. . . Count UP . . .

Daisypath Happy Birthday tickers

Followers

13 June 2013

SF Beauty ada Mercury !


tak tahu nak start macam mana . sebab masih terkejut nih . hurm . . . tadi , terbuka hati nak baca blog-blog yang aku follow . dan ternampak entry ni . memang berminat nak bacalah , sebab tadi pon ade dengar radio cerita pasal product kat Malaysia yang dicancel kan die punye penjualan sebab ada bahan terlarang . semalam , ada terbaca yang ada blogger yang kulit muka dia teruk gila sebab pakai satu produk nih . ~_~ 

so , aku bukak link BPFK  ni . dan sangat terkejut nampak senarai produk yang dibatalkan penjualannya sebab ada bahan yang merbahaya *betul ke eh?* . terkejut tu sebab ada produk yang aku tengah pakai that is SF Beauty . 


nampak tak ? gambar ni di-'screen-capture' daripada laman web BPFK tu . sebelum ni lecturer ada pernah suruh tengok laman web nih . nak tahu apa produk2 yang dah dibatalkan . 

sedihnya . setakat aku pakai SF Beauty ni , memang takde masalah . kulit pon makin elok je , dulu aku punya kulit tak rata tau . cam ada panau tapi bukan panau sebenarnya . lepas tu , my mom ajak pergi kedai . lepas tu , akak tu cadangkan pakai SF Beauty nih . aku cari kat internet pon ramai kata elok produk ni . hurmm . 

takut pon ada gak nih , sebab ada mercury . aku rase aku dah pakai produk ni dalam 5-6 bulan . 
now , dah kena cari produk baru . tak tahu nak pakai ape nih . sebelum ni pakai Alaisyah , tak ade apa-apa perubahan . tak kena dengan kulit kot .   

agaknya kena pergi farmasi . pharmacist know better suppose to be . so , korang lawat lah laman web BPFK ni tuk tahu produk yang korang guna tu elok atau tak .  okey , nak buang produk tu sekarang jugak !

k bai . nak pergi beli makanan . =)


hai . thanks sudi baca entry ni !

18 May 2013

Persediaan ke Matrikulasi .

Oke. Akhirnya, dapat jugak cari masa sikit nak taip entry nih.  Maaflah kalo tak dapat mencapai expectation. Recently, banyak dapat komen , adik-adik yang akan masuk matriks 27hb ni. Baaaaanyak soalan (betapa banyaknye! Hehe), regarding , matriks. So , di sini akaks nak jelaskan. Kat matriks, tak delah strict sangat. Don’t  worry dear. Korang boleh bawak apa-apa barang peribadi , but careful! Tak yah lah bawak tab korang tu. tak ade guna pon ! : )

Lappy+charger , handphone + charger , iron , heater , kipas , lampu meja , apa lagi erk? Apa-apa lah .. boleh je bawak. Yang tak boleh bawak : rice cooker , air cond (ahaks) , ape lagi . . . blurr pulak petang-petang nih . hihi . ada apa-apa pertanyaan PM aje (cewahh) . walopun tak dapat bayaran daripada kerajaan , tak polah . ikhlas akak (tua 2 tahun kot, heheh) tolong. ^_^ Nak bawak teddy bear besar manusia ke dinasour ke , patung upin ipin ke , Barbie ke . boleh je. Heheh. Mengarut .

Next, dari segi pakaian, nak nasihatkan lah bawak banyak baju kurung. Sebab memang pakai baju kurung je kat sana. Except kalo ade extra class, time extra class boleh pakai baju biasa. But no sexy-mexy ya? just nice + ayu + sopan. Ececeh. Then, bawak kasut sukan. Ada koko maybe sem 1 or sem 2, and time orientasi pulak, pakai selalu je kasut sukan tu, sebab ada riadah petang-petang.
 

Extra : please be prepared untuk tidak cukup tido time minggu orientasi. Korang akan dengar banyak ceramah, and kena bangun awal sebab korang wajib solat subuh berjemaah (kat KMPP lah). No ponteng-ponteng eh? Some matriks ade yang sampai kul 12 tak habis lagi program.    

Mindset korang kena strong nak tempuh matriks ni. Set satu impian yang boleh motivates korang untuk berjuang dapat apa yang korang nak. Dalam entry ni, akak, senaraikan apa yang akak buat dulu. Maybe can help uolls! Since, ade yang tanya akak tips belajar.  Just nak kongsi. Seronok kalo dapat tolong orang nih. Its not really special though, sebab akak belajar sama macam orang lain. Tak ade amik ubat apa-apa pon.
 

Malu jugak nak kongsi benda macam ni. Tapi, kalo boleh nak tolong lah kan. Take it or leave it. Kalo sesuai ngan korang amalkan, kalo tak. Tak ape. Akak pon macam tu, kalo cara orang tu tak kena dengan akak, akak jadikan panduan lah. *tapi, dekat uni ni tak skor pon! Sedih. Sebab banyak sangat main*

Tips belajar kat matriks :

1. Jaga hubungan dengan Allah, parents, lecturers and friends.

Seriously, akak tak ade lah alim sangat. Solat pon kadang-kadang lewat jugak. Tapi, akak amalkan baca alquran selalu, and buat solat hajat.  Selalu jugak. Akak bukan jugak anak yang sangat solehah sampai tak pernah buat mak ayah marah. Next, dengan kawan-kawan. Jangan gaduh-gaduh ya. akak masa belajar matriks, ade jugak gaduh-gaduh ni. Entahlah. benda dah jadi. Heheh. Maklum darah muda. Kekeke. 

2. Adab belajar.

Nak start belajar, baca doa dulu. Dah makan, dah minum baru belajar. Belajar dengan perut kosong susah nak masuk *kalo akak lah. Heheh* belajar sejam, lepas tu, kalo rasa cam dah penuh otak tu  chill kejap. akak tak suka study petang-petang, sebab time tu otak dah lembab. Kalo nak buat math okeylah. Masa terbaik nak menghafal is pagi, waktu antara maghrib ngan isyak. 

Dulu time belajar akak suka buat notes pendek and listkan point-point penting. Akak fahamkan ayat yang akak baca, then, akak ingat keypoint. Kalo korang faham, apa-apa soalan yang ditanya pon, insyaAllah korang boleh jawab. Actually, kalo korang selalu buat latihan, automatically korang akan ingat. Serius. Tapi, ikhlaskan hati nak belajar tu. hehe. 

Tutorial kena siapkan. Nak dapat berkat cikgu lah katakan. Tak kira lah dengan cara apa sekalipun termasuklah . . . . . Ehem,ehem. Akak dulu pon meniru kalo tak sempat buat tutorial lagi-lagi, math. Pastu markah kuiz ciput je. Kadang-kadang kuiz pon meniru. Heheh. Jangan buat ya? Tengah buat soalan tutorial tu lah ade probability untuk korang paham. Practice makes perfect. 

Then, kalo korang rasa selesa study group buat study group. Kalo tak suka tak payah. Study group ni bagi akak banyak keburukan sebab akak suka bercakap. Nanti belajar 5 minit. 65 minit berborak. Kalo berborak pasal pelajaran takpe. ^_^ and kadang-kadang kalo bagi pendapat tu, ada yang semberono je. Padahal, tak tahu pape. Eh, terkutuk pulak. heeee. :D 

Yang paling penting, share ilmu dengan kawan-kawan. Kalo korang tahu, share je. Tak ade yang nak marah, if sama-sama tak tahu, confirmkan dengan lecturers.  Hari-hari yang esoknya ada kelas tak payah stay up. Akak dulu amalkan tidur awal, paling lewat pukul 12. Sebab nak focus dalam lecture hall. Matriks tak sesuai stay up. Sebab jadual pack. 8 pg sampai 5 petang. Kalo tak cukup tido, confirm korang akan mengantuk dan letih. 

3. Study week

Time study week nih, belajar betul-betul. Jangan main-main. Time nilah korang nak jadi burung hantu. Tak tidur malam sebab study. Hah, jangan study drama korea pulak *ehem, kat diri sendiri* ada masa belajar, belajar. Tanya lecturer apa yang korang tak faham. Lecturer semua baik-baik. trust me. 

4. Stress

Probability untuk stress kat matriks, sangat tinggi. Ceh. Menakutkan kan? Manage diri betul-betul, insyaAllah, korang takkan stress. Masalah kecik jangan difikirkan sangat. And jangan buat keputusan based on emosi. Hah, yang ni masalah besar nih. kalo stress pergi kat kawasan lapang, or time roommates semua keluar jerit kuat-kuat. Tapi, jangan buat tengah malam, lain pulak jadinye nanti. heheh

last word, Good luck! Matriks ni senang nak skor kalo kena gaya belajar. Korang kena cepat adapt ngan situasi kat matriks yang semuanya nak cepat je. Hah, jangan nak bercinta sangatlah kat matriks tu. buang masa. Setahun je, korang jumpe. Lepas tu clash, kalo clash lepas setahun takpe, kalo clash time belajar kat sana, tak ke susah. *based on pengalaman orang lainlah.* akak tak main cintan cintun ni. Ahaks. 

SPM is a past. Korang tak payah nak bandingkan or rasa rendah diri ngan result SPM korang. Matriks ngan sekolah dunia berbeza. Tinggalkan result SPM kat rumah. Panjang rasanye, entry kali ni. Anyway, always pegang :

Allah akan balas kepada kita kejayaan yang sesuai dengan usaha kita. Don’t be arrogant sebab semua nikmat Allah yang bagi. Enjoy hidup kat matriks yang sangat singkat ;)

Adios ! good luck guys. hope ni dapat tolong korang. heheh. :)

 

hai . thanks sudi baca entry ni !

13 April 2013

1st giveaway by Nabihah Ahmad - jom JOIN



i was tagged by her . so jom JOIN jugak ? hadiah yang sangat menarik ! hehe . dan GA ni sangat mudah ! like dan follow blog orang saja . jom jom jom ! mana tahu ade peluang menang ? 


hai . thanks sudi baca entry ni !

10 April 2013

one word "Farmasi"

hai . hari ini aku nak update pasal degree farmasi , which i am in now . aku bukanlah terer sangat nak bercakap pasal ni tau sebab baru sem 2 je pon , tapi aku tau lah jugak sikit - sikit . kalo ade pape nak tanya pon , boleh je PM kat Fb or DM kat Twitter . heheh . *konon*
simbol farmasi . . RX
anyway , kat UiTM ni , korang kena amik selama 4 tahun . mostly Uni kat Malaysia semuanya 4 tahun . but I dont know about private one . biasanya lebih kurang je . so , macam mana korang nak masuk degree farmasi ni ? ade some people tak tahu pon ape tu farmasi . *like my lecturer yang handsome tu, nasib baek handsome* haha .
farmasi ni apa ?

kerjaya farmasi ni actually luas . you can be in many sector you want . hospital , community , or industry . lain tempat  lain skop kerjanya . contoh korang minat buat manufacturing , minat main ngan mesin , mostly in industri la . so far , tak ramai yang minat ngan industri ni . including me ! aku memang bercita-cita nak kerja kat hospital . tapi sekarang ni , pharmacist kat hospital almost saturated . so , dont know whether I or all student same batch dapat tempat kat hospital ke tak .
rezeki ade di mana-mana . tak dapat kat Malaysia , aku lari luar negara . I mean sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi . *peace*
kalo kat hospital pulak , mostly kerja pharmacist ni bukan buat ubat bagi ubat je . kalo nak bagi budak-budak makan ubat , dorang taknak pill kan , so kita kena ubah ubat tu jadi in liquid form . kadang-kadang kalo ubat tak cukup barulah kena buat . kat hospital pon ada banyak cabang bidang farmasi ni . farmasi satelit , kaunter ubat , and many . so its quite interesting . that is why , student prefer kerja kat hospital . Maybe ? and also , aspek gaji . kalo kerja hospital lebih lumayan laa . 
untuk komuniti ni macam farmasi yang dibuka kat deret-deret kedai . kalo tengok ade tulisan farmasi tu , betullah tu . cuma ahli farmasi je boleh bukak farmasi . well , kalo bukak farmasi , korang kena pandai bercakap *semua bidang kerja pon kena ade communication skills* . so far , aku tak berminat sangat dengan bisnes ni . tapi , kalo  bukak bisnes , gaji  tak tentu . some month can be higher than yang kerja kat hospital . well that is how bisnes kan ? honestly , aku tak pernah masuk mana-mana farmasi . hee :)
okey , so , macam mana nak dapat kos farmasi ni ?

syarat  - syarat yang setiap uni nak berbeza . apa yang lebih kurang hanyalah dari segi pointer and MUET . mostly nak  3.5 ke atas untuk student matriks and asasi . tapi , dia tulis je macam tu . *nak sedapkan hati kot* my batch paling kurang pon 3.7 rasanya . untuk dip saye tak nak cakap ape-ape , sebab maybe dorang dah diberi penerangan tentang ni . kalo MUET pulak korang kene paling kurang band 3 . band 2 tu macam atas pagar . sebelah kaki terjuntai . *HAHA*
nak dapat kos farmasi ni memang ler susah . and sangat pentingkan pointer taim asasi or matriks . but so far . kawan kawan punye experience , budak matriks punye silibus ade lagi pakai untuk degree , jadi cakap awal-awal jangan buang notes matriks . like me . padahal cikgu taim matriks dah pesan jangan buang . buang jugak . *degil* tapi walopun silibus lebih kurang tak bermakna budak matriks bole perform better daripada budak asasi . sama je . usaha are needed !
ramai yang amik farmasi sebab terpaksa . sebab tak lepas nak amik medik or dentistry . even 4 flat pon x dapat medik or dentist tau ? orang sekarang makin pandai . jadi , memang persaingan sangat sengit .
so far , belajar memang semuanya macam benda baru . so , susah nak cope mulanya , but now , I think I am better . but we will see the results afterwards . rasanye macam sem ni lagi best dari sem lepas . for me laa . sebab ade yang kate susah , sebab sem ni in total 10 subjek , but me amik 9 je . elective excluded . 
anyway , banyak sangat aktiviti sepanjang belajar . taim enjoy , kita enjoy . kalo dalam uitm ni ade persatuan SOPHYS . tapi ade jugak persatuan rasmi untuk student farmasi satu Malaysia (MyPSA) . yang terdekat No-Gaps kat usm . bulan 8 ni . me join . nak jumpa ramai kawan farmasi baru . HAHA . lagi ade karnival sukan untuk ssemua Uni di Malaysia , but only student farmasi . hehe . 
dekat UiTM puncak alam ni ade fakulti bisnes , sains kesihatan and yang terbaru , Art and Design . dorang menumpang fakulti kat sini . mostly kat fakulti farmasi lah kot .sebab salu jer nampak dorang . know what , nak beza budak AD ( Art & Design ) ngan budak farmasi ni senang . the easiest is the fashion . bukan student farmasi ni tak up-to-date . but still there are difference . 
 
kami tidak SKEMA okey !
aku rasa macam carca marba dah entry kali ni . kejap ke langit , kejap ke bumi . hehe . . just enjoy your life okeh ? eh , tetibe ! lagii seminggu nak mid sem break . but before enjoy , there are test to face , and after mid sem also . tak delah enjoy sangat heh ? :p

update : x jadi pegi NoGaps kat USM sebab kenderaan takde . aish . keciwa den !

hai . thanks sudi baca entry ni !

21 March 2013

Cerita Semester Dua

 

Hai hai hai . hari ni terasa rajin pulak nak mengupdate belog . tengah fikir fikir nak update ape dapat idea nak update pasal nii . . berhari – hari fikir dengan seriusnye . *konon* so , aku decide nak citer pasal sem dua yang baru tiga minggu bermula . more tougher , and more exciting . so , lets start . *sambil kunyah kopok*
where I live now. Shah Alam 2 / Puncak Alam

ni mase kami pergi joging di hari minggu.
Sem dua ni aku dah duduk luar , which mean I am a student which staying at a rumah sewa . serius , sangat seronok ! but lebih penat daripada duduk kolej . duduk rumah sewa nii , lagi la banyak keja nak dibuat . macam dah bekerja pon ade . usually , kalo jadi student UiTM memang kena merempat laa . sebab kemudahan kolej x mencukupi tuk student yang memang ramai gilaa . kalo korang nak duk kolej jugak , kena aktif kumpul kupon , x pon jadi MPP . 

our rumah sewa.
Kat rumah sewa ni ada banyak kemudahan . beruntung jugak kami dapat sewa rumah nii . sebab semua kelengkapan dah sedia . tv *siap astro lagii* , meja makan , katil , perabot . Cuma kami beli mesin basuh je . pulak tu beli yang auto , Nampak tak pemalasnya di situ ? haha . barang barang dapur peninggalan penyewa sebelum kami , kami x guna pon . simpan je dalam stor , sebab dulu penyewa nye lelaki .
ini Sheera ngan Piqa. piqa join kitorang second day start sem baru sebab ade masalah dengan rumah lama dia. cannot be told here. hehe. seram ! oh ya , Sheera is my roomates and also my classmates. kami duduk master bedroom kot. haha.
Rejai and Sheera. the Kenari car was Rejai's.
ini Dee hausmate aku masa duk kolej and also here .
Rumah ni ade 4 bilik tidur dan 3 bilik air . tapi , kami duduk 5 orang aje , satu bilik kami jadikan stor . and we will not tambah sesiapa lagi dalam rumah kami kot . sebab memang dah selesa berlima . ^^ memang berbaloi laa duduk kat sini kan . walopun agak jauh dari UiTm (dalam 15-20 minit) , tapi , suasana best . ada rumah kawan aku tu kan , dekat dengan coursemates yang lelaki , memang tak seronok .
Anyway , rumah kami dekat dengan senior farmasi yang lelaki . tapi , tak pernah lah kami saling bertandang , haha . kenal pun idak . tahu pon , sebab piqa hausmate aku ni , kenal senior yang duduk kat situ. ; )

ruang tamu. pedulikan bantal berselerak tuh. oh , oh , bantal busuk
aku pon nak interframe. haha.
Masak – memasak . lawak kalo ingatkan perihal masak ni . hari tu kami lawat rumah kawan dekat dengan rumah sewa kitorang , semangat betul dorang memasak . dalam kuliah pon duk dengar orang belakang duk bincang nak masak apalah , nak pegi beli barang dapur laa . macam-macam . sedangkan kami duk bincang nak makan kat mana . haha .
the store . haha. nama commercial .


Bukan kami semua tak pandai masak tau . tapi , nak jimatkan energy *ayat cover* . besides , I am on diet . *nak kurus* kami pernah lah masak , especially hujung minggu . gilir –gilir la masak . Alhamdulillah aku rasa dorang semua lulus bab memasak . jadi , siapa berminat boleh isi borang . *eh ?* hari rabu ngan sabtu pulak ade pasar malam . jalan kaki je pon dah sampai . sampai naik bosan dah . some of them dah berpunya. me, belom. HAHA. *sempat promot diri*

Aku rasa kami memang banyak keluar berjalan . minggu kedua dah sampai Shah Alam  . kami pergi Space U8 . anyway , tempat ni memang cantik . honestly , aku tak pernah jumpa surau kat mana-mana mall secantik surau kat sini . barang –barang dia pun agak oke . eventhough Nampak macam butik mahal tapi okey laa . taklaa semahal rupanya . ^ ^

*takde gambar surau tu pulak*

Minggu lepas pulak aku pegi Midvalley . walopun perjalanan ambil masa sampai 3 jam , sebab banyak stop by . tapi seronok . memang aku nak pegi lagi midvalley ni . *tunggu JPA masuk*

 Sem dua , dah kena start pilih nak masuk kelab apa . disebabkan taknak masuk kelab yang skema-skema macam pemikiran pemimpin , kami satu rumah cepat-cepat daftar kelab traditional dance and creative . okelah , setakat minggu ni perjumpaan just dalam 30 minit je . minggu depan laa kot baru start berlatih . serius , lawak . aku yang kasar nii , nak menari ? tak pernah termimpi pon !

in studio Rafflesia. cermin besar gilaa, apa lagi, time
to snap snap laa.
Aku rasa macam dah banyak je aku cerita . mentang –mentang dah lama tak update belog kan. Okeylah, i will stop here . will continue later . oh ya , aku nak jadi lebih aktif , so that I will have a good CV later . so ,aku pon jadi AJK untuk program yang fakulti adakan . will update them , when I have a chance .
See you soon ! 



hai . thanks sudi baca entry ni !

20 February 2013

RESULT . .


hai hai hai . actually aku tak de topik pon nak cerita dalam belog aku nih . tengah cuti sem kan , manelah aku ada cerita menarik . in fact , i have been doing the same thing everyday , and it is kind of boring . alah , biaselah , student . taim orang bagi belajar nak cuti , orang bagi cuti nak belajar . *sigh*

sepanjang beberapa minggu ni , macammacam perasaan aku dah rasa . dan aku admit perasaan tu ajar aku jadi lebih baik . i guess . nak citer ni . . dekat twitter aku ada stalk sorang mamat nii . and yet I found out , dia dah ada gf . pergh !! gf die cantik ! *patutlaa tak tengok aku ni... eh ?* untunglaa die . alah die pun hensem . so , sesuai gituu . . thats all ! =) 
from en. google

RESULT 

result sem 1 dah keluar dan mulanye memang aku rasa sedih sangat. sebab result aku cukup-cukup makan. but then , aku realize yang usaha aku memang sikit . so , kalo nak harap result tuu gempak memang tak laa kan . aku terima result aku dengan hati yang terbuka . at least aku x payah repeat apa-apa paper dah kan . 

oke, part aku terima dah selesai . bila aku bagitahu mak ngan ayah . . they just say , x pe laa mula-mula memang laa macam tu . oke , maybe mak ngan ayah kecewa dengan result aku , tapi, dorang tak bagitau . tapi , seriously aku rasa lega betul . mak ngan ayah x marah ! !

tapi, bila aku bagitau result aku pada some people , they said like : banyak tu je ? serius ke? jangan main-main . honestly it hurts me so much . oke, maybe aku emo . tapi, aku tak rasa people should say that right ? entah . aku bukan nak dengar ayat macam tu . aku bagitahu dorang result aku sebab aku percaya dorang . but in the end macam ni .

so, thats all. aku dah tak sanggup nak simpan rasa lagi, since then , aku tak bagitahu sesiapa pun pasal result aku . and aku dah taknak cakap pasal tuu lagi . =) 

kepada yang dapat Dean List tahniah ! nanti aku amik gambar korang naik pentas . HAHA . kepada kawankawan yang dapat result yang tak berapa oke , tak ape . cuba lagii . chance is everywhere , it depends on us . kita usaha , then tawakkal . insyaAllah . eh, macam apa aje . HAHA . 

p/s : HAHAHA. oke im being sensitive . sorry !

oh ya , pasal JPA kan . memang menguji kesabaran betul . but aku memang besabar . saban hari aku cek je dekat portal , tapi tak update apa-apa pon . in the end aku tunggu je orang bagitahu duit dah masuk . and aku baca kat Facebook tadi , duit dah masuk . tak tau laa betul ke tak . malas lagii nak cek , tengok lah esok atau lusa .

itu je la kot . takde pape gambar . line slow . malas nak tunggu . bye ! 

hai . thanks sudi baca entry ni !

29 January 2013

Contest blog bertuah 2013


hai. okey. sekarang jom join contest ni pulak. senang aje pon. hehe. nanti aku cakap kenapa aku join contest ni. kalo korang nak join, klik banner kat bawah ni ya?


tamat : 31 Januari 2013 jam 12 malam.
contest ni sangat simple. cuma kena folow blog and like fanpage empunya contest. jadi, cara nak sertai contest ni :

1. letak banner contest. 
DONE!

2. 3 sebab kenapa blog ni wajib terpilih untuk BLOG BERTUAH 2013 :
- aku join sebab nak cukupkan penyertaan. HEHE. *aci lah kan?* contest ni akan terbatal kalo tak cukup 50. so, i am helping all the blogger yang join. haha. *cover line sebenarnya, tak tau nak cilok sebab blog patut terpilih*

-blog aku ni patut terpilih sebagai blog terbaik 2013 sebab... aku nak tengok lah, bertuah ke tak si Daisy Diary ni. haha. kot macam tuan dia yang tak pernah bertuah dalam apa-apa contest sekalipun. ahaks.

-yang terakhir, belog ni dah dua tahun lebih kurang, so, ni pest taim join contest. hopefully, kalo menang, aku akan join contest lagi, dan jugak... MAYBE, akan buat contest sendiri nanti. InsyaAllah. =)

thats all. so, bloggers, lets help each other. mari bercontest dengan sihat. HAHA. 

hai . thanks sudi baca entry ni !