hai olls. haha. eh3.. erm, aku saje je nak tulis entry ni. just nak story mory la kan. aku pergi pasar malam dekat area Chukai semalam kan. aku jumpa group of korean you know *bukan artis korea*. and aku tersangat lah excited nak dengar dorang cakap Korea secara live. masa aku lalu sebelah dorang tu aku ada dengar lah sikit-sikit. quite funny actually.
aku tak tahu macam mana dorang membeli sebab aku dengar dorang nak speaking pun tak berapa pandai. ada die cakap dekat tukang jual tu, "ireoke" yang maksudnya, macam ni. pastu bila nak bayar tu tuan kedai tu cakap "two ringgit" orang korea tu pun cakap kat kawan dia "two ringgit-so". tuan kedai tu bantai gelak lah. sebab dia ingatkan orang Korea ni pandai cakap Kelantan. HAHA. aku pun gelak jugak.
bila orang Korea tu nak balik tu kan, dia cakap "terima kasih" sambil lambai tangan. memang funny la. lepas tu aku tengok jugak ada satu couple ni nak beli baju kurung untuk baby dorang yang umo 2 tahun. aku tahu pun sebab aku dengar dia sebut 2 years. memang sweet la.
sebenarnya, dah dua minggu aku nampak dorang kat pasar malam kat daerah Kemaman ni. pasar malam kat tempat aku ni bukak isnin and khamis every week. agak pelik sebenarnya, sebab Kemaman ni bukan bandar besar untuk pelancong datang lawat. its just a
small but beautiful town. HEHE.
tapi yang quite keciwa tu orang perempuan aje yang jalan-jalan tu. orang lelaki tak de pun. kalo ada boleh aku ushar-ushar sikit. *winkwink* haha. Gatal!
ada jugak sebelum-sebelum ni English man datang. but, that very usual la. kalo orang Korea ni, macam pelik la. sebab, kenapa dorang tak pergi Cameron ke, KL ke, lagi best.
but then, aku admit *dalam hati la*
Kemaman ni quite interesting lah kot. HAHA. hah, jemput lah datang ke Kemaman. HAHA.*promote*
gambar kat atas ni aku ambik masa aku dalam kereta. masa tu aku nak balik dah. aku nampak orang Korea tu duk borak ngan dak perempuan yang ada kat situ. tapi tak tahu pulak apa yang dorang borakkan. sebenarnya aku teringin jugak nak cakap dengan dorang ni.
cakap Anyeonghaseyo je pun jadi la. HAHA. sebab kalo cakap banyak takut aku pulak tak paham nanti. aku tahu perkataan korea pun sikit aje. nampaknya lepas ni kena belajar la. HAHA.
okey la. aku nak kena pergi kenduri kahwin pulak ni. ish, aku tak berapa gemar sebenarnya, sebab kena pakai baju kurung, pakai tak pe lagi, kena gosok tu yang malas ouh. HUHU
bye3 <3
p/s : dengar ceritanya Shaheizy Sam ada kat Kemaman sekarang ni? entah betul ke tidak. tengah shooting filem 2 Kalimah *kebetulan kenduri kahwin tu lalu kawasan tu. boleh aku usha sket*
hai . thanks sudi baca entry ni !
No comments:
Post a Comment