tadi bantai tidur, sampai termimpi-mimpi. malam ni, barulah study. again, last minit punye keje. adush, bila lah saya nak berubah? procrastinator tegar. haha. 
anyway, thanks sudi baca entry mengarut ni. dah tak tahu nak tulis kat mana. nak tulis kat fb rasa macam panjang sangat. dan saya menulis ni, sebab nak luahkan apa yang saya rasa. bukan nak mencapab = mencari publisiti. *bak kata Dee and Tirah.*
okeh. babai. dah nak maghrib. =)

hai . thanks sudi baca entry ni !

12 November 2012

My version of Crazy Little thing called love

Hai3.. korang mesty pernah tengok cerita ni kan? kalo belum tengok memang sangat ketinggalan la korang ni. =) And know what, aku dah tengok citer ni berkalikali. Tak terkira rasanya. Tapi, bile aku repeat tengok citer ni, aku bukan tengok full la. Aku tengok part lastlast and yang bestbest jer, but still aku sangat suka tengok citer ni. Malah tersangatsangat suka. 
TAPI, entry kali ni, bukan aku nak cerita pasal cerita ni tau. Tapi, aku nak cerita pasal, citer aku, yang lebih kurang dengan cerita ni. A girl that like a guy, insist nak jadi yg terbaik, jadi lebih cantik, dan makin pandai dalam pelajaran. And, honestly, aku rase macam citer aku zaman dulu sama dengan citer ni. sikit-sikit la. hehe. Yes, zaman dulu. Masa aku belum matang. 

Dah lama aku simpan entry ni. Aku tak tahu bila masa nak publish. Now, is not the right time, but i guess its okey. Kan? lagipun aku rasa tak salah aku nak citer pasal ni. lagipun ni kan citer aku. hehe.
Aku tak rasa yang perasaan aku dulu tu cinta pada si lelaki tu. maybe suka? Entah. but, i did the same *not really the same* macam Nam dalam citer tu, yang sayang betul dengan P’ Shone yang hensem lagi popular. Sanggup menjadi seorang yang lebih cantik, lebih pandai. Aku nak tekankan di sini, how fool seorang perempuan boleh jadi demi sebuah perasaan. Tapi, bagi pihak Nam, aku rasa usaha dia berbaloi, since die akhirnya Berjaya miliki P’ Shone. *tengah tunggu A little thing called love 2*

program hot guys who cook. Henry Golding sgt lah hensem.=)
aku cube jadi lebih baik. physically n mentally.. Keputusan PMR keluar, dan nama aku dipanggil ke depan. Sangat terkejut. Sangat surprise. Tapi, aku bangga. Trial aku 1A je, tapi aku Berjaya dapat stret A. Masa kat depan, aku cari die. Tak de. Sampai lah ke akhir majlis, die tak de. Tak taulah die pergi mane. Padahal masa mula-mula masuk dalam sekolah, aku nampak die. Masuk fom 4, hanya beberapa minggu, lepas tu aku tukar sekolah. Aku jugak dapat tahu die pun tukar sekolah siap dengan pindah umah sekali. ~_~

no happy ending though.

Aku tak sedar pun masa tu, yang aku berubah tu sebab die. *change for good* Sekarang, bile aku fikir balik, barulah aku tahu. Die punca aku berubah. Apa-apa pun, aku berani citer kisah ni, sebab aku tahu die takkan baca. Die bukannya amik tahu pasal aku kan. Aku nak tegaskan di sini, Its not about love. Seriously. Sebab aku masih kecik. Tak main cintan cintun ni. but until now pun, aku masih lagi sendiri. student yg baik kott. Haha.

aku cerita pun sebab aku ade terbelek aku punye diary dan aku terjumpa gambar-gambar lama aku. dan jugak terbaca beberapa cerita yang aku tulis dalam tu. memang aku rasa dulu aku sangat lah !@#$%^. haha. aku tak tahu ape perkataan yang sesuai di situ. hehe. dan kalolah ade yg membaca kisah aku ni, ambik iktibar. *iktibarlah sangat* hakhak. 

jadi inilah perbezaan gambar aku yang dulu dan sekarang. tak silap gambar ni masa form 2 dan yg sebelah lagi tu, taon lepas. padanlah lelaki tu tak pandang pon aku kan. haha.  punyelah lebar aku senyum dulu. nampak gigi jer hah. happynye hidop aku. Anyway, thanks sudi baca kisah tragis aku  ni. Ececeh, tragis lah sangat. skadar perkongsian. AND IF KORANG ADE CERITE CINTE KORANG, I WISH TO READ. SHARING IS CARING KAN? Bye bye. =)

hai . thanks sudi baca entry ni !