. . . Count UP . . .

Daisypath Happy Birthday tickers

Followers

1 January 2012

rahsia tarikh lahir


assalamualaikum..
aku nak kongsi benda yang aku baru baca kat internet. quite interesting, since, aku pun memang berminat bab-bab camni. its not like aku percaya 100%, just a game. of course segala ketentuan ALLAH yang tentukan. just seronok2 je. aku pun sure ramai suka baca benda macam ni. walaupun tak betul.
lets start...

ikut step ni
1) tarikh lahir korang 19-09-1993
tambah je semua 19+9+1993=2021
2)tambah semua lagi..
2+0+2+1=5
tambah aje sampailah korang dapat nombor 1-9 sahaja ya?

1-ketulenan
orang yang bernombor satu ni, biasanya hadir dengan idea baru, paling jujur, kalau dia mahukan sesuatu dia akan peroleh dengan cara sendiri, diplomasi, ada kepimpinan dalam diri, dan suka bekerja sendiri.

2-pendamai
lahir sebagai diplomat, peka terhadap perasaan orang lain, analitikal (serius) dalam mengikut gerak hati, ekstrovert (individu yang sukakan dunia luar berbanding dunia dalam), sanggup bersendirian jika dia rasa tak serasi dengan someone tu, pemalu tapi boleh luahkan perasaan tanpa berselindung, tapi individu ini perlu belajar tingkatkan nilai kendiri.

3-ceria
korang ini memiliki sikap kreatif, sosial, mesra dan romantik. eventhough, korang suka memulakan sesuatu but jarang korang tamatkan, korang juga sering buat orang gembira dan korang juga seorang yang popular dan idealistik.

4-konservatif
korang ni seorang yang sensitif, sukakan arahan, bertindak apabila faham dan cukup maklumat sahaja, suka bekerja secara solo, suka aktiviti luar, penyabar, kadang-kadang degil. nasihat: korang perlu belajar untuk lebih flesibel terhadap diri sendiri.

5-perintis --> example : aku! =)
korang memiliki sikap ingin tahu, sentiasa mengambil risiko dalam sesuatu perkara dan bersemangat. korang ada kepelbagaian dan tak suka disekat (betul!). korang sentiasa perhatikan peluang untuk pelajari sesuatu yang korang alami( not very understand but, aku rasa betul), sentiasa ada persoalan yang bermain di minda (maknanya korang selalu berfikir, tak kira masa, which is aku rasa betul!). tapi, korang dinasihati agar lebih teliti dalam melihat sesuatu. (aku memang tak pernah tengok betul2. 0_0 )

6-romantik
korang, seorang yang idelistik, perlu sebab untuk gembira, sukakan muzik, pentingkan keluarga (bagusnya!), dan setiap keputusan yang korang buat sentiasa dipengaruhi oleh perasaan. tapi, korang teman yang setia. nasihat: korang harus belajar apa yang boleh diubah. =)

7-intelektual
korang seorang pencari dan suka menyelesaikan sesuatu dengan sembunyi. korang sukar terima sesuatu dan tidak suka dikritik. walaupun korang ni suka bersendirian tapi korang seorang yang berpengetahuan. korang suka bersendirian dan juga minat teknikal. nasihat : korang perlu belajar terima kenyataan. =)

8-penyelesaian
korang penyelesai masalah dan professional (kalau macam tu, boleh tolong aku?). korang seorang yang berterus terang dan penilai yang baik, tegas, berperancangan, gemarkan ketenangan, suka jadi ketua. nasihat: korang perlu beljar buat keputusan dan jangan asyik ikut cakap orang aje. =)

lastly,
9-pelakon
korang pandai hiburkan orang lain, penyayang, pemurah, tiada masalah untuk berkawan dengan sesiapa, tapi korang ni sukar difahami.

itu saja. diingatkan, jangan percaya 100% dan jangan marah aku pulak kalau itu tak betul not my fault, aku cuma nak share, bukan suruh korang percaya.
 sorry tau kalau aku sakitkan hati korang. peace no war. thanks sudi baca~~!
hai . thanks sudi baca entry ni !

No comments:

Post a Comment