. . . Count UP . . .

Daisypath Happy Birthday tickers

Followers

17 June 2012

7 Hari Mencintaiku ~!

hai hai hai. hehe. korang ada baca novel 7 mencintaiku karya terbaru Siti Rosmizah tak?

aku amik masa jugak lah nak baca novel ni. dah tu, tengok ketebalan lah weh. ada berapa muka surat entah. aku pinjam novel ni dari kawan aku. komen aku pasal novel ni, best lah jugak sebab aku rasa sakit hati dengan sikap ego Mia dengan sikap over penyabar Khuzairi. dahsyat sungguh kesabaran yang dia ada. 

kadang-kadang macam tak logik jugak. ada ke lelaki yang penyabar giler macam Khuzairi nih? kalau ada, untunglah siapa yang dapat miliki dia. bukan senang nak cari lelaki macam tu zaman sekarang nih. dalam novel ni banyak lah jugak moral value yang dapat aku kutip. hehe.  sikap ego si Mia ni, memang dahsyat sungguh. tapi, tipikal cerita Melayu, bila kita hilang sesuatu, barulah kita sedar khilafnya diri ni. HAHA. betul tak? 

novel Siti Rosmizah, setakat ni dua yang aku baca * Cinta Kau dan Aku dengan 7 Hari Mencintaiku * memanglah berjaya mengusik hati aku yang suci lagi murni ni *wekk* ya lah, aku agak malu la, sebab baca novel pun boleh nanges kan. tapi, aku rasa ramai perempuan macam ni. HAHA. maklumlah hati perempuan ni kan sensitip * sensitipe ler sangat *. 


tapi, sekarang aku rasa macam bosan pulak baca novel chinta nih. ya lah kan, mana tak bosan, novel Malaysia sekarang ni macam lebih kurang aje. tapi, aku tak stop beli novel pun. beli lagii. now, novel terbaru, novel Damya Hanna, Ingin berkasih lagi.


aku tak start baca lagi. but will finish soon, since novel ni, tak adalah tebal sangat. sehari dua dah boleh habis. AHAKS. lepas ni aku nak beli novel Zaifuzaman pulak. HAHA. baca novel hantu ni best jugak. 

hidup tenang diperoleh jika sentiasa bersama ALLAH, dan ALLAH hanya akan menyertai orang yang sentiasa membersihkan hatinya.

hai . thanks sudi baca entry ni !

No comments:

Post a Comment