assalamualaikum...
oke, ni cerita
sebelum merdeka lame punyer. maklumlah, nak kumpul gambar-gambar yang ada, makan masa yg lame jugak. heheh. memasing sibuk kan.. so, ada la beberapa gambar yang aku rase sesuai nak tunjuk. serious, trip ni,
trip the best yang aku pernah pergi. kalau bagi peluang sekali lagi kan, memang aku nak pergi. (
ada sape2 nak bawak aku tak?)
4 Februari 2011
aku ingat lagi, betapa
excitednya kami sebelum nak pergi trip ni. bukan senang nak keluar satu praktikum tau. tapi, trip ni pon, ada yang tak pergi. dalam 4 orang je kot. yang ramai-ramai dalam gambar tu,
tak semua nya praktikum mates aku.
|
muke excited ! |
|
dalam bas |
dengan berbekalkan sandwich dan perjalanan yang ambil masa dalam 2 jam lebih dari KMPP, akhirnya kami selamat tiba ke
GUA TEMPURUNG.
|
posing dulu, sebelum masuk ! |
apa yang ada kat Gua Tempurung ni? korang mesti tak tau dan tertanya-tanya kan? heheh. seriously, dari luar korang akan nampak macam gua ni tak ada apa yang special pon. macam gua biasa. tapi, bila korang masuk ke dalam, aku konpem korang akan
terpinga dan terpegun. gua tempurung ni sangat
cantik dan menarik. masa kat dalam tu, rasa macam
kembali ke zaman batu tau. haha. klishe.
dekat sini ada beberapa pilihan, sama ada korang nak masuk gua aje, atau pun yang ekstrem punye. kitorang pilih yang ekstrem punye, di mana, kitorang masuk ikut pintu gua, dan keluar melalui jalan bawah gua (ada air). best jugak lah.dan harga bagi setiap route tu beza la.
you can choose which one you prefer.
|
rombongan cik Kiah |
|
bukan hantu ya? tu salah satu bentuk semulajadi yg ada dalam gua ni |
hehe. dalam gua ni, kitorang
kena panjat beratus tangga, turun beratus tangga, lalu kawasan yang tinggi graviti, sentuh batu kapur, dan jugak dapat tengok bentuk yang semulajadi yang sangat unik (bagi aku la). bayang kan kat dinding gua, ada gambar monyet bawak kereta (
hah, tak ke unik tu? korang pernah nampak ke atas jalan raya?). ada tulisan berbentuk amaran, dalam tulisan cina : nasib baik ada CELIA dia lah yang translate kan untk kitorang.
bentuk unik yang ada (yang aku ingat) : seorang lelaki dalam hati seorang perempuan, obor-obor, perempuan mengandung, tengkorak manusia, osama Laden (pun ada tau), kubur, banyak lah lagi. lupa sudah. maklumlah, pergi sebelum merdeka.
gambar di atas, daripada google. sebab masa kitorang melalui semua benda kitorang tak ambil gambar pon,
boleh bawak phone atau camera masuk gua tapi (tak boleh buat call la) hehe. ambil gambar aje boleh. dalam laluan air, kami kena merangkak, menyusur (
macam duyung), jalan itik (jalan angsa, bagi yang tinggi. HEHE), dan memacam cara. yang menggelungsur tu pulak, agak scary tau. kalau salah teknik boleh patah kaki. nasib baik ada
penyambut kat bawah. (
kesian siapa yang sambut aku. HAHA)
agak lama lah, kitorang discover gua ni. yang paling letih, merangkak dalam air tu. kalau air tu boleh minum dan sedap tak apa lah jugak. HAHA. next, setelah berpenat lelah merangkak dan menyusur, kami sampai ke penghujung.
letih, penat, lenguh, sakit, semua rasa ada, tapi, yang paling penting pengalaman. mana nak cari kan? hehe. bila abang yang bawak kitorang tu kata, kitorang
dibenarkan main air, kitorang pun menyimbah dan memercikkan air sesama sendiri. macam budak tadika pun ada. HAHA.
dah habis dah discovery channel kitorang. tapi, itu bukan penamatnya tau. hee. lepas mandi, kitorang bertolak pulak ke rumah HUDA. dekat rumah huda la, aku kenal apa itu NASI AMBENG. haa, mungkin ada yang dah tau, atau mungkin baru pertama kali dengar. jangan risau, aku pun tak pernah dengar sebelum ni. Nasi ambeng ni makanan jawa tau. first time makan, tapi, aku suka sangat! sedap!
|
ketuk |
|
nasi ambeng |
|
mashida! -sedap!- |
nasi ambeng
ramuan dia : mee goreng, nasi, serunding kerang, acar a.k.a jelatah (slang kedah).
ketuk
sangat sedap! aku sempat makan 2 je, sebab dah tak muat. perut dah penuh dengan nasi ambeng. HAHA. kalau ada ruang, mau aku sumbat 4 biji KETUK. heheh. aku tak tahu resipi ketuk ni. tapi, masa aku makan tu, aku rasa dia bubuh ubi kayu(kot), dia lenyek, dan kepalkan sekali, lepas tu, celup dalam tepung. tengok tu, sampai ada yang bungkus bawak balik. budak laki lah punya kerja tu.
|
menunggu nasi ambeng =) |
|
yang hujung didahulukan. |
|
macam rombongan merisik pun ada! haha |
|
sesi berbalas pantun. |
|
selepas makan. KENYANG! |
lepas makan. kami bertolak ke Jusco pulak. walaupun dah penat, tapi, mood shopping tetap ada. dalam pukul 8 malam macam tu, kami pun bertolak balik ke KMPP. itu saja!
aku tak mau lupa memory ni. sweet sangat. thats all from me.
hai . thanks sudi baca entry ni !
No comments:
Post a Comment