. . . Count UP . . .

Daisypath Happy Birthday tickers

Followers

21 January 2012

sejarah Lampau!




assalamualaikum..
serious, dah lama gila aku plan nak post pasal life aku 'once upon a time'.. hehe.:11:. nak-nak lagi bila aku dengar roomate aku pasang lagu Kembali Pulang dari Kangen Band (kot, lupa sudah penyanyi dia.) aku teringat masa aku duk asrama kat SMK Chukai dulu, kitorang satu bilik buat recording lagu tu. haha. masing2 contribute suara, lantak pi ar best ke tak best janji enjoy(kantoi, bawak phone):face15: best giler kot time tuh. dahlah tengah malam.
berkisarkan cerita tulah membawa kepada perkara2 lampau masa skolah rendah sampailah menengah.


:m:tadika
cewah, cerita tadika pon tak nak ketinggalan nih. hehe. Aku belajar kat Tadika Perwaja, that is, tadika swasta, but since, ayah aku kerja dengan syarikat perwaja, so, kitorang punya yuran sekolah tak silap, RM10 kot. kalau tak silap la. tapi sekarang dah mahal gila. tadi aku belek-belek la, album lama kan, jumpa la gambar aku masa tadika. HAHA. serious kelakar.:face43: dulu kan aku masuk nasyid tau, dah tu pulak, baca doa lagi tu. setiap kali sekolah habis ada bacaan doa, kalo tak silap memori aku ni, kelas aku depan sekali (kelas Lemon kot) so, cekgu pilihlah aku. kadang-kadang je la. sweet kot.

:34:sekolah rendah
aku sekolah kat SK Seri Geliga. aku ada beberapa kawan baik yang selalu bertukar, tiap tahun. kawan baik yang last, masa standard 6 is, Kema, Yanie, Ain, Ain Syahira(lost contact). serious, aku ada beberapa perkara yang aku ingat. dan yang pasti happening gila. macam-macam perkara aku buat, jahat, baik, tak masuk akal, macam-macam la. maklumlah, otak tak berapa nak centre. then, atas main-main aku tulah, aku dapat UPSR 3A je. haha. aku ingat lagi masa darjah 6 aku aktif nasyid gak. cewah, setiap kali ada apa-apa, mesti ada persembahan nasyid, dan setiap kali itulah aku ni, naik pentas. solo? ish, tak la. suara aku bukan best pon.

aku ingat lagi, masa tu aku jadi pengawas perpustakaan tau, so, aku bebas la jugak nak masuk library bila masa aku nak kan. so, kat library tu ada bilik permainan, kitorang budak2 darjah 6 ni p la main dalam tu. siap main tutup lampu lagi, bergurau dalam bilik tu. then, aku dengan geng2 buat jahat lah dekat ada sorang budak yang kitorang tak suka tu. tak nak lah cerita apa dia, hehe. sorry ya, budak yang aku tak suka. tapi sekarang dah tak rasa pape. betul!
:face45:

sempena UPSR kan, aku n the geng, naik basikal sama-sama dengan budak-budak laki kelas kitorang, p study sama-sama. macam-macam kitorang tempuh masa tu. hujan, kena kejar dengan budak nakal, macam2 la. kelakar kot bila ingat balik.:face12:
then, aku pindah rumah ke Bukit Mentok(tempat tinggal sekarang)
sekolah menengah

aku pun masuk lah SMK Bukit Mentok. aku pergi sekolah naik basikal tau.
gambar cuma hiasan

kat sekolah ni, disiplin teruk sikit. maklumlah sekolah dalam kampung kan. so, bebudak nya memang lah nakal. but, best sekolah ni tau, sebab aku selalu duk kelas depan, dah tu pulak, dapat markah oke sikit pun kira cam cerdik lah jugak:face69:hehe. kat sekolah nilah aku start bergaul yang tak tentu kan. nasib baik lah, aku masih terpelihara (masih berada di jalan yang lurus). start form 3 aku dengan kawan2 aku (Midah, Farah, Tiqah and Hery), kitorang dicemburui geng2 yang lain, tak tahulah sebab apa. diorang siap nak ajak bertumbuk lagi nih. kitorang buat tak layan jela. then, diorang terus cari pasal tau, kitorang pun pergi lah jumpa kaunselor. lepas tu barulah senyap sikit.:face32:
kenapa tiba2 ada gambar Daniel Radcliffe pulak ni?
hehe. sebabnya, aku jumpa orang yang muka macam Harry Potter. aku minat dia?:face49:ehem3.. main-main tu adalah.. oke, dah. aku sekolah kat sekolah ni sampai form 3 je. then, aku dapat straight a's PMR so, aku pindah sekolah premier.
SMK Chukai. kat sekolah ni kan, aku kena paksa duduk di asrama, so, dengan rela hatinya aku masuk asrama, since adik aku yang memang dah sekolah situ dari form 1 lagi pun memang duduk asrama. first nightm tipu kalau aku kata aku tak sedih, in fact, sedih gila. kat sinilah aku kenal sue, ika, hana, wanie n sariy (sekolah rendah sama2), ha, ipah, ain dan farah. best gak ar dapat roomates macam dorang ni. dengan dorang lah aku nyanyi2 tu. HAHAHA.
banyak gila konflik berlaku sepanjang setahun aku duduk asrama. malah, paling dahsyat dalam hidup aku. tersangat dahsyat! sampaikan aku jadi trauma nak pi sekolah. kawan-kawan yang saling support, makes me stronger. thanks guys. walaupun banyak kenangan pahit, banyak jugak kenangan manisnya.:face75:basuh bilik air sampai sama-sama basah, sorok phone dekat atas almari masa spotcheck, lintang pukang lari masa pak cik penyembur nyamuk datang depan bilik( dengan muka baru bangun tidur, kami lari dengan hanya menutup kepala dengan tuala, pulak tu ada 2 orang yang menyorok dalam tandas, sebab shock gila, memang kelakar sangat):131:
lepas tu, form 5 aku tak duduk asrama dah. Ika and Hana pulak pindah. aku pun dah tak rapat sangat dengan roomates aku tuh sebab lain kelas, kecuali dengan Wanie dan Sariy. aku ada crush jugak. ramai yang tahu. but now, aku dah tak ada feeling. just suka main-main. heheh. aku memang seorang yang main-main.:face34:

tu jelah yang aku rasa nak kongsi. kalau aku cerita dengan terperinci mahu esok baru aku siap taip. dah aku dah ngantuk ni. nak tidur dulu. nite3..:112:
:face34:
hai . thanks sudi baca entry ni !

No comments:

Post a Comment