. . . Count UP . . .

Daisypath Happy Birthday tickers

Followers

22 June 2012

Jumpa orang KOREA

hai olls. haha. eh3.. erm, aku saje je nak tulis entry ni. just nak story mory la kan. aku pergi pasar malam dekat area Chukai semalam kan. aku jumpa group of korean you know *bukan artis korea*. and aku tersangat lah excited nak dengar dorang cakap Korea secara live. masa aku lalu sebelah dorang tu aku ada dengar lah sikit-sikit. quite funny actually.

aku tak tahu macam mana dorang membeli sebab aku dengar dorang nak speaking pun tak berapa pandai. ada die cakap dekat tukang jual tu, "ireoke" yang maksudnya, macam ni. pastu bila nak bayar tu tuan kedai tu cakap "two ringgit" orang korea tu pun cakap kat kawan dia "two ringgit-so". tuan kedai tu bantai gelak lah. sebab dia ingatkan orang Korea ni pandai cakap Kelantan. HAHA. aku pun gelak jugak. 

bila orang Korea tu nak balik tu kan, dia cakap "terima kasih" sambil lambai tangan. memang funny la. lepas tu aku tengok jugak ada satu couple ni nak beli baju kurung untuk baby dorang yang umo 2 tahun. aku tahu pun sebab aku dengar dia sebut 2 years. memang sweet la.


sebenarnya, dah dua minggu aku nampak dorang kat pasar malam kat daerah Kemaman ni. pasar malam kat tempat aku ni bukak isnin and khamis every week. agak pelik sebenarnya, sebab Kemaman ni bukan bandar besar untuk pelancong datang lawat. its just a small but beautiful town. HEHE.

tapi yang quite keciwa tu orang perempuan aje yang jalan-jalan tu. orang lelaki tak de pun. kalo ada boleh aku ushar-ushar sikit. *winkwink* haha. Gatal!

ada jugak sebelum-sebelum ni English man datang. but, that very usual la. kalo orang Korea ni, macam pelik la. sebab, kenapa dorang tak pergi Cameron ke, KL ke, lagi best.

but then, aku admit *dalam hati la* Kemaman ni quite interesting lah kot. HAHA. hah, jemput lah datang ke Kemaman. HAHA.*promote*
gambar kat atas ni aku ambik masa aku dalam kereta. masa tu aku nak balik dah. aku nampak orang Korea tu duk borak ngan dak perempuan yang ada kat situ. tapi tak tahu pulak apa yang dorang borakkan. sebenarnya aku teringin jugak nak cakap dengan dorang ni. cakap Anyeonghaseyo je pun jadi la. HAHA. sebab kalo cakap banyak takut aku pulak tak paham nanti. aku tahu perkataan korea pun sikit aje. nampaknya lepas ni kena belajar la. HAHA.

okey la. aku nak kena pergi kenduri kahwin pulak ni. ish, aku tak berapa gemar sebenarnya, sebab kena pakai baju kurung, pakai tak pe lagi, kena gosok tu yang malas ouh. HUHU
bye3 <3

p/s : dengar ceritanya Shaheizy Sam ada kat Kemaman sekarang ni? entah betul ke tidak. tengah shooting filem 2 Kalimah *kebetulan kenduri kahwin tu lalu kawasan tu. boleh aku usha sket*

hai . thanks sudi baca entry ni !

17 June 2012

7 Hari Mencintaiku ~!

hai hai hai. hehe. korang ada baca novel 7 mencintaiku karya terbaru Siti Rosmizah tak?

aku amik masa jugak lah nak baca novel ni. dah tu, tengok ketebalan lah weh. ada berapa muka surat entah. aku pinjam novel ni dari kawan aku. komen aku pasal novel ni, best lah jugak sebab aku rasa sakit hati dengan sikap ego Mia dengan sikap over penyabar Khuzairi. dahsyat sungguh kesabaran yang dia ada. 

kadang-kadang macam tak logik jugak. ada ke lelaki yang penyabar giler macam Khuzairi nih? kalau ada, untunglah siapa yang dapat miliki dia. bukan senang nak cari lelaki macam tu zaman sekarang nih. dalam novel ni banyak lah jugak moral value yang dapat aku kutip. hehe.  sikap ego si Mia ni, memang dahsyat sungguh. tapi, tipikal cerita Melayu, bila kita hilang sesuatu, barulah kita sedar khilafnya diri ni. HAHA. betul tak? 

novel Siti Rosmizah, setakat ni dua yang aku baca * Cinta Kau dan Aku dengan 7 Hari Mencintaiku * memanglah berjaya mengusik hati aku yang suci lagi murni ni *wekk* ya lah, aku agak malu la, sebab baca novel pun boleh nanges kan. tapi, aku rasa ramai perempuan macam ni. HAHA. maklumlah hati perempuan ni kan sensitip * sensitipe ler sangat *. 


tapi, sekarang aku rasa macam bosan pulak baca novel chinta nih. ya lah kan, mana tak bosan, novel Malaysia sekarang ni macam lebih kurang aje. tapi, aku tak stop beli novel pun. beli lagii. now, novel terbaru, novel Damya Hanna, Ingin berkasih lagi.


aku tak start baca lagi. but will finish soon, since novel ni, tak adalah tebal sangat. sehari dua dah boleh habis. AHAKS. lepas ni aku nak beli novel Zaifuzaman pulak. HAHA. baca novel hantu ni best jugak. 

hidup tenang diperoleh jika sentiasa bersama ALLAH, dan ALLAH hanya akan menyertai orang yang sentiasa membersihkan hatinya.

hai . thanks sudi baca entry ni !

13 June 2012

no title~

hai olls. entah kenapa sejak dua tiga menjak ni kan, rajin pulak aku nak update belog aku yang tak seberapa nih *hehe*.tadi aku selongkar laptop ni, jumpe lah beberapa gambar yang aku rasa rindu sangat dengan time tu. what I can say, masa tu memang sangat aku happy and memorable la, bagi aku. hehe.

Waitress
aku, Wanie, Ain, Sariy, Nisa
gambar ni masa kami jadi pelayan VIP dalam majlis rasmi kat sekolah. best jugak, tapi malu, sebab pakai baju beza dari orang lain. HUHU.



time Graduate (form 5)
masa ni tak ada lah happy moment sangat, tapi, best la. at least aku dah rasa macam mana graduate nanti kat University. HUHU. 

my Besties
yang kat atas tu semua kawan baik aku. hehe. gambar ni kami amik masa ada majlis restu SPM. ada lah buat makan2 masa tu. quite fun la. tapi, aku tak sempat pun nak salam ramai cikgu. yang sempat je, sebab aku balik awal. HAHA.

err, abaikan gambar ni
gambar ni kami amik masa kami pecah masuk asrama, hehe. gambar ni aku edit sebab bosan. entah apa-apa je kan? tapi, aku dah rindu dengan dorang ni. dah lama betul tak jumpa. kitorang last jumpa pun, raya 2011. ni dah berapa bulan dah. maklumlah semua sibok. *kecuali aku* huhu.

H3P1 time koir.
adoi. ni memang saat paling manis dalam hidup aku setakat ni. HUHU. only then I know macam mana rasanya perform atas pentas. HAHA. sweet sangat. rindu korang lah. serious.

itulah sedikit sebanyak cerita time belajar. Hope bile aku masuk Universiti nanti aku dapat kumpul banyak lagi kenangan. 

After asking ALLAH to guide you to the straight path,dont just stand there. start walking forward to it.

hai . thanks sudi baca entry ni !

11 June 2012

download movie baru FREE ?

ASSALAMUALAIKUM.

hai.. aku ada jumpa site baru. tapi, tak tahu la korang dah tau atau tak. anyway, yang tahu tak yah pedulik, yang nak tahu meh sini baca, I nak story sikit.

HAHA. tadi aku search google.*asyik search google je kan?* aku jumpa satu site yang boleh download movie Melayu or English free jek bukan tu je citer Korea dengan Jepun pun ada tapi tak banyak. dah la free, tak payah nak download part by part pulak tuh. just download sekali terus boleh tengok. aku dah download Snow White and the Huntsman dengan Aku ada Kau Ada??.

ni movie baru kan? okeh, mungkin aktiviti ni kurang sihat, tapi, erk, dah buat dah. nak buat macam mana kan? haha. kalo korang nak download movie boleh ke sini TeamHanna




 lepas korang download kan, korang kena extract file tu. 
cara nak extract :
1.korang tekan lah yang korang download ni kan.

2.bila dah tekan yang atas, keluarlah benda alah ni. korang tekan right click then cari *extract to the specified folder*. tunggu dia extract, pergi dekat folder yang korang pilih tadi, done! korang dah boleh tonton!


 err, kalo tak faham bagitahu. tengs. babai


hai . thanks sudi baca entry ni !

Maksud Bunga..

ASSALAMULAIKUM..

hai korang-korang yang romantik sekalian. ahah. tadi aku cari maksud bunga daisy sebab aku suka dengan bunga tu. bile tengah google tuh aku jumpa satu site nih, dia listkan nama bunga, dan maksud di sebalik bunga tuh. so sweeet kan? jadi, kalolah nanti ada orang bagi korang bunga, korang boleh guess lah, apa sebab dia bagi bunga tu kat korang. haa, romantik tak?
Bunga Daisy, cantik kan?

okey, dia ada beberapa part la. antaranya :
wish :-)

bells of ireland = good luck

chrysanthemum = kawan yang terbaik.

cyclamen = good bye

hyacinth (purple) = maafkan saya!

Iris = persahabatan yang bermakna

confession :=)

Daisy = cinta suci

Camellia (merah)= flame in my heart

camellia(putih) = awak sangat menarik

chrysanthemum (kuning) = cinta dihina
gloxinia / rose yang tak berduri = cinta pandang pertama
gloxinia
thormless rose
haha. nampak tak? setiap bunga ada maksudnya tersendiri tau. dan kalau kita minat sesuatu bunga tu pun melambangkan peribadi kita sebenarnya. hehe. apa-apa pun ni sekadar share apa yang aku baca. and kot lah boleh bantu korang nak meluahkan perasaan kan.. ahaks.

ada banyak lagi maksud yang korang boleh tengok kat SINI. gambar pulak sumber nya mestilah encik Google yang baik lagi bijaksana. HAHA.

setiap apa yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam kehidupan. tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

sekian. babai.

hai . thanks sudi baca entry ni !

7 June 2012

my FEELINGS towards my schoolmates

ASSALAMUALAIKUM..
first and foremost aku nak mintak maaf dulu. kot-kot aku ada buat salah dengan korang. aku betul-betul tak sengaja. kalau aku sengaja, aku cakap. HAHA.

hai, aku tak tahu apa impak atau kesan entry ni kepada semua kawan-kawan yang aku kenal. bagi aku kawan tu, adalah orang yang kenal aku, dan aku kenal dia. itu definisi kawan bagi aku. tapi, aku insan biasa yang mungkin agak pelik bagi sesetengah orang or maybe normal bagi manusia yang satu frekuensi dengan aku.

tapi, tujuan aku tulis entry ni adalah untuk menjelaskan apa maksud perbuatan atau perasaan aku lah boleh kata. aku baru sedar yang aku banyak mengelak kalau aku keluar ke bandar. contohnya lah, kalau aku nampak sorang budak sekolah aku, aku akan menyorok tak pun cuba control diri buat-buat macam tak nampak. tapi, pernah je, aku betul-betul tak nampak. maklumlah aku kan sekarang si mata empat.
jadi model sat

tadi aku pergi pasar malam. aku nampak bukan sorang dua, tapi lebih daripada 6 kot schoolmates aku yang dulu. semua sekolah yang aku pernah pergi ada. sekolah rendah pun ada. tapi, aku pretend aku tak perasan dorang. kejam kan aku? yes, aku ngaku. tapi, seriously aku tak tahu nak tegur macam mana. kalau korang tegur aku dulu aku akan react. tapi kalau nak harap aku tegur dulu, maaf.


aku sombong? berlagak? whatever istilah nak bagi pun aku terima, yang aku pasti aku just kekok. so, daripada nampak macam tak suka, baik aku pretend tak nampak. lebih baik macam tu. to me la. so, balik tadi aku nak post lah benda kat bawah nieee.. tapi, tak jadi. sebab aku takut orang akan fikir pelik. haha. aku tak berniat nak sakitkan hati orang, but if I do so, I am really sorry.


masa sekolah menengah aku yang akhir, aku rasa best jugak sekolah kat situ. tapi, aku rasa macam aku tak diterima di sekolah tu *taktau kot perasaan aku je*, so, aku cuba jauhkan diri dari orang-orang sekolah tu. *cikgu pun termasuk* i am really sorry. masa mula-mula masuk it was a really bad dream. but, aku cuba adapt. and, akhirnya aku berjaya habiskan sekolah kat situ. sampai habis sekolah pun aku tak ada rasa sense of belonging. korang paham tak maksudnya apa? kalau tak paham google la. so, kalau aku ada terserempak dengan budak sekolah ni, aku akan cuba mengelak. except yang rapat dengan aku. classmates pun ada jugak yang aku elak. HEHE.sorry guys.

yang sekolah rendah pulak, sorry jugaklah, sebab aku tak berapa nak ingat sangat. yang rapat aku ingatlah.tadi pun ada beberapa aku terserempak. tapi, aku menyorok belakang mak aku. HAHA. *macam kecik sangat je* aku tak suka suasana kekok. so, aku cuba lari dari suasana tu. except bestfren masa skolah rendah dulu. aku still boleh hang out ngan korang.

yang skolah menengah dari fom 1 sampai fom 4 aku nak sangat jumpa korang. classmates aje. yang lain tak nak! HEHE. aku tak ingat sangat dah yang lain. aku ingat classmates aku je. sorry!

okey, sampai sini je aku nak tulis. aku tak nak cakap banyak, takut, aku menyakitkan hati orang.

p/s : kalau aku nampak kau on9 FB, aku akan off9!

Lesson is "Whatever u do, there is something or the other thing people gonna say,, u just gotta believe in yourself and keep going..=)

hai . thanks sudi baca entry ni !

1 June 2012

pilihan oh pilihan !

ASSALAMUALAIKUM..

susah betul kalau kena buat pilihan kan? lebih-lebih lagi kalo pilihan tu melibatkan masa depan. kalaulah kita tak payah buat pilihan. semuanya straight aje, tak ada stress, tak ada fenin-fenin kepala. aduss. kadang-kadang kita terfikir betul ke pilihan yang kita buat? apa jadi kalau kita tak pilih yang A? apa jadi pulak kalau kita pilih B?

aku kena buat pilihan yang terbaik untuk masa depan. masa depan aku. aku patut ikut kata orang ke? atau  ikut kata hati kita? susah betul kalau melibatkan orang lain jugak kan? apa-apa pun, aku dah cuba berfikir sedalamnya dan aku cuba meyakinkan diri dengan pilihan yang aku buat.

lepas aku dah hantar pilihan aku tu, aku terfikir jugak, best kalau aku dapat apa yang aku idamkan. yes, aku memang ada cita-cita tu, cuma aku tak yakin dengan kemampuan aku. tapi, aku bersedia untuk mencuba yang terbaik. sebab aku ada impian yang nak dicapai dan dibuat. ada sesuatu yang aku nak kaji. harapnya ALLAH makbulkan doa-doa aku.

baru aje tadi aku jengah ke page iluv islam.. aku suka betul dengan tajuk entry yang laman ni siarkan. perkara yang betul-betul dekat dengan kita. Cita-cita yang tak pernah menjadi. aku mintak sangat cita-cita aku menjadilah. HEHE.

Merancanglah dengan teliti dan rapi. Kemudian berusahalah dan gapailah apa yang diimpikan itu. Sebaik sahaja kita berasa berjaya memperoleh sesuatu dengan usaha kita sendiri, tanpa kita sedari, apa yang dicita-citakan, apa yang tergapai semuanya akan melorot dari genggaman.

betul jugak. mungkin yang berumur 20 an dan ke bawah tak merasa apa-apa sebab masih mencari karier masa depan, tapi.. ya, aku, kau, kita semua lah, HEHE, belum tahu apa yang terjadi di masa depan. apa yang kita boleh buat cuma.. berserah kepada takdir ALLAH tetapi tetap berusaha mencapai cita-cita yang kita impikan.


janganlah terlalu berbangga bila memperoleh apa yang diimpikan.Jangan pula meraung sakan andainya apa yang dicita-citakan tidak dapat digapai.Segala-galanya adalah hak Pencipta seluruh alam ini.


p/s : aku saje je tulis entry ni. aku fikir pilihan ni amat susah. kalau diberi dua pilihan tak apa lagi, tapi kalau sampai 3 atau 4? aduss.. apa-apa pun good luck guys, hopefully kita akan sentiasa berjaya dalam hidup nanti. peace yaw!
hai . thanks sudi baca entry ni !