. . . Count UP . . .

Daisypath Happy Birthday tickers

Followers

1 June 2012

pilihan oh pilihan !

ASSALAMUALAIKUM..

susah betul kalau kena buat pilihan kan? lebih-lebih lagi kalo pilihan tu melibatkan masa depan. kalaulah kita tak payah buat pilihan. semuanya straight aje, tak ada stress, tak ada fenin-fenin kepala. aduss. kadang-kadang kita terfikir betul ke pilihan yang kita buat? apa jadi kalau kita tak pilih yang A? apa jadi pulak kalau kita pilih B?

aku kena buat pilihan yang terbaik untuk masa depan. masa depan aku. aku patut ikut kata orang ke? atau  ikut kata hati kita? susah betul kalau melibatkan orang lain jugak kan? apa-apa pun, aku dah cuba berfikir sedalamnya dan aku cuba meyakinkan diri dengan pilihan yang aku buat.

lepas aku dah hantar pilihan aku tu, aku terfikir jugak, best kalau aku dapat apa yang aku idamkan. yes, aku memang ada cita-cita tu, cuma aku tak yakin dengan kemampuan aku. tapi, aku bersedia untuk mencuba yang terbaik. sebab aku ada impian yang nak dicapai dan dibuat. ada sesuatu yang aku nak kaji. harapnya ALLAH makbulkan doa-doa aku.

baru aje tadi aku jengah ke page iluv islam.. aku suka betul dengan tajuk entry yang laman ni siarkan. perkara yang betul-betul dekat dengan kita. Cita-cita yang tak pernah menjadi. aku mintak sangat cita-cita aku menjadilah. HEHE.

Merancanglah dengan teliti dan rapi. Kemudian berusahalah dan gapailah apa yang diimpikan itu. Sebaik sahaja kita berasa berjaya memperoleh sesuatu dengan usaha kita sendiri, tanpa kita sedari, apa yang dicita-citakan, apa yang tergapai semuanya akan melorot dari genggaman.

betul jugak. mungkin yang berumur 20 an dan ke bawah tak merasa apa-apa sebab masih mencari karier masa depan, tapi.. ya, aku, kau, kita semua lah, HEHE, belum tahu apa yang terjadi di masa depan. apa yang kita boleh buat cuma.. berserah kepada takdir ALLAH tetapi tetap berusaha mencapai cita-cita yang kita impikan.


janganlah terlalu berbangga bila memperoleh apa yang diimpikan.Jangan pula meraung sakan andainya apa yang dicita-citakan tidak dapat digapai.Segala-galanya adalah hak Pencipta seluruh alam ini.


p/s : aku saje je tulis entry ni. aku fikir pilihan ni amat susah. kalau diberi dua pilihan tak apa lagi, tapi kalau sampai 3 atau 4? aduss.. apa-apa pun good luck guys, hopefully kita akan sentiasa berjaya dalam hidup nanti. peace yaw!
hai . thanks sudi baca entry ni !

No comments:

Post a Comment