. . . Count UP . . .

Daisypath Happy Birthday tickers

Followers

16 March 2012

~ Lelaki Pilihan ~

-->
 assalamualaikum...
oke, agak tamak hari ni, sebab post sampai 2 entry. trust me ni mungkin last entry sampai 27 April 2012. sebabnya, aku dah nak abis matrik nih. tinggal 1 bulan lebih je lagi. lepas final exam 2 minggu, lepas itu tamatlah hikayat aku sebagai student matrik. excited + sedih + tak sabar = balik je lah. ye lah, kalau dah habis buat apa tunggu lagi kan? belah je la. hehe. anyway, aku akan rindu kehidupan di matrik. antara zaman sekolah dengan matrik, aku prefer matrik la. (buat masa ni) . hehe.

back to topic, Oke, so today aku rasa macam nak kongsi dengan korang hasil kajian aku. heheh (jangan jealous).  kalau korang tak setuju ke setuju ke, terpulang. Citarasa orang, lain-lain kan? Sementara membaca dalam hati tu, please imagine (buah hati @ crush @ secret admirer korang). To make it become clear. =)




1.       Lelaki yang pakai baju melayu.
Oke, agak klishe, tapi, tak ramai lelaki sekarang suka pakai baju melayu.  Bayangkan di tengah hari JUMAAT, korang tengah melepak bergurau senda dengan kawan-kawan korang then nampak mamat ni pakai baju melayu (warna ikut citarasa korang). Kat belakang mamat yang pakai baju melayu tu, ada sorang mamat yang pakai baju tshirt dengan seluar slack tapi pakai songkok. Dalam hati korang mesti puji yang pakai baju melayu tu kan? Walaupun yang pakai baju tshirt tu pakai songkok. Lagipun lelaki nampak macho dalam baju melayu. ye tak? =)
AARON AZIZ - hensem kan? 
2.       Lelaki yang tak merokok. 
Merokok tak macho la bro! Aku tak suka jugak kalau tengok lelaki merokok. Eventhough, ada jugak ahli keluarga aku yang merokok. Aku doakan mereka berhenti.. kalau muka dah okay, tapi smoking, terus perempuan tengok sebelah mata (entah-entah terus tutup mata). Muka macam artis korea pon, jadi tak cute dah! =( Girls, bayangkan korang tengah  makan kat kafe, nampak satu meja tu ada dalam 4 orang lelaki. 3 orang lelaki tu merokok, cuma seorang aje yang tak merokok. Wahhh... baru kelass kan? Tapi tak tau la kalau dia tak merokok lagi kan, mungkin lepas korang pergi dia merokok or baru lepas merokok sebelum ke situ.. Hehe.
tamaki hiroshi -  nampak macho la pulak. HAHA. dia berlakon jer tuh.
3.       Lelaki yang pakai long sleeve (tak kisah kemeja or tshirt)
Ni mungkin bagi aku je kot. Tapi, aku rasa lelaki nampak smart kalau pakai tshirt lengan panjang. Tambah-tambah kalau pakai kemeja. Kat matrik ni, ramai kot yang pakai long sleeve then lipat sampai siku. Oke kan? =) +tapi kalau masuk kelas Dinamika konpem kena tolak markah+. Nampak bergaya dan smart  la, daripada pakai selekeh dengan seluar macam tak nak pakai seluar. HEHE.
aku lupe plak name dia. tapi dia berlakon la..
song seunghoon

4.       Lelaki yang pandai main instrument.
Bagi aku, sweet kalau lelaki tu pandai main alat muzik. Like, piano, gitar, drum, whatever la. Tapi, aku prefer piano. Hehe.  Perempuan kan senang cair, kalau korang nak pikat perempuan ni salah satu cara dia. Kalau korang main, tapi tak berapa menjadi, tak apa! Perempuan dah cair (jadi liquid) kalau nampak usaha korang. Nampak usaha jadi liquid, kalau main best dan merdu, terus jadi gas kot! HAHA. Tapi,  kalau cara mengorat ni tak menjadi jangan salahkan aku.
jonghyun (ft island)
5.       Lelaki yang ada ciri-ciri caring and penyayang.
Kebanyakan lelaki suka perempuan yang keanak-anakan, tapi perempuan suka lelaki yang caring. Lelaki yang suka kucing, means lelaki tu penyayang. Tapi, tak suka kucing tak bermakna tak penyayang. Seorang wanita  yang lelaki tak boleh lawan, iaitu ibu. Betul tak? Walaupun lelaki itu nampak carca marba tapi sayangkan ibu dia sangat-sangat. Thats enuf to show that, lelaki tu penyayang. Anak emak je lah macam tu erk? No, no.. tak semestinya..
aku tak tahu gak nama dia(hero tu). dia berlakon
a moment to remember.
memang caring and loving giler
6.       Lelaki yang sombong 
Hehe. Again, mungkin ni, Cuma aku yang suka kot. Sombong? Eei, menyakitkan hati aje kan? Tapi, cuba bayangkan (macam dalam novel-novel tu), lelaki yang sombong ni, probability untuk dia setia tu tinggi betul tak? Ye lah, dah si dia kan sombong, mana lah layan perempuan lain. So, girls, kalau tak nak sakit hati sebab cemburu tengok si dia bercakap dengan perempuan lain, cari yang sombong.  Tapi, sombong bukan  bermaksud annoying dengan sikap berlagak handsome, berlagak macho, tu bukan sombong tau!
lee dong wook - tak sombong pon, suka-suki je. =)

7.       Lelaki yang pakai kaca mata.
Satu lagi pendapat aku ya. Contohlah, lelaki tu, selalu je korang nampak dia, pastu ada sekali tu, korang ternampak dia pakai speck. Wahh, mesti dia nampak lain kan? Lain itu ada macam-macam maksud. Tak sesuai, macho, skema dan bla3. Depends pada mata korang la. Bak kata pujangga, “beauty is in the eye of beholder”. But, pada aku, kalau lelaki pakai spek, nampak smart lah jugak. Baru nampak macam student. Heheh. 
apa pendapat korang ?

8.       Lelaki yang kelakar.
Kalau korang tengah sedih, mesti korang nak berkongsi rasa dan dalam masa yang sama nak seseorang yang boleh buatkan korang lupa masalah korang, betul tak? Lelaki yang ada sense of humour memang menarik. Macam classmate aku ni, kelakar orangnya, peramah pulak tu. Ramai kot peminat dia, setiap kuliah mungkin. Tapi, bukan termasuk aku lah. HEHE. Memang nampak macam perempuan ni pentingkan diri kan? Tapi, perempuan boleh jadi pendengar yang baik. (siap highlight tuh). Korang boleh cerita apa saja. Most of us la.
dah tengok movie dia? kelakar kot. huhu

Lelaki yang beragama.
of course, ciri-ciri ni sangat penting. beragama di sini maksudnya, lelaki tu, cukup solatnya, cukup      ibadahnya, sesekali (frequently) buat perkara sunat, jaga tatatertibnya.. cewah.. pokoknya, lelaki ni patut tahu batas dan agama.  
ashraf muslim =)
thats all.. for today..
bubye, sehingga ketemu lagi. HAHA.. =)
salam...


hai . thanks sudi baca entry ni !

2 comments:

  1. nk tmbah aci?kak jat suka lelaki yg ada lesung pipi n tough.hiiii

    ReplyDelete
  2. @ Zati Embong
    same goes wif me. hehe.

    ReplyDelete