. . . Count UP . . .

Daisypath Happy Birthday tickers

Followers

10 April 2011

Daniel, Saranghae

DAHLIA QUSAIRA melangkah pantas ke dalam bangunan 3 tingkat milik syarikat Dahlan Design itu. sudah hampir setahun dia bekerja di syarikat itu, sebagai ketua pereka dalaman. Malah, dia juga menjadi pekerja kesayangan bosnya iaitu Datuk Dahlan. Dia menapak masuk ke ruangannya yang menempatkan sebuah meja  kerja, beberapa rak buku, dan sebuah meja kopi untuk tetamunya.
 Qusaira menghempaskan badan ke atas kerusi empuknya. Pandangan dilepaskan ke arah siling, suhu penghawa dingin tidak mampu menghilangkan kepanasan dunia sekarang.  Usai berjumpa dengan klien tadi dia terus memandu ke pejabat. Hajat hati mahu pulang terus ke rumah tapi apakan daya dia masih seorang kuli. Bukannya bos!
Pintu biliknya diketuk. Aminah a.k.a pembantu nya masuk.
“ya, Min?” tanya Qusaira perlahan. Laptopnya dibuka.
“macam ni cik Ira.. Datuk cakap dia ada projek baru nak kasi pada cik..”
Qusaira angkat wajah. “jap.. kan saya tengah handle projek hotel 3 bntang tu. Datuk tahu kan? So, kenapa dia tak bagi pada Ramlan ataupun Fatin?” potongnya cepat.
“this is a VIP project cik Ira. And that client want a profesional to handle it, so, datuk bagi pada cik. Tambah datuk lagi, projek hotel tu cik Ira serahkan aje pada encik Ramlan.” balas Aminah.
Qusaira mengangguk perlahan.
“tomorrow u have to meet that person at 2 p.m.. at cafe sejahtera.” Kata Aminah lagi. Wajah ketuanya direnung lama. Qusaira memang comel tambah lagi dengan lesung pipit pada kedua belah pipinya, tengah bercakap pun lesung pipit tu muncul. Tapi sayang ketuanya ini masih belum berpunya. Kenapa tidak pula dia tahu.
Qusaira mengangguk lagi. Jam hitam di tangan dikerling. Jarum menunjukkan tepat jam 5. Yes! Masa untuk pulang. Serentak itu Qusaira bangun.
“baiklah Min. Saya balik dulu. Kita jumpa esok ya? Erm, pasal appointment tu, tomorrow keep me alert for that ok?”
Aminah mengangguk dan menghantar kepergian ketuanya dengan pandangan mata. Hilang figura gadis yang berketinggian 166 cm itu barulah dia keluar.



“CUT!” jerit pengarah yang berusia dalam lingkungan 40-an itu.
Setelah itu Aizril Daniel melangkah ke bawah pokok. Dia mengesat peluh yang menitik di dahi. Jam di tangan dikerling. Alamak! Sudah pukul 1.30 ptg. Macam mana ni? Shooting ni tak habis lagi.   
“baiklah itu sahaja untuk hari ni. Esok kita jumpa di taman tasik titiwangsa, untuk scene baru. Daniel, make sure, not late anymore.” Arah tuan pengarah.
Daniel tersengih. Alah, bukan dia sengaja tadi. Lagipun lewat Cuma 30 minit, tu pun sebab traffic jam dan mata aku yang liat nak buka pagi tadi. Tak lama termenung dia mengucapkan selamat tinggal kepada semua krew dan bergerak mendekati Pak Rahim, pemandunya. Kepada Pak Rahim diarahkan ke perhentian seterusnya.



SUDAH 10 minit Qusaira duduk di dalam kafe itu. dia mendapat tahu bahawa kliennya adalah seorang pelakon dan penyanyi yang sedang meningkat naik. Maklumat itupun diketahui melalui Aminah. Maaf, kerana dia tak mengambil kisah sangat dengan dunia selebriti Malaysia ni. Bukan nak cakap besar tapi dia kurang minat, minatnya lebih menjurus kepada drama2 dan lagu korea. Hehe.. tak pe kan? Aminah yang sedari tadi menilik muka dikerling. Gadis itu tak lepas daripada cermin bedak kompaknya. Amboi mengalahkan bos nampak.
                Qusaira berdehem.
                Aminah mengerling ketua di sebelahnya, melihatkan senyuman memerli ketuanya dia menyimpan cerminnya ke dalam beg tangannya.
                “yang tersengih macam kerang busuk ni kenapa?” tanya Qusaira pelik.  Ish, minah ni dah tercabut wayar ke macam mana?
                “saya tak sabar nak jumpa dengan klien kita tu cik Ira. Tak sangka saya dapat jumpa depan2 dengan dia.” Ujar Aminah gembira.
                Qusaira menggeleng.  “ tunang awak nak campak ke mana Min?” perli Qusaira. Entah macam mana lah rupanya artis pujaan si Min ni.?
                Tiba-tiba Aminah mencuit Qusaira. Qusaira terkejut. Kopi yang diminum hampir tersembur. Aminah dilihatnya bangun. Seorang lelaki yang boleh tahan tingginya dengan rambut spiky di warna perang ditegur Aminah mesra. Amboi, minah ni siap pergi jemput dekat pintu lagi. Nampak sangat pilih kasih.
                “ini ketua designer syarikat kami, Cik Qusaira. Cik Ira, ni..”
                “Daniel.” Kata lelaki itu memperkenalkan diri. Daniel tersenyum. Mereka duduk.
                “so, apa yang encik Daniel nak kami design?” tanya Qusaira. Lelaki yang duduk dihadapannya dikerling sebelum menumpukan perhatian kepada laptopnya.
                “boleh I order air dulu.? I’m thirsty..” kata Daniel.
                Qusaira mengangguk dan memberi isyarat mata kepada pembantunya yang bermaksud tolong orderkan air untuk Daniel. Aminah mengangguk dan tersenyum.
                “thanks!” kata Daniel.
Qusaira hanya tersenyum nipis. Matanya dialih ke sekeliling. Banyak mata yang melihat ke arah mereka. Maklumlah ada aktor kacak di sini. Siapa tak nak tengok kan? Silap aku jadi gosip nanti? Wah, publisiti. Qusaira ketawa dalam hati. Berangan pulak aku ni. Aminah duduk setelah siap memesan minuman untuk Daniel.
“encik Daniel tak ada shooting hari ni?” tanya Aminah sambil tersenyum manis.
Daniel mengangguk. “ni, i baru saja habis shooting.”
“drama or filem.? Saya selalu tengok kalau encik Daniel berlakon. It’s an honour saya dapat jumpa dengan encik hari ni.”
Daniel tersenyum manis. “thanks. Its a drama.” Balasnya pendek.
Qusaira mencebik dalam hati. Ada ke? Buat2 je lah ada ye.. air yang dipesan tiba. Daniel dilihat meneguk kopi itu dengan rakus. Macam tak pernah minum kopi. Sindir Qusaira dalam hati. Wajah Daniel direnung lama. Kulitnya sawo matang, tinggi 170 cm kot, kacak la jugak ala-ala Kim Bum dalam Boys Over Flower tu, tapi versi Malaysia, mata cantik bundar, tapi hidung je la, tak berapa mancung. Huhu..
Daniel berdehem, melihat Qusaira yang tak henti2 merenungnya, ada salah ke? Atau ada mekap yang masih tercalit, tapi rasanya dah bersihkan dah..
Qusaira pura2 sibuk dengan laptop di hadapan.
“macam ni. I akan pindah ke rumah baru nanti, and i want some professional to decorate my house. i know Datuk Dahlan so well, I trust him.” Kata Daniel. Qusaira dan Aminah dipandang bergilir-gilir.
“u can count on us, of course. Kami akan sangat memerlukan kerjasama encik Daniel.” Kata Qusaira menabur janji yang bukan janji kosong. Kami tak pernah gagal dalam apa2 projek pun tau!
“i hope so. I don’t believe girl at all.. in this matter..” luah Daniel lagi.
Qusaira terpana. What?? “don’t worry Encik Daniel. I will prove u that we are the best..”
Setelah segala urusan selesai, Qusaira dan Aminah meminta diri untuk pulang. Qusaira melepaskan keluhan, sekarang dia berazam untuk melakukan yang sangat terbaik. Pantang dia kalau orang lelaki memperlekehkan kaum perempuan. Apa?? Ingat lelaki bagus sangat? Huh! Yang curang, yang kahwin lain, siapa? Lelaki jugak kan!
“tak sangka Daniel sebegitu cool!”kata Aminah menceriakan suasana dalam kereta Suzuki Swift itu.
Qusaira berpaling dan mengerutkan dahi. Ketenangan memandunya hilang.
“kenapa Cik Ira?” tanya Aminah pelik.
“orang berlagak macam tu awak cakap cool? Ish, awak biar betul Min?” bidas Qusaira.
“betul la Cik Ira. Saya rasa dia cool, dari cara dia cakap, senyum, senang cakap semua yang dia buat lah. Tergoda saya, nasib baik saya dah ada tunang kalau tak, mahu saya ngorat dia.” Ngomel Aminah .
Qusaira menggeleng. “ awak salah menilai ni Min. Tak ada nya cool. Meluat je saya tengok dia.”
“hah, kenapa saya tengok cik Ira tenung dia tadi?” tanya Aminah dengan tujuan mahu memerangkap ketuanya.
Qusaira diam. Dia tiada jawapan untuk itu.



“MAAFKAN I Nadia. Tapi I dah tak nak bagi peluang untuk u sakitkan lagi hati I ni.” Ujar lelaki itu. wajah wanita di hadapannya langsung tidak dihiraukan, tengok pun dia tidak mahu.
                “tapi, I masih sayang kan u. I mengaku I salah, I bodoh sebab boleh sukakan lelaki buaya darat macam dia. I, I minta maaf. I tahu u masih sayang kan I, kan?” rayu Nadia. tangan lelaki itu cuba diraih namun tidak berjaya apabila lelaki itu melarikan tangannya.
                “sayang? U tunjukkan sayang u dengan berpeleseran dengan lelaki lain, macam tu u panggil sayang? Bagus kalau u dah tahu u salah, tapi maaf, u terlambat. Ya, I memang sayangkan u tapi tu dulu, sebelum I nampak u berpegang tangan siap.. argh, sudah Nadia! Anggap aje lah kita tak pernah kenal.” Bentak Daniel keras. Dia melangkah laju meninggalkan Taman Tasik Titiwangsa itu.
                Nadia, model yang dikenali ketika mereka sama-sama menjadi model untuk sebuah syarikat. Selama 1 tahun mereka bercinta, banyak yang didengar daripada mulut-mulut manusia bahawa kekasihnya itu curang. Akibat terlalu sayang dan butanya cinta dia tidak percaya semua itu. sehinggalah suatu hari dia sendiri ternampak kecurangan kekasihnya.
                Sejak hari itu, dia amat anti dengan perempuan. Dia boleh profesional dalam kerjanya namun, secara realitinya, dia benci kepura-puraan wanita. Argh, perempuan hanya menyusahkan! Itu pendapatnya. Walaupun peristiwa itu sudah berlaku 2 tahun yang lalu. Namun, dia tidak dapat menghilangkan luka hatinya. Dan kini kenapa mesti perempuan itu datang lagi?  



QUSAIRA melangkah perlahan ke arah lelaki yang sedang menunggunya. Dia berdebar melihat gelagat lelaki itu yang menyingsing lengan kemejanya dan bercekak pinggang. Dia tahu dia lewat alah, 20 minit je. Tu pun nak kecoh ke? Ngomel Qusaira. Semakin dekat semakin lebar Qusaira tersenyum.
                “dah lah lambat. Jalan macam kura-kura, senyum macam kerang busuk. “ bentak Daniel. Wajah Qusaira ditenung tajam.
                “ma.. maaf Encik Daniel. Saya, saya..”
                “no excuse! I hate it!” potong Daniel cepat.
                Qusaira telan air liur. Okay. Kau tak nak dengar sudah Daniel, ada aku kisah? Qusaira menonong mengekori Daniel yang sudah menuju ke arah lif. Butang nombor 7 ditekan dan lif itu segera mengikut arahan. Kunci mangga dibuka dan mereka memasuki rumah apartment itu.
                “so, konsep apa yang encik Daniel minat?”
                “I like black and white. I really love that colour. Aha, also put some red..”
                “manly concept? How about that?” tanya Qusaira. Buku catatan dikeluarkan.
                “yup, i agree.” Kata Daniel setuju. “But, make sure black and white is the main character.” Tegasnya lagi.
                “okay. Untuk ruang tamu sahaja or, semua ruang konsep  macam tu?” tanya Qusaira. Mungkin Daniel akan kata yang dia banyak bertanya, namun, dah memang itu kerja dia nak buat macam mana kan.
                “nope. Untuk ruang tamu dan bilik tidur utama sahaja. Untuk dapur and other 2 rooms, just use any concept. I tak kisah.”
                Qusaira mengangguk. Tangannya ligat menulis maklumat. Dia perlu menulis dengan teliti supaya tidak berlaku kesilapan.
                “oh ya. Untuk bilik ni..” Qusaira mengekori Daniel ke bilik yang tengah. “I nak pinky.. all girls thing.”
                Hurm? Untuk kekasih dia ke? Lantak dia lah. Janji duit masuk.
                “for my sister.”
                “baiklah, tu saja untuk hari ni. Kalau ada apa2 Encik boleh call saya. And..” qusaira menyeluk tangannya ke dalam tas tangan. Sekeping kad berwarna putih dikeluarkan, dan dihulurkan kepada Daniel.
                “Dahlia Qusaira?hurm,..”
                “encik tak perlu nak komen nama saya, dan biasa sangat saya dengar orang cakap nama saya kolot, ketinggalan zaman, atau apa2 yang sewaktu..” potong Qusaira.
                Daniel ketawa kecil. “i tak cakap apa-apa pun. U yang ngaku sendiri.”
                Qusaira berlagak selamba.
                “anyway cik Dahlia, im sorry but I akan panggil u dengan nama ni, either u love it or not..” kata Daniel sombong.
                Qusaira gigit bibir bawahnya. Sabar, sabar, dia klien, kena hormat. Tanpa apa2 pamitan Qusaira angkat kaki dan keluar dari rumah yang penuh dengan keangkuhan Daniel. Ya, lelaki angkuh yang suka-suka mahu memanggilnya dengan nama yang dibencinya. Korang mesti nak cakap aku ni tak bersyukur kan? Tapi, betul, aku tak suka nama yang diberi oleh ibu ku. Ibu yang hanya melahirkan bukan membesarkan.

     
          
“CIK IRA, nak join kitorang lunch tak?” tanya Aminah.
                “its okay Min. Saya dah makan lepas jumpa Daniel tadi.” Balas Qusaira. Senyuman diberikan sebagai keyakinan kepada Aminah yang dia memang kenyang.
                “atau, cik nak kami tapaukan?” tanya Fatin pula, yang entah bila ada di belakang Aminah.
                “tak, tak.. korang makan aje lah.”
                Aminah mengangguk. “kami pergi dulu cik Ira.”
                Baru beberapa minit Aminah berlalu, deringan telefon bimbitnya memecah kesunyian ruang itu. melihatkan nama Qhuzaira, adiknya yang bongsu terpapar di skrin pantas Qusaira menekan punat hijau.
                “hello, kak..” sapa suara di sana.
                “hello dik.”balas Qusaira, rambut yang menutup mata nya dikuak lembut. “ Ada apa call akak ni?” tanya Qusaira lembut.
                “kak,, ibu dengan ayah gaduh lagi. Adik dengar ibu dengan ayah siap cakap pasal bercerai lagi. Akak, balik lah kak..” cerita Qhuzaira.
                “ maafkan akak dik. Akak tak dapat balik buat masa sekarang, akak ada banyak kerja, ”
                Qhuzaira kedengaran teresak2.
                Hati Qusaira tersentuh mendengar esakan halus  itu. tapi apakan daya memang dia tak dapat pulang hujung minggu itu.
                “akak, kalau ayah dengan ibu bercerai macam mana? Apa akan jadi pada kita kak?” tanya Qhuzaira dalam tangisnya.
                “tak ada apa yang akan jadi dik, kita akan tetap sama, percayalah, nanti akak balik kita bincang lagi ye. Assalamualaikum.” Kata Qusaira. Punat merah ditekan. Telefon Nokia E72 dilempar ke atas meja. Dia berdiri menghadap tingkap.
                Qusaira mempunyai 2 orang adik Qhuzairi dan Qhuzaira. Ibu bapa mereka sering bergaduh. Ya, sejak mereka kecil lagi, ibu dan ayah mereka sering bertekak. Sewaktu dia berumur 17 tahun, dia mendapat tahu ayahnya mempunyai perempuan simpanan, ibunya mendapat tahu lalu sejak hari itu ibu dan ayahnya tidak lagi sebulu. Malah, dia dan adiknya tidak lagi dipeduli.
                Kini, dia sudah berusia 26 tahun, namun, pertengkaran ayah dan ibunya masih belum tamat. Rahsia kekalnya hubungan mereka selama  bertahun-tahun ini ialah wasiat datuknya. Kalau mereka bercerai kerana kecurangan alamatnya mereka tidak akan mendapat apa-apa. Dan sekarang lakonan mereka boleh ditamatkan kerana datuknya baru sahaja meninggal 2 bulan yang lepas, malah wasiat juga telah dibacakan. Tiada alasan lagi untuk mereka terus bersama.
                Oleh kerana tidak tahan dengan hidup tertekan begitu sudah tamat universiti terus dia pindah ke Kuala Lumpur. Dia berharap sangat ibu dan ayahnya akan berbaik semula selama ini nampaknya ia sia2. Impian nya hanya mimpi. Qhuzaira yang baru berusia 15 tahun dan Qhuzairi yang berusia 19 tahun nampaknya akan menjadi tanggungjawabnya, setelah ibu dan ayahnya bercerai.





MALAM ITU Daniel berdiri di balkoni menghirup udara malam yang segar. Sudah lama dia tidak begitu memandangkan jadual kerjanya yang membataskan rehatnya. Air oren di tangan diteguk perlahan. Kemudian dia berpeluk tubuh.
                Dahlia Qusaira. Sebaris nama itu terbit di minda. Aneh, namun dia membiarkan. Pertemuan dengan Qusaira tadi benar-benar membuatnya lain. Dia rasa aneh dengan dirinya yang mula menyelesakan diri dengan gadis berlesung pipit itu. dia berpeluk tubuh. Ya, lesung pipit itu masih tidak dapat dilupakan. Marah yang menggunung tadi hilang begitu sahaja melihat senyuman manis dan lesung pipit yang terbias di matanya.
                argh, Daniel mendekati katil. Malas berfikir lagi. Untuk apa fikirkan perempuan tu? Bukan istimewa sangat pun. Dia pun bukannya taste aku. Dah, Daniel, cukup! Kau tak boleh fikirkan dia. Dia bukan siapa2. Kau kena ingat dengan prinsip kau yang tak nak hidup dilukai oleh perempuan lagi. Ingat! Mereka menyusahkan.
                Daniel memejamkan mata. Esok dia perlu berjumpa dengan Qusaira lagi bagi melihat rekaan bagi rumahnya nanti. Daniel tersenyum nipis. Rasa bahagia menyerap ke dalam jiwanya. Ish, apa ni? Kenapa senyum-senyum pulak ni? Senyuman dimatikan. Dia mengambil bantal dan menekup mukanya.





QUSAIRA meneguk minuman dengan perlahan. Majalah di hadapan dibelek lagi. Hari khamis itu, tidak ramai yang berada di kafe, sudah 5 kali jam dibelek, melihat ke arah pintu, orang yang dinanti masih tidak kunjung tiba. Matanya kembali menatap majalah Mangga. Entah kenapa tadi dia seperti mahu membeli majalah itu, padahal sebelum ini dia tidak pernah tahu akan kewujudan majalah itu.
                “Ehem!” satu suara berdehem.
                Qusaira angkat wajah. Daniel duduk tanpa dipersilakan dengan wajah selamba. Siap pesan air lagi? Amboi, aku tunggu dia bukan main lama, boleh dia tayang muka seposen? Ish, mamat ni aku pelangkung jugak nanti!
                “i ada hal tadi.” Katanya.
                Qusaira hanya menjungkit bahu. Rambut paras bahu diikat satu. Rimas pulak lepas rambut ni.
                Daniel terpaku seketika. “err, mana rekaan u untuk rumah I?” tanya nya gugup.
                Beberapa helai kertas dihulur kepada lelaki yang segak berbaju t-shirt hitam berbelang putih dan bertopi itu. lama lelaki itu membelek2 kertas di hadapannya. Ada ketika lelaki itu berkerut dahi, ada ketika lelaki itu mengangguk, ada juga minum air. Qusaira membiarkan lelaki itu membuat penilaian. Ketika lelaki itu berdehem barulah dia mengangkat wajah. Dia ni sakit tekak ke? Asyik berdehem daripada tadi. Ngomel Qusaira.
                “I accept this idea. U can start your work as soon as possible.” Kata Daniel. Kertas dihulur kembali kepada Qusaira.
                Qusaira hanya mengangguk. Kertas itu dimasukkan kembali ke dalam begnya.
                “cik Dahlia, are u sick?” tanya Daniel pelik. Dahinya berkerut seribu.
                Qusaira menggeleng laju.
                “dah tu, asyik geleng dengan angguk aje. dah jadi bisu ke?” sindir Daniel.
                Qusaira ketawa kecil. “tak adalah. Saya tak tahu nak cakap apa, saya angguk aje lah. Salah ke?”
                “ohh, ada suara lagi rupanya.”
                “baiklah Encik Daniel, kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu.” Qusaira bangkit.
                “nanti” kata Daniel tiba2. Langkah Qusaira ditahan. “Duduk dulu.” Sambung  Daniel.
                Qusaira kembali duduk. wajah Daniel direnung dengan wajah pelik.
                “I.. I nak tahu, bila u nak start?” tanya Daniel gugup. Sungguh dia tidak tahu kenapa dia gugup begitu.
                “ohh, mungkin dalam masa 2 hari lagi. Saya kena cari barang2 dulu, then baru boleh mula. Dalam masa seminggu siap la.” kata Qusaira.
                “good. I nak kerja u siap cepat. I dah tak sabar nak pindah.” Kata Daniel. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aish, apa kena dengan aku ni? Sebenarnya dia tidak kisah berapa lama masa diambil pun.
                “don’t worry Encik Daniel.”
                “one more thing.. err, kalau dalam tv I tengok diorang buat dalam masa 1 hari aje, kenapa u seminggu.?” Tanya Daniel.
                “sebab, yang saya decorate ni realiti..”
                “maksud u dalam tv tu lakonan? Imaginasi?” potong Daniel tidak puas hati.
                “bukan.. maksud saya, kami kena design satu rumah, plus, kami bukannya ada tajaan apa2.. semuanya kena cari sendiri. Seminggu dah kira okay, Encik Daniel.” Ulas Qusaira.      
                Daniel angguk kepala. Ish, apa aku ni bengap sangat.
                Dia ni banyak songeh pulak. orang nak buat ni pun dah cukup mujur. Ngomel Qusaira.
                “okay, tu aje. u boleh balik.” Arah Daniel.
                Tanpa menunggu lama Qusaira terus bangun dan keluar daripada kafe itu. aish, apa punya orang la tu. Qusaira bermonolog. Kereta Suzuki Swift itu mula menderum dan meninggalkan tempat itu.
                Di dalam kafe, Daniel masih terpaku di tempatnya. Bayangan menarik Qusaira tadi masih di ingatan dan bagai tidak mahu pergi. Ya, dia sangat comel ketika mengikat rambut tadi. Argh, apa dah jadi dengan aku ni? Pantas Daniel berlalu meninggalkan kafe itu, dengan 1000 rasa di jiwa..





DANIEL merenung secara bergilir-gilir antara kad dengan Iphone nya. Patut ke aku buat? Patut ke? Tapi, nak cakap apa? Ish, tak payahlah. Kad itu dilempar ke lantai. Tak lama diambil kembali. Ditekan sana sini, dan punat hijau di tekan. Kedengaran lagu Taylor Swift berkumandang dihujung telinga. Tak lama lagu itu berhenti.
                “hello,,” sapa Daniel dalam gugupnya.
                “siapa ni?” tanya suara disana.
                Daniel gugup. Perasaannya tak menentu.
                “siapa ni? Tak nak cakap saya letak.”
                “Dahlia... ni Daniel.” Kata Daniel. Satu keluhan dilepaskan.
                “ohh, encik Daniel. Err, ada apa call malam-malam ni?” tanya Qusaira pelik.
                “err, I nak tanya, bila u.. err, nak pergi cari barang2 untuk rumah I?” tanya Daniel. Dia bangun dan mendekati balkoni. Angin malam terasa begitu mendamaikan,
                “ohh, rancangan saya esok,”
                “bagus. Esok I free. Pukul berapa ye? And kat mana?”
                Qusaira diam seketika.
                “Dahlia are u there?”
                Qusaira berdehem. “ya, err,  kenapa Encik tanya ye?”
                “ohh.. err, I .. I nak pastikan je, u buat kerja dengan baik. Lagipun tak salah kalau I yang nak pilih material nya kan? Kalau u dah beli, I tak setuju lagi susah kan?” kata Daniel, bersungguh. Kepalanya digaru. Argh, aku tak pernah fikir pun alasan ni, dan hal ni.
                “err, baiklah. Esok pukul 11 pagi jumpa di SSF Home Decomark.”
                “okay!”  sahut Daniel beserta senyuman di bibir.
                “selamat malam.”
                Talian putus. Daniel menghempaskan badan ke atas katil. Dia tersenyum. Argh, kenapa aku jadi macam ni? Senyuman mati. Dia termenung. Manis suara gadis itu, lenggok cakapnya, Daniel menggeleng. Ish, tak boleh jadi ni. Baik aku tidur, esok boleh bangun awal. Jumpa Dahlia. Dia menggeleng lagi. Tak sepatutnya jadi macam ni!





QUSAIRA menapak mendekati lelaki yang sedang bersandar di kereta BMW itu. lelaki itu kelihatan segak dalam kemeja  biru lembut beserta kaca mata hitam. Qusaira membelek jam, nampaknya dia tidak lewat. Daniel dilihat sedang membelek gajet di tangannya.
                Daniel tersenyum ke arah gadis yang sedang menuju ke arahnya. Wah, nampak comel dalam  blouse berwarna merah jambu itu. biasanya dia melihat Qusaira memakai kemeja dengan seluar slack.
                “so, shall we..” sapa Qusaira mematikan lamunan Daniel.
                Mereka memasuki kedai yang menjual pelbagai barang perhiasan rumah itu. Dari langsir sehinggalah bahan dekorasi. Semuanya mengaburi mata memilihnya. Qusaira hanya melihat Daniel memilih barangan. Dia hanya memberi pendapat apabila ditanya, dan mengesyorkan apabila perlu.
                Qusaira memerhati lagak Daniel dalam diam. Lelaki itu nampak tenang dalam apa yang dilakukan. Entah kenapa dia senang dengan perlakuan lelaki itu. Daniel tidak nampak sombong dan berlagak hari ini. Semua yang dilakukan lelaki itu dalam memilih, berbincang dan bercakap nampak seperti lelaki ini seorang yang bertolak ansur dan peramah.
                Semua barang yang dibeli dibayar setelah itu mereka keluar. Daniel membawa semua barang yang dibeli tadi. Dia senang segalanya berjalan dengan lancar. Dia tersenyum lagi. Hari ini sudah berapa kali dia tersenyum girang, rasa bahagia yang tak pernah dirasakan sebelum ini.
                “so, u nak ke mana lepas ni?” tanya Daniel. Segala barang dimasukkan ke dalam bonet kereta.
                “err, saya nak cari furniture pulak.”
                Daniel mengerling jam di tangan. Jarum berada tepat di nombor 1. “apa kata kalau kita makan dulu, then baru kita cari furniture..”
                Qusaira berkerut lagi. “tapi..”
                “no tapi-tapi.. jom!” Arah Daniel. “ahh, ya, Dahlia..” gamit Daniel.
                Qusaira berpaling.
                “jangan banyak berkerut dahi tu, nanti cepat tua.” Pesan Daniel, senyuman kecil menghiasi bibir itu.
                Qusaira mengangguk. Pelik dengan sikap Daniel yang mesra semacam, membuatkan dia tidak selesa. Ya, dia rasa lain.





QUSAIRA memerhati anak buahnya melakukan kerja. Semua kerja sedang dalam proses. Rumah sudah di cat. Perabot akan sampai esok jadi mereka harus selesaikan kerja mengecat sebelum petang. Qusaira hanya membantu yang perlu sahaja. Untuk mengecat biarlah pakar melakukannya, dia bukan pandai dalam hal tu.
                Jam menunjukkan pukul 12.40 tengah hari. Perutnya sudah mulai berkeroncong. Kepada pekerja yang sedang mengecat dipesan untuk rehat pada pukul 1. Dia melangkah keluar daripada rumah itu menuju ke lif. Sedang Qusaira menunggu lif...
                “qusaira.” Jerit satu suara.
                Qusaira berpaling. lelaki yang berkulit cerah dan berkumis nipis itu direnung lama. Mindanya memproses maklumat.
                “Arman?” Qusaira bersuara.
                Arman, kawan sekolej dengannya yang berlainan jurusan, mereka rapat setelah sama2 menyertai satu program anjuran universiti.
                “Ira buat apa kat sini?” tanya Arman.
                “ahh, kerja. Ira buat rekaan dalaman sekarang. Arm pulak, buat apa kat sini?” tanya Qusaira.
                “Arm tinggal kat sini la. depan sana tu.” Balas Arman mesra.
                “ohh..” qusaira mengangguk. Beginilah dia kalau dah lama tak jumpa kawan, tak tahu nak cakap apa. Mindanya berfikir2 topik yang sesuai.
                “Ira.. nak ke mana ni?” tanya Arman.
                “err, nak pergi makan.”
                “ohh, bagus lah. Arm pun nak pergi makan ni. Apa kata kita lunch sama-sama? Dah lama tak jumpa Ira.”
                Qusaira buntu. Dia tersenyum kepada Arman. Sungguh dia tidak selesa dalam situasi itu. pintu lif terbuka. Qusaira terkejut melihat segenap tubuh Daniel ada di dalam lif itu. Daniel terpana melihat dua figura dihadapannya. Qusaira dengan lelaki.. siapa lelaki ni?
                “u nak ke mana Dahlia?” tanya Daniel. Dia keluar dan berdiri di sebelah Qusaira.
                “ira siapa ni? Looks familiar..” kata Arman. Lelaki yang tinggi dihadapannya direnung lama. “Dahlia? U don’t like that name right?”
                Qusaira diam.
                Daniel terpana. Wah, siap tahu ni Qusaira tak suka nama tu. Hei, suka hati aku lah nak panggil apa pun.
                “Encik Daniel ni Arman, my friend, Arm, ni my client..” kata Qusaira.
                Daniel hanya memandang tangan yang dihulurkan oleh lelaki bernama Arman itu.
                “jom, I ada bawak makanan sekali untuk krew.”
                “sorry, Arm. Mungkin lain kali kita boleh makan sama2.”
                “its okay. Kita akan jumpa lagi. Bye!”





“APA encik Daniel buat kat sini hari ini.?” Tanya Qusaira pelik. Pizza yang dibawa oleh Daniel disua kedalam mulut. Sedap!
                “I free. So, I nak tinjau la, perjalanan rumah I. Tak boleh?” balas Daniel selamba. Sekeliling rumah ditinjau. Beberapa orang pekerja lain sedang turut sama menjamu selera.
                “boleh. Tapi, encik..”
                “Daniel. Panggil saya Daniel je. No need to be formal with me.” Arah Daniel.
                “tapi encik kan klien. Itu batas kita sekarang.” Bidas Qusaira.
                “dan, sebagai klien I arahkan u untuk buat macam tu.”
                Qusaira hanya memandang lelaki dihadapannya ini. Mengangguk tidak menggeleng tidak.
                “hurm, I tengok warna pada dinding nampak menarik. I suka warna ni.” Kata Daniel tiba2. Dia berdiri dan mengelilingi rumah.
                Qusaira meneruskan suapan.



“KAU buat apa sekarang? Sibuk memanjang. Hari tu kau cakap sibuk, makan tengah hari semalam sibuk lagi, hari ni kau sibuk lagi. Shooting kau dah tamat kan?” tanya Haikal, sepupu Daniel.
                “aku memang sibuk uruskan rumah baru aku tu. Kau tahu kan, aku dah tak sanggup nak tumpang rumah kau ni.” Balas Daniel.
                “kalau kau terus duduk rumah keluarga kau, tak adanya kau kena beli rumah lain.” Bidas Haikal.
                “kau ni, tak suka ke aku tumpang rumah kau. Kau, jangan bimbang la. siap je aku terus pindah. Bagi aku beberapa hari lagi.” Balas Daniel. Matanya tidak lari dari memandang tv.    “itulah kau. Sikit-sikit nak merajuk. Macam budak kecik.” Marah Haikal. Air kopi dihadapan diteguk laju.
                “habis, pak long kau tu asyik suruh aku handle syarikat dia. Aku tak nak lar. Kau tahu kan aku tak minat. Aku suka dengan kehidupan aku sekarang.”
                “pak long aku tu bukan papa kau ke?” perli Haikal.
                Daniel menggeleng. Dah mula nak mengarut tu. Daniel mengerling jam di dinding. Bingkas dia bangun. Sebentar lagi perabot rumahnya akan tiba.
                “kau nak ke mana?” tanya Haikal.
                “aku ada hal. Petang karang baru aku balik.”
                “aku nak ikut!”
                “tak payah!”
                “nak jugak!”



DANIEL meluru ke arah Qusaira yang sedang sama-sama denga pekerja lain mengangkat sofa. Dia menahan Qusaira dan mengambil alih tempat Qusaira. Qusaira terpana. Bila masa pulak dia ni sampai? Qusaira berpaling ke arah pintu, kelihatan seorang lelaki sedang berdiri tegak. Siapa pulak tu? Qusaira melemparkan senyuman. Lelaki itu membalas, dan mendekati Qusaira. Daniel masih sibuk mengalihkan perabot mengikut kegemarannya.
                “saya Haikal. Sepupu Daniel. U?” sapa Haikal mesra.
                “ohh, saya Qusaira. Designer kat sini.”
                Haikal kelihatan mengangguk. Dia merenung Daniel dengan pandangan yang aneh. Kemudian berpaling kepada Qusaira yang sedang melakukan kerja mengarahnya. Berkerut dahinya berfikir. Ada sesuatu berlaku di sini. Patutlah Daniel nampak pelik sekarang. Gadis berambut panjang itu direnung. Padanya gadis itu biasa saja, nak bandingkan dengan Nadia, rasanya Nadia jauh lebih cantik. Tapi, aura gadis itu sedikit aneh. Dia sendiri sdikit terusik melihat senyuman gadis itu.
                “apa yang kau menungkan tu?” sergah Daniel.
                Haikal tersentak.
                Daniel ketawa. “jauh termenung? Sampai macam tu sekali.”
                “aku dah agak, mesti ada apa2 ni. Kau suka Qusaira kan?” tanya Haikal terus terang.
                Daniel menarik Haikal menjauhi kawasan itu. “apa kau mengarut ni? Mana ada..” balas Daniel sedikit berbisik.
                “alah, aku boleh nampak la. kau jangan nak tipu aku. Siap berlari nak tolong dia tadi.” Bidas Haikal.
                Daniel ketawa. “hei, tu biasa la. sebagai lelaki tak kan nak tengok je perempuan buat kerja?”
                “Alasan kau tak logik. Lagipun bukan aku tak tahu kau anti perempuan.” Balas Haikal.
                “dah, dah. Kau jangan nak mengarut dengan aku. Tak ada maknanya aku suka dia. Dah, aku nak sambung kerja.”
                Haikal masih di tempatnya. Memerhati perlakuan Daniel yang sedang berbincang dengan Qusaira. Ya, sangat jelas padanya bahawa Daniel menyukai wanita itu.
                “Argh..” jerit satu suara.
                Daniel cepat ke tempat jeritan tadi, begitu juga Haikal. Kelihatan Qusaira sedang menahan sakit. Cepat2 Daniel mendekati. Darah pekat mengalir di kaki Qusaira. Qusaira dipangku ke kerusi berdekatan.
                “mana first aid kit?” tanya Daniel.
                Qusaira yang sedang menahan kepedihan menunjuk ke satu arah. Tanpa menunggu lama Daniel bergegas ke tempt itu dan kembali semula.
                “macam mana boleh jadi macam ni?” tanya Daniel cemas. Tangannya ligat membersihkan luka itu.
                “tak perasan ada kaca kat situ tadi.” Balas Qusaira dalam sakitnya. Bahu Daniel dipegang kuat. Pedih nya tak tertahan rasanya.
                Haikal keluar. Dia tersenyum. Kau dah kalah dalam cinta Daniel.
                Qusaira merenung lelaki itu. hatinya terusik tiba2. Seluruh muka lelaki itu merah. Entah sebab apa..
                “sorry. Baju awak, terkena darah.” Kata Qusaira.
                Daniel menolak ke tepi kotak itu. Siap juga balutan kaki itu. “its okay.” Balas Daniel.
                Qusaira cuba bangun namun tidak berjaya.
                “jom, I hantar u balik. Esok tak payah datang sini. I boleh handle.”
                Qusaira hanya mengangguk. Memang susah untuknya melakukan apa2 kerja dalam keadaannya begitu,.
               



SETELAH 2 hari berehat, Qusaira memasuki pejabat. Pasti banyak kerja yang terbengkalai.
                “pagi, cik Ira.” Tegur Aminah.
                Qusaira mengangguk dan tersenyum. Dia melangkah masuk ke dalam ruang kerjanya.  Baru sahaja dia mahu membuka laptopnya, tiba2 biliknya diketuk. Aminah masuk.
                “cik, rumah Daniel masih belum siap cik. Jadi, saya nak tahu cik tak ke sana ke hari ini?” tanya Aminah.
                “banyak lagi ke? Dah 2 hari tak kan tak siap lagi?” tanya Qusaira.
                “sikit je lagi. Saya ada tengokkan masa cik cuti. Tapi kan, biasanya cik akan pergi tengok di hari terakhir kan?”
                Qusaira mengangguk. “mungkin lepas makan tengah hari.”
                “baiklah saya keluar dulu.”

“U dah sihat ke Dahlia?” tanya Daniel.
                Qusaira mengangguk. Sampai sahaja di rumah itu tadi, Daniel sudah tercegak di situ. Beberapa orang pekerja masih menjalankan kerja memasang lampu dan beberapa sentuhan terakhir.
                “I puas hati dengan hasil kerja u. Thanks!” kata Daniel.
                Qusaira hanya menghadiahkan senyuman. “its my job!”
                Daniel mengekori Qusaira yang mengelilingi rumah. Memasuki setiap ruang. Sudah 2 hari tidak berjumpa gadis itu. sepanjang 2 hari Qusaira bercuti dia sering menelefon gadis itu. sekadar mahu mendengar suara. Haikal ada memberitahu tanda-tanda ini menunjukkan dia sudah jatuh cinta. Namun, dia membiarkan.
                “aw!” jerit Daniel. Kepala yang sakit disapu.
                Qusaira ketawa. Daniel terpaku. Argh, manis sungguh ketawa itu. ketawa Qusaira mati melihat pandangan Daniel tepat ke matanya. Mata mereka bersatu buat seketika. 6,7,8 saat..
                Qusaira melarikan matanya. “ err, macam mana awak boleh langgar dinding ni? Berangan ye?” katanya menceriakan suasana yang bagai terhenti tadi.
                Daniel memegang dahinya yang merah. Dia tersengih. Qusaira meneruskan kerjanya.

“I NAK jumpa u. Sekarang, dekat kafe.” Arah Daniel. Talian dimatikan.
                Qusaira mengeluh. Apa lagi yang dia nak? Kerjanya sudah selesai. Urusan rumah Daniel sudah selesai. Maknanya tiada sebab lagi mereka mahu berjumpa, Cuma pembayaran yang belum dibuat.
                “saya keluar jumpa Daniel. Mungkin lepas lunch baru saya balik.”
                Aminah terpinga namun, mengangguk.





“ADA apa awak nak jumpa saya?” tanya Qusaira lalu duduk di hadapan lelaki itu.
                “nak kopi, lattee or capucino?” tanya Daniel selamba.
                “tak pe. Saya tak dahaga.”
                Daniel diam. Dia menyeluk kocek seluarnya. Satu sampul surat dikeluarkan lalu dihulurkan kepada Qusaira.
                “apa ni?”
                “surat cinta.” Balas Daniel.
                Qusaira menelan air liur. Apa ni?
                “duit la. bayaran untuk kerja u yang cantik tu.” Sambung Daniel beserta senyuman kecil di bibir.
                Qusaira mengangguk dan tersenyum. Dia mengeluarkan buku diarinya.
                “u cantik kalau senyum.” Puji Daniel. Dia menelan air liur. Macam mana aku boleh terlepas cakap ni?
                “err, saya ada hal lain, saya balik dulu.” Kata Qusaira. Jantungnya berdegup lebih laju berbanding sebelum ini. Bagai nak terbang rasanya.
                “tunggu! I belum habis cakap.”
                Qusaira tak jadi melangkah. Beberapa pelanggan melihat ke arah mereka.
                “I rasa I dah jatuh cinta dengan u..”
                Qusaira berpaling. “maaf, awak salah orang.” Balas Qusaira.
                “tak. I tak salah orang. I, I yakin..”
                “maaf. Saya tak boleh terima tu. Hubungan kita cukup lah sebagai pelanggan sahaja. Saya pergi dulu.” Qusaira berlari keluar. Tidak peduli dengan mata yang memandang.
                Daniel kembali duduk. dia meraup muka. Menyesal kerana terlalu gelojoh. Kecewa, kerana ditolak. Dia bangun mahu keluar dari situ. Baru mahu bangun dia melihat sebuah buku diari warna hitam. Yakin itu milik Qusaira, dia membawa buku itu pulang.





AMINAH mengangkat wajah apabila ada orang yang mengetuk mejanya.
                “eh, encik Daniel. Ada apa yang boleh saya tolong?” tanya Aminah pelik.
                “Cik Dahlia ada?” tanya Daniel.
                Aminah mengangkat keningnya. Pelik!
                “ada tak?” tanya Daniel, sambil terjengul ke bilik Qusaira.
                “maaf, Encik. Cik Ira ambil cuti kecemasan.”
                “berapa hari dia cuti?”
                Aminah menggelengkan kepalanya. Serentak itu Daniel melangkah perlahan keluar dari pejabat itu. sampai di kereta dia mengeluh lagi. Sudah 2 hari dia mencari Qusaira. Telefon tak dapat, cari dirumah tiada. Dia tahu Qusaira mengelak daripadanya. Dengan longlai dia memandu kereta nya pulang.
          


     
“DAHLIA!” jerit encik Mazlan.
                Qusaira tertunduk. Air mata yang jatuh dibiarkan.
                “kamu jangan nak kurang ajar dengan ayah.”
                “patut ke ayah mengaku sebagai ayah, sedangkan tanggungjawab ayah entah ke mana. Bertahun-tahun kami hidup tanpa kasih sayang ibu dan ayah.”
                Qhuzaira teresak-esak.
                “kamu tak layak cakap macam tu Dahlia!” marah puan Qistina.
                “Ibu, ibu tak sedar ke selama ni kami dah cukup menderita melihat ayah dan ibu asyik bergaduh. Zaira tak pernah dapat kasih sayang ibu dan ayah sejak kecil sampai besar. Ibu dan ayah hidup dalam dunia sendiri. Maaf, kalau Dahlia kurang ajar ibu, ayah. Tapi ini hakikat yang Dahlia simpan selama ini.” Bentak Qusaira.
                Pangg!
                Qusaira terduduk. Air mata yang tak henti2 mengalir diseka. Qhuzaira dipeluk kemas.
                “baik! Lepas ni, apa nak jadi, jadi lah. Ayah, ibu. Anggap ajelah Dahlia tak pernah wujud. Anggap ajelah anak2 ibu dan ayah Cuma Zaira dan Zairi.” Bentak Qusaira. Serentak itu, dia bangun, menyeka air matanya, dan keluar memandu keretanya.





DANIEL mengusap perlahan buku hitam di tangannya. Sudah berhari-hari buku itu ada dengannya. Dia membelek muka surat pertama. Semuanya mengenai gadis itu. tarikh lahir, nama penuh, alamat emel, termasuk benda-benda kecil. Baru dia tahu Qusaira muda 2 tahun darinya. Dia membelek muka surat seterusnya.
                22 mac
                Daniel, saranghae..
                Daniel mengerutkan dahi. Ada namanya, namun ayat seterusnya tidak pasti apa kah maksudnya. Argh, bahasa apa dia guna ni? Dia menutup buku itu, dan keluar dari biliknya dan menuju ke bilik adiknya, Damia, yang kini menetap dengannya.
                “Mia, abang nak tanya ni.” Kata Daniel, lalu duduk di hujung katil adiknya.
                “apa dia bang?”
                Buku ditangan dihulurkan kepada adiknya. “apa maksud perkataan tu? Mia tahu tak?”
                Damia melihat ke arah buku itu. “ohh,”
                Daniel berdiri. “mia tahu ke?”
                Damia mengangguk. “maksudnya, Daniel, I love u,”
                “Mia, jangan bergurau. Betul ke ni?” tanya Daniel, wajah adiknya ditenung tajam mencari kebenaran.
                “betul! Siapa tulis tu? Girlfriend abang ke?”
                Daniel tersenyum puas. Peluangnya cerah! Sangkanya, dia Cuma bertepuk sebelah tangan. Belum habis kegembiraannya, telefonnya berbunyi. Nama Haikal tertera di skrin. Punat hijau ditekan.
                “hello, apa kau nak? Apa? Kenapa dengan Qusaira? Apa? Hospital mana? Baik, aku pergi sekarang.”





SUDAH 2 hari Qusaira tidak sedarkan diri, dan semenjak  itu jugalah Daniel menjadi penghuni tetap hospital itu. dia sentiasa datang pada waktu malam, ketika semua ahli keluarga Qusaira pulang. Seksa hati, jiwa dan raganya melihat Qusaira terlentang begitu. Sedih melihat wayar bersambungan di badan kekasih hatinya.
                “Dahlia, bangun la. I perlukan u. Please, wake up.” Rayu Daniel. Tangan Qusaira yang sejuk dipegang lama.
                Dia menatap lama wajah itu. menurut Aminah, Qusaira kemalangan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Qusaira yang gagal mengawal kereta telah terbabas dan melanggar pokok. Daniel kesal, kenapa bukan dia sahaja yang berada di tempat ini?





“AKAK.. akak dah sedar ibu, ayah, abang..” jerit satu suara.
                Mata yang berat cuba dibuka. Bayang Qhuzaira menjamah mata. Beralih pula kepada ayah, ibu dan adiknya Qhuzairi.
                “ayah panggilkan doktor.”
                “akak kat mana dik?” tanya Qusaira lemah. Suaranya serak.
                “akak, ingat tak akak kemalangan 2 hari lepas. Dah 2hari akak koma.” Beritahu Qhuzaira.
                Qusaira mengangguk. Tak lama ada seorang perempuan berkot putih memasuki ruang itu. Setelah diperiksa, doktor itu keluar.
                “ayah, kesal dengan apa yang berlaku. Maafkan ayah, Dahlia.” Kata encik Mazlan. Rambut anaknya diusap.
                Qusaira menahan air matanya daripada jatuh.
                “ibu pun minta maaf sebab abaikan kamu semua selama ni.” Kata puan Qistina pula.
                “tapi, ayah dan ibu tetap akan berpisah, kami akan membawa haluan masing-masing. Apa pun kami akan sentiasa jadi ibu dan ayah kamu.” Sambung encik Mazlan.
            


   
“MIN!” Qusaira terjerit kecil. Sudah 2 hari dia sedar, hari ini barulah dia melihat kedatangan Aminah.
                Aminah masuk beserta senyuman di bibir. “apa khabar cik Ira?” tanya Aminah.
                “sihat.  Macam mana ofis?” tanya Qusaira.
                “apa cik ni. Sakit pun tanya fasal ofis lagi. Jangan bimbang cik boleh cuti lama, Datuk Dahlan dah extend cuti kecemasan cik.”
                Qusaira ketawa kecil.
                “saya datang ni nak bagi buku ni.” Kata Aminah. Sebuah diari dihulurkan kepada ketuanya.
                Qusaira pelik. Dari mana pulak datang buku dia. Macam mana boleh ada dengan Aminah.?
                “ini, encik Daniel minta sampai kan pada cik. Dia pesan untuk cik selak muka surat 3.”
                Qusaira merenung buku itu lama.
                “selama cik sakit, dia selalu datang jenguk cik. Dia betul-betul cintakan cik.” Sambung Aminah lagi.
                Qusaira sebak.
                “saya balik dulu.”
                Keluar sahaja Aminah dari biliknya, dia membelek bukunya seperti yang diberitahu.
                ‘ahh, nota aku.’
                22 mac
                Daniel, saranghae..
                p/s : I love u too, Dahlia..
                Qusaira menatap tulisan itu lama. Air matanya jatuh berderai, Daniel... mana awak?



DUA BULAN KEMUDIAN...

QUSAIRA memasuki pusat beli belah itu. sudah lama dia tidak memanjakan diri dengan  membeli belah. Dia memasuki setiap kedai yang menarik minatnya. Tiba dihadapan sebuah kedai DVD dia berhenti apabila melihat ramai pengunjung mengerumuni sesuatu. Lama dia di situ. Kumpulan itu makin surut. Ada perjumpaan peminat rupanya. Qusaira meneruskan perjalanan.
                “Dahlia!” jerit satu suara.
                Qusaira berpaling. satu susuk tubuh itu direnung lama. Lama tidak berjumpa lelaki itu. semua mata merenungnya. Qusaira meneruskan langkah.
                “tunggu!” gamit Daniel. Lengan qusaira ditarik, menghalang gadis itu meninggalkannya.
                “ya encik, boleh saya tolong?”
                Daniel tersenyum manis. Semua mata memandang mereka. “lakonan apa lagi yang awak nak buat? Cukuplah awak melarikan diri daripada saya selama ni.”
                “maaf, saya tak faham maksud awak.” Kata Qusaira. Lengannya cuba ditarik. Ish, nasib baik aku pakai lengan panjang. Kalau tak, tak pasal2, batal air sembahyang.
                “saya nak awak dengar CD ni. Track number six.” Kata Daniel. Sebuah cakera diserahkan ke tangan gadis itu. dia berpaling.
Qusaira melepaskan keluhan panjang. Debaran masih belum hilang.
Daniel berpaling semula. “Anyway, awak nampak cantik bertudung.”
                Qusaira terpana.



CAKERA itu dipasang. Sebuah muzik perlahan berkumandang. Lagu ini dinyanyikan semula oleh Daniel. Pemilik sebenarnya adalah Dadali.
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta...
Qusaira menutup pemain DVD itu. setiap bait lagu itu memasuki ruang otaknya. Dia tersentuh. Sangat tersentuh. Tanpa menunggu lama dia mencapai kunci kereta dan menderum bersama kereta nya.





TERKOCOH-KOCOH Daniel turun setelah mendapat panggilan daripada si dia. Lif yang biasa menjalankan tugas dengan baik dimarah kerana lambat sampai kepadanya. Ikut hati mahu saja dia melompat terus ke tempat si dia sedang menanti. Sampai di tingkat bawah terus Daniel berlari ke arah Qusaira yang sedang menyandar di kereta Honda Jazz milik gadis itu. sempat dia memeriksa penampilan diri di cermin kereta orang.
                Daniel berdehem.
                Qusaira berpaling dan tersenyum. “err, kebetulan lalu, saya pun singgah.” Kata Qusaira. Matanya dilarikan menghadap jalan. Malu mahu bertentangan mata dengan lelaki itu.
                Daniel tersenyum. “ada apa awak nak jumpa saya ni?” tanya Daniel, berpura serius. Dia menahan senyum
                “Daniel, kenapa awak tak datang cari saya lepas saya keluar hospital?” tanya Qusaira. Gugup!
                Daniel tersenyum bahagia. “bila awak masuk hospital. Saya tak tahu pun?” balas Daniel. Dalam cahaya yang samar2 dia tersenyum lagi.
                “erm, saya nak buat pengakuan.” Kata Qusaira.
                Daniel mengangkat kening.
                “saya cintakan awak Daniel.”
                Daniel tersenyum. “saya tak percaya.”
                Qusaira angkat wajah. Menentang mata Daniel. ”betul, saya mengaku, yang saya dah mula cintakan awak, saya tak tahu bila, kenapa dan bagaimana, i just..”
                “so, apa yang awak nak sekarang?”
                “saya Cuma nak beritahu itu aje.” balas Qusaira. Kenapa Daniel nampak macam tak suka?
                Daniel merenung wajah serba salah Qusaira.
                “saya balik dulu.” Kata Qusaira.
                “awak nak terus balik tanpa dengar apa yang saya nak cakap.?” Kata Daniel.
                Qusaira berhenti melangkah.
                “perasaan saya pada awak masih sama. Saya masih sangat-sangat mencintai awak.”
                Qusaira berpaling.
                Daniel mendekati Qusaira. “awak tak cakap nak datang malam ni, nak mengaku, kalau macam tu saya dah beli cincin siap-siap.”
                Qusaira mengerutkan dahi. Tak faham!
                “kan saya dah cakap jangan kerut dahi macam tu.” Kata Daniel. “ saya nak awak jadi isteri saya. Tapi, saya tak ada cincin sekarang.”
                Qusaira tersenyum.
                “i will take that as yes.”
                Qusaira tersenyum lagi.
                Daniel mendekati Qusaira. Tangan itu cuba diraih, namun, gadis itu menjarakkan diri.
                “kenapa?” tanya Daniel pelik.
                “bukan muhrim.” Balas Qusaira sambil tersenyum.
                Daniel mengangguk dan ketawa. “ boleh awak panggil saya Daniel, rasa berbunga pulak dengar.”
                Qusaira memalingkan muka. Malu!
                “lepas ni, saya nak dengar awak panggil saya abang pulak..” usik Daniel lagi.
                “kalau saya tak nak?”
                “er,, tau lah saya nak buat apa nanti..”
                Qusaira ketawa bahagia.
                “janji jangan tinggalkan saya lagi..” kata Daniel.
                Qusaira mengangguk.

p/s: kelemahan saya.. ending! sorry kalau takk best.. cubaan pertama... hehe

hai . thanks sudi baca entry ni !

No comments:

Post a Comment